SINOPSIS
Siapa sangka kasih yang terjalin atas dasar cinta antara Elhan dan Erlisa terkandas tanpa alasan yang pasti. Erlisa bungkam tanpa kata ditinggalkan Elhan. Cinta yang disemai dicarik-carik sehingga terlalu sukar untuk dicantum semula.
Erlisa hilang separuh jiwanya. Separuh lagi hatinya sesal kerana cinta yang diharapkannya untuk dipatri tidak kesampaian. Hatinya terlalu sakit. Hidupnya seperti tidak bernyawa. Hidupnya direntap secara tiba-tiba.
Elhan
menyimpan rahsia yang tidak mampu diungkapkannya. Rahsia yang menuntutnya untuk
melupakan Erlisa. Terpaksa. Apa pun rencahnya, mereka tak mungkin akan bersama.
Demi kasihnya, Elhan merencana kebahagiaan Erlisa. Meskipun dia tahu dia akan
terluka. Parah!

Apakah rencana Elhan? Mengapakah dia meninggalkan Erlisa? Apakah takdir yang berat untuk diterimanya?
Meskipun sudah bertahun mengharap kasih Erlisa. Hardie Haikal tidak mengambil kesempatan, sebaliknya dia yang berjaya mengembalikan sekelumit naluri cinta untuk dirasai Erlisa. Janjinya membahagiakan Erlisa membawanya ke luar negara untuk mencari jawapan yang tidak terjawab bagi Erlisa.
Kalau jodoh tak ke mana. Erlisa terpaksa menerima lamaran lelaki yang tidak pernah dikenalinya, Ikhram. Erlisa tahu dia tidak mungkin akan bahagia. Namun, bagi menjaga hati keluarganya yang sentiasa menyayanginya, Erlisa menyerah kepada takdir yang mengikat jodohnya.
Ketenangan
Ikhram melayari rumah tangga bersama Erlisa mengubat sedikit demi sedikit luka
di hati Erlisa. Meskipun banyak yang perlu dikorban. Pertahanan kesabaran
Ikhram menerima Erlisa sepenuh hati menggoyahkan harapan Erlisa dengan cinta
pertamanya.
Adakah harapan Ikhram untuk memiliki cinta Erlisa sepenuh hati menjadi realiti?
Elhan kembali untuk menceritakan kekalutan yang diciptanya. Bagaimanakah penerimaan Erlisa apabila mengetahui Ikhram dan Elhan adik beradik? Adakah Elhan redha cinta pertamanya menjadi milik hakiki abangnya? Adakah Ikhram akan mengundur diri demi kasih yang dirasakan bukan miliknya? Mengapa Ikhram yang dipersalahkan?
Ceritera cinta mereka diasak dengan pelbagai permainan perasaan yang terbias oleh waktu dan keadaan. Kebenaran demi kebenaran terbongkar. Erlisa keliru dengan perasaannya. Mengapa saat hatinya sudah mula melupuskan Elhan dan pasrah menerima Ikhram diuji? Dia harus memilih.
Adakah pengorbanan Elhan berbaloi? Adakah rumahtangga Ikhram dan Erlisa bertahan? Siapakah yang patah hati? Siapakah pula di antara mereka kuat untuk mematahkan hati?
Cinta atas cinta!
BAB 1
Terik
panas sang suria yang memancar hampir meragut kesabaran Erlisa. Jam tangannya
dikerling acapkali imbasan matanya tidak menemui Elhan. Seraya telefon
bimbitnya diraih dari tas tangan dan nombor telefon kekasihnya itu didail.
Selepas beberapa saat, panggilannya
disambut. Belum sempat Elhan menyapa, Erlisa terlebih dahulu memberikan salam.
“Assalamualaikum, awak. Dah kat mana ni? Tahu tak
saya dah lama tunggu kat sini.
Janji nak jumpa jam 2.00, sekarang ni dah 2.30. Awak
kat mana ni? Buat geramlah,…” Adu Erlisa. Anak rambutnya yang terjuntai ke
hadapan dikuak ke belakang.
“Wa’alaikumsalam, Lisa.… Aik, awak nie… Tahulah rindu, marah-marah pulak. Kita ada janji nak date ke sayang? Tak tahu pun. Mengigau eh,” jawab Elhan yang jelas menyakat di akhir ayatnya itu.
“Ish, awak ni. Nak buat main-main pula. Kalau awak gurau macam ni saya balik laa... Saya tak kisah awak nak main-main, tapi lain kali ajak keluar. No no no… Talk to the hand!” balas Erlisa dengan gaya tapak tangan didepakan ke hadapan seiring dengan ucapnya.
Terlakar senyum di bibirnya yang mungil melayan kekasih hatinya ini. Siapa yang tak kenal dengan perangai Elhan yang suka bergurau dan selamba badak itu. Saat Erlisa ingin mencapai tas tangannya dan duduk di kerusi kayu taman yang diletakkan khas di ruang menunggu, Elhan sudah muncul di belakangnya.
Dengan senyum manisnya, Elhan mencapai tas tangan Erlisa dan berlalu pergi. Erlisa yang terkejut dengan kehadiran Elhan terbangun secara tiba-tiba. Terkedu. Sampai sahaja di hadapan bangunan, Elhan menjerit.
“Laaa….Nur Erlisa Binti Muhammad Ammar, tunggu apa lagi. Cepatlaaah.. Awak ni memang selalu lambat kan, dah laa datang lambat, jalan lambat. Cepatlah…” Bebel Elhan sebelum meneguk air Ribena kegemarannya. Comel lagaknya jejaka ini. Berlari-lari anak Erlisa mendapatkannya.
Erlisa merenggus geram, sempat lagi tangannya mencubit lengan kiri Elhan. Tersedak jejaka tampan itu dibuatnya. “Amboi, berlagaknya. Siapa yang lambat hah Muhammad Elhan bin Muhammad Hizwan? Erlisa mencemik muka dan memandang tepat wajah Elhan.
Saya dah tunggu lama terceruk kat atas tu. Awak ni memang selalu tak tepati janji kan. Janji jam 2 datang jam 3,” jawab Erlisa sambil menolak Elhan yang tersengih menggosok lengannya yang baru sahaja dicubit itu. Tahu sakit!
“Alaaa, sayang… Han tahu awak marah bukan sebab Han lambatkan? Lisa marah sebab rindukan Han…. Awak ni, tak boleh berpisah langsung dengan Han. Masih segar lagi kata-kata awak dulu masa mula-mula mengorat Han, sesaat bagaikan sehari, seminit bagaikan seminggu, sejam bagai,,,” belum sempat Elhan menghabiskan ayatnya, Erlisa merentap kasar tas tangan berwarna hitam dari tangan Elhan dan berlalu pergi mencari-cari kereta Elhan.
“Sudah-sudah laa tu berangan Encik Elhan ooii. Mual tekak ni nak mendengarnya. Awak park kereta kat mana ni?,” Erlisa memalingkan tubuhnya dan matanya tertancap ke arah pemilik wajah yang berkulit sawo matang itu. Mengerutkan dahi menanti jawapan dari Elhan.
“Maaflah sayang… Tadi Han singgah kedai kejap, habis semua kedai Han pergi, nak cari Ribena.. Semua kedai habis stok.. Nasib baik kedai depan kafe tu ada. Awak tahukan saya tak boleh kalau tak minum Ribena ni,” bersungguh-sungguh Elhan menerangkan kepada Erlisa sambil menggoncang botol Ribena yang dibelinya itu. Comel pulak gelagat Elhan. Tersenyum Erlisa melihatnya.
“Ish…. Awak ni, kalau sehari tak minum minuman kanak-kanak tu memang tak boleh kan,,” Erlisa membesarkan mata kepada Elhan. Tergelak Elhan dibuatnya. Sempat lagi dia mencuit pipi gebu kekasihnya itu.
“Lisa ni, dah la muka tak berapa nak cantik, marah-marah aje… Makinlah tak cantik..” gurau Elhan yang jalan membelakang ke arah keretanya.
“Ye laaa… Kalau tak cantik kenapa ada orang tu malam-malam sibuk nak dok bergayut manja-manja. Dasar lelaki plastik, propa.. Tak layan nanti merajuk. Dah laa setiap kali merajuk nak belikan Ribena.” Erlisa menjawab sambil menggeleng-geleng kepalanya. Ikatan rambutnya diperkemas sebelum masuk ke dalam kereta.
Kereta
Persona hitam itu meluncur laju dari perkarangan perpustakaan. Radio dihidupkan
dengan volume sederhana. Suasana riuh
dengan gelagat Elhan menyanyi di dalam kereta disahut dengan gelak tawa Erlisa
yang geli hati melihat Elhan yang menyanyi penuh emosi itu.
Erlisa bersuara, memecahkan suasana yang bingit dengan suara Elhan bernyanyi riang. “Han nak buat apa nak ke kedai buku ni? Tak pernah-pernah ajak pergi sebelum ni,” tenang Erlisa menuturkan bicaranya.
Melihat Elhan yang sengaja mengendahkannya itu, Erlisa menekan sedikit suaranya. “Han,,,, dengar tidak Lisa tanya ni.. Dah dah laaa menyanyi tu, tak malu ke orang lain tengok.” Ujarnya sambil memanjangkan penglihatannya ke luar melihat pemandu luar, mana tahu ternampak gelagat Elhan yang tidak duduk diam itu.
“Dengar sayang…. Alaaaa… Tak boleh ke Han nak pergi kedai buku? Nak beli barang laa sayang, takkan isi minyak kot… Apalah Lisa ni…” gurau Elhan di samping memfokuskan pandangannya ke jalan.
“Yala… Sebelum ni tak pernah pula nak pergi, tiba-tiba je. Ada apa-apa tidak ni? Erlisa menunjukkan muka curiga.
“Oppsss… Kalau dah tahu baguslaaa…. Memang tak salah orang laa Han pilih ni, fikiran Han pun awak boleh baca... Sudi tidak berkenalan dengan buah hati terbaru Han?” Han mengenyitkan mata dan mengerling ke arah wajah Erlisa yang sudah mencebikkan bibir itu.
Erlisa merenung tajam wajah Elhan, “Kalau macam tu buat apa nak ajak saya pulak, buang masa aje.. Kang tak sudah-sudah Lisa pukul pulak buah hati awak tu,” kedengaran rajuk suara Erlisa.
Meletus gelak Elhan saat itu yang memandang Erlisa yang sudah muncung sedepa itu. “Aik? Tak nak ikut ke,,, Betul ni? Kalau macam tu….”
Erlisa bersuara, memecahkan suasana yang bingit dengan suara Elhan bernyanyi riang. “Han nak buat apa nak ke kedai buku ni? Tak pernah-pernah ajak pergi sebelum ni,” tenang Erlisa menuturkan bicaranya.
Melihat Elhan yang sengaja mengendahkannya itu, Erlisa menekan sedikit suaranya. “Han,,,, dengar tidak Lisa tanya ni.. Dah dah laaa menyanyi tu, tak malu ke orang lain tengok.” Ujarnya sambil memanjangkan penglihatannya ke luar melihat pemandu luar, mana tahu ternampak gelagat Elhan yang tidak duduk diam itu.
“Dengar sayang…. Alaaaa… Tak boleh ke Han nak pergi kedai buku? Nak beli barang laa sayang, takkan isi minyak kot… Apalah Lisa ni…” gurau Elhan di samping memfokuskan pandangannya ke jalan.
“Yala… Sebelum ni tak pernah pula nak pergi, tiba-tiba je. Ada apa-apa tidak ni? Erlisa menunjukkan muka curiga.
“Oppsss… Kalau dah tahu baguslaaa…. Memang tak salah orang laa Han pilih ni, fikiran Han pun awak boleh baca... Sudi tidak berkenalan dengan buah hati terbaru Han?” Han mengenyitkan mata dan mengerling ke arah wajah Erlisa yang sudah mencebikkan bibir itu.
Erlisa merenung tajam wajah Elhan, “Kalau macam tu buat apa nak ajak saya pulak, buang masa aje.. Kang tak sudah-sudah Lisa pukul pulak buah hati awak tu,” kedengaran rajuk suara Erlisa.
Meletus gelak Elhan saat itu yang memandang Erlisa yang sudah muncung sedepa itu. “Aik? Tak nak ikut ke,,, Betul ni? Kalau macam tu….”
Elhan
tidak menghabiskan ayatnya sebaliknya memasang signal lantas membelok ke kiri
apabila kereta di sebelahnya memberi laluan lalu menghentikan kereta di bahu
jalan. Erlisa terpinga-pinga tidak mengerti.
“Sayang boleh turun sini, Encik Elhan nak keluar dating,, silakan,”
“Sayang boleh turun sini, Encik Elhan nak keluar dating,, silakan,”
Elhan
memaniskan mukanya kepada Erlisa. Mencerlung mata Erlisa dibuatnya.
“Elhan, awak jangan nak cabar saya tau,, Kalau awak
tak sudi, saya sejuta kali tak sudi. Saya keluar sekarang juga,” tanpa
berlengah, Erlisa mencapai tas tangannya dan memalingkan tubuhnya untuk keluar.
Baru sahaja dia ingin membuka pintu kereta, Elhan terlebih dahulu mencapai
tangannya.
“Erlisa,
nak ke mana tu? Nak tinggal Han yaa.. Han gurau je laa… Sayang ni, macam dah
tak boleh bergurau pulak dengan Han.. Han kan dah bagitau nak beli barang,”
pujuk Elhan sambil mengusap lembut tangan gadis yang dicintainya itu.
Erlisa
merenggus geram dan menarik tangannya. Merajuk gamaknya. Tersenyum Elhan
dibuatnya. “Erlisa,” panggil Elhan. Nampak selamba tapi cemburu juga wanita
bernama Erlisa ni. Dah namanya perempuan, getus hati Elhan.
“Erlisa,”
Elhan menekan sedikit suaranya. “Tengoklah Han. Han nak cakap ni,” Elhan
membongkokkan badannya ke hadapan untuk melihat riak Erlisa.
Erlisa memalingkan muka dan membatu, lagak seperti tidak berperasaan. Kedengaran Elhan mendengus. “Okay, fine. Kalau Lisa tak nak tengok Han, tak nak dengar cakap Han, Han je la yang keluar,” Elhan membuka tali pinggang keselamatannya dan mengambil telefon bimbitnya di bawah gear seraya membuka pintu.
Erlisa yang membatu sedari tadi terkejut, memalingkan muka dan menggenggam kejap lengan Elhan. “Elhan,” menarik lengan Elhan sehingga jejaka itu terduduk. “Gurau pun, tak boleh. Nanti kat kedai buku Lisa belanja Han buku cara-cara nak memujuk perempuan. Han selalu fail,” manja Erlisa berbicara dan tersenyum manis apabila Han memandang wajahnya.
Dengan senyuman yang bisa menggetarkan naluri kasih mana-mana gadis melihatnya, Elhan mengeyitkan mata. “Haaaa… Tahu takut.. Jangan cabar Han,” selamba Han mengenakan Erlisa.
Erlisa tergelak dan memakaikan Han tali pinggang keselamatan. “Cepatlaahh Han, dah lambat ni… Nanti nak makan lagi,” aju Erlisa sebelum memperkemas duduknya.
Elhan memandangnya, tersenyum dan memulakan pemanduannya. “Baik Mam. Belum kahwin dah pandai arah-arah. Apalah nasib si Elhan arjuna satria ni,” berseloroh sebelum mereka berdua meletus dengan gelak tawa. Gembira.
Erlisa memalingkan muka dan membatu, lagak seperti tidak berperasaan. Kedengaran Elhan mendengus. “Okay, fine. Kalau Lisa tak nak tengok Han, tak nak dengar cakap Han, Han je la yang keluar,” Elhan membuka tali pinggang keselamatannya dan mengambil telefon bimbitnya di bawah gear seraya membuka pintu.
Erlisa yang membatu sedari tadi terkejut, memalingkan muka dan menggenggam kejap lengan Elhan. “Elhan,” menarik lengan Elhan sehingga jejaka itu terduduk. “Gurau pun, tak boleh. Nanti kat kedai buku Lisa belanja Han buku cara-cara nak memujuk perempuan. Han selalu fail,” manja Erlisa berbicara dan tersenyum manis apabila Han memandang wajahnya.
Dengan senyuman yang bisa menggetarkan naluri kasih mana-mana gadis melihatnya, Elhan mengeyitkan mata. “Haaaa… Tahu takut.. Jangan cabar Han,” selamba Han mengenakan Erlisa.
Erlisa tergelak dan memakaikan Han tali pinggang keselamatan. “Cepatlaahh Han, dah lambat ni… Nanti nak makan lagi,” aju Erlisa sebelum memperkemas duduknya.
Elhan memandangnya, tersenyum dan memulakan pemanduannya. “Baik Mam. Belum kahwin dah pandai arah-arah. Apalah nasib si Elhan arjuna satria ni,” berseloroh sebelum mereka berdua meletus dengan gelak tawa. Gembira.
Selepas
20 minit, mereka sampai ke kedai buku yang ingin dituju. Elhan membuka pintu
dan memberi ruang kepada Erlisa untuk masuk. Kelihatan dua orang pekerja di
kaunter berdiri dan menghadiahkan senyuman sambil membongkokkan sedikit badan
sebagai tanda hormat menerima kunjungan pelanggan.
Elhan melihat sekeliling. Erlisa yang berada di sebelahnya memeriksa telefon bimbit. “Lisa, Han nak ke area buku rujukan tu, Lisa tengoklah mana-mana, nanti cari Han kat situ yer,” kata Elhan sambil mencuit Erlisa yang khusyuk membalas pesanan ringkas. “Boleh tidak ni?” tanya Elhan.
Erlisa berhenti membalas pesanan ringkas dan memandang tenang wajah Elhan. “Okay, pergilah.. Jangan mengorat tau,” Erlisa tersenyum dan membesarkan matanya sebagai tanda amaran.
“Tang tu Han tak janji,” seloroh Elhan sebelum berlalu pergi. Erlisa hanya mampu mencemikkan muka dan bergerak ke rak novel cinta melayu kegemarannya.
Elhan melihat sekeliling. Erlisa yang berada di sebelahnya memeriksa telefon bimbit. “Lisa, Han nak ke area buku rujukan tu, Lisa tengoklah mana-mana, nanti cari Han kat situ yer,” kata Elhan sambil mencuit Erlisa yang khusyuk membalas pesanan ringkas. “Boleh tidak ni?” tanya Elhan.
Erlisa berhenti membalas pesanan ringkas dan memandang tenang wajah Elhan. “Okay, pergilah.. Jangan mengorat tau,” Erlisa tersenyum dan membesarkan matanya sebagai tanda amaran.
“Tang tu Han tak janji,” seloroh Elhan sebelum berlalu pergi. Erlisa hanya mampu mencemikkan muka dan bergerak ke rak novel cinta melayu kegemarannya.
Elhan
meneliti satu per satu buku yang tersusun rapi di rak buku bahagian sains ini.
Tak cukup dengan mata memerhati, jarinya juga menyentuh dari satu buku ke buku
yang lain.
Mulutnya terkumat kamit menyebut jenis buku yang dicarinya. “Molecular techniques.. molecular…. Ehmmm,” bibirnya berhenti menyebut judul buku yang dikehendakinya tatkala terpandang buku berwarna putih hijau yang tebal.
“Haaaa…. Jumpa pun… Molecular Techniques and experimental design Volume 2,” gamitnya sebelum tersenyum riang dan berlalu pergi mencari Erlisa.
Mulutnya terkumat kamit menyebut jenis buku yang dicarinya. “Molecular techniques.. molecular…. Ehmmm,” bibirnya berhenti menyebut judul buku yang dikehendakinya tatkala terpandang buku berwarna putih hijau yang tebal.
“Haaaa…. Jumpa pun… Molecular Techniques and experimental design Volume 2,” gamitnya sebelum tersenyum riang dan berlalu pergi mencari Erlisa.
Elhan
mencari Erlisa dari satu rak ke satu rak lain. Sehinggalah terserempak dengan
Erlisa di rak buku novel melayu. Gembira benar gamaknya. Sampai tak sedar Elhan
sedari tadi memerhatinya.
“Ehem… Kekasih ada kat sebelah pun tak sedar.. Ish..
Ish… Ish… Minah novel betullah Lisa ni…” sindir Elhan bersahaja lalu
menghampiri Erlisa yang masih tekun memburu novel kegemarannya.
“Bukan tak sedar, tengah fokus ni.. Han ni,
kecohlaa… Lari fokus Lisa tau,” Erlisa berpindah ke rak buku terakhir di
ruangan novel itu.
“Sayang, apa bestnya baca novel cinta ni?” tanya Elhan.
“Han tu hati batu memang laa rasa tak best. Novel ni
sebenarnya lebih kepada permainan perasaan. Kita merasai sesuatu perkara yang
kita tak boleh lalui dalam realiti. Haaa tu yang tak tahan tu,” terang Erlisa
bersungguh-sungguh.
“Kalau Han nak rasa jadi Playboy, maksudnya Han boleh
laa kan baca novel pasal lelaki mata keranjang, baru rasa pengalaman tu. Mesti Bestkan?”
“Amboi Elhan. Macam berhajat Nampak. Tak payah nak
baca novel, sekarang pun Han boleh buat kalau Han nak.” Tenang Erlisa membalas
kenyataan Elhan.
“Eleh, Lisa tu.. Cakap aje besar. Tadi pun dah tarik
muka 2 km, inikan pula bagi Han try betul-betul,”
Matanya
masih tertancap melihat barisan judul novel. Lambat dia membalas. “Kalau Han
boleh, Lisa pun sejuta kali lagi boleh Han. Boleh je Lisa cek balik que jejaka dalam waiting list Lisa ni. Zainal, Amirul, Rayyan. Haaaa… Banyakkan,”
serangan balas dari Erlisa. Senyap, tidak berbalas.
Sebaik
saja Erlisa mengalihkan pandangannya. Elhan sudah tertunduk, bungkam tanpa kata membelakangi Erlisa.Erlisa terkedu. Takkan cemburu kot. Gurau ajelah Elhan ku
sayang.
“Elhan, kenapa ni?” tanya Erlisa perlahan.
Elhan tidak membalas, apatah lagi ingin memandang
Erlisa.
“Lisa minta maaf. Lisa gurau je. Bukan betul pun.
Semua tu nama hero-hero novel je. Elhan…” Erlisa menekan suaranya.
Elhan
memusingkan badannya sambil tangannya memegang telefon. Membalas pesanan. Elhan
tersenyum memandang Erlisa.
“Dah siap pilih? Jom bayar.” Ajak
Elhan.
“Han tak dengar ke Lisa cakap apa tadi?” tanya
Erlisa yang masih tergamam. Boleh pulak saat dirinya yang tengah layan syahdu
memujuk, Elhan bermain telefon. Elhan.. Elhan.. Erlisa tersenyum.
“Lisa nie kenapa.. Mengelamun pulak.. Ingat boyfriend laa tuu.. Han tak dengar apa
pun, cek handphone tadi. Dah dah… Jom
bayar,” jelas Elhan.
Erlisa
hanya tersenyum lantas mengikuti langkah Elhan menuju ke kaunter pembayaran.
Erlisa melirik ke arah rak bertentangan yang dikunjunginya. Seorang pekerja
kedai tersebut tersengih-sengih melihatnya.. Haaa… Sudah.. Kantoi ke melalut
tadi.
“Erlisa, cepatlah. Nak bayar dah
ni,” Elhan memanggil.
“Sorry…
Sorry… I’m coming.”
BAB 2
Puan Hartini melepaskan nafas lega melihat sarapan pagi telah pun siap dihidangkan. Dia melihat jam tangannya. Sudah jam 7 pagi. Masih awal getus hatinya. Selalunya suaminya akan turun jam 7.15 pagi, manakala terunanya pula akan turun bersarapan paling awal jam 7.30 pagi.
Sementara menunggu suaminya turun, Puan Hartini membuat keputusan untuk naik ke atas untuk mengejutkan anaknya dan menjaga keperluan suaminya. Tetapi, sebaik sahaja menjejakkan kaki di tangga pertama, Puan Hartini mengucap dan berpatah kembali ke dapur.
“Astaghfirullahal’azim. Boleh pula terlupa nak bancuh air kegemaran Elhan ni.. Nanti kang dia turun tak ada, panjang seela laaa muncung Han...” seloroh Puan Hartini.
Tangannya pantas mengambil bekas air di rak, botol kordial berona ungu di sudut almarinya itu dicapai. Ribena. Dibancuh dengan kasih, bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman dan selawat setiap kali menyediakan makanan untuk keluarga.
Itulah pedoman daripada mak mentuanya yang masih diamalkan sehingga kini. Usai membancuh minuman kegemaran anaknya, barulah Puan Hartini naik ke atas semula.
“Elhan, dah bangun tidak nie? Dah jam 7 suku nie, sarapan dah siap kat bawah tu.. Nanti lambat pulak,” jerit Puan
Hartini sebaik sahaja sampai di tingkat atas. Begitulah rutin harian paginya.
“Ye Ma, Han dah bangun ni… Tengah nak bersiap.. Mama turun dululah dengan Abah, kejap lagi Han turun yaa,” jawab Elhan dari dalam kamarnya.
“Haaa.. Iyalah… Nanti siap turun bawah ya,” jawab Puan Hartini sebaik sahaja sampai di hadapan pintu biliknya.
Pintu biliknya diketuk dan dikuak. Puan Hartini melakar senyum tatkala melihat suaminya sudah siap. Segak. Berkemeja biru dipadankan dengan tali leher biru juga, berbelang putih.
“Abang dah siap? Amboi,, hensemnyaaa Abang hari ni. Nak jumpa siapa ni?”
“Aik awak nie. Setiap minggu kan abang pakai baju ni. Ada-ada je nak sakat abang. Abang dah siap ni, jom lah ke bawah. Ajak Han sekali.”
“Han tengah bersiap tu, kita turun dulu lah bang. Saya dah siapkan sarapan kat bawah tu.”
Puan Hartini membimbit beg kerja suaminya dan mereka beriringan turun ke bawah.
Elhan turun ke dapur saat kedua ibu bapanya rancak bersembang mengenai projek penyelidikan orkid ibunya. Elhan berpenampilan ringkas. Berbaju kolar kuning yang dipadankan dengan seluar jeans hitam. Di bahunya disandang begnya yang berisi kertas-kertas kerja dan laporan makmal yang telah siap disemaknya semalam.
“Selamat pagi Pa, Ma.” Ceria sungguh pelantun ucap selamat itu.
Papanya senyum meleret melihat gelagat anaknya itu.
“Ceria benor papa tengok kamu ni Han…” Puan Hartini sekadar memandang sekilas wajah Elhan sebelum menghirup teh kosong di cawannya.
“Papa ni, takkan nak Han menangis pagi-pagi ni. Han kan memang ceria orangnya.” Jawab Elhan selamba sambil menghirup Ribena suam yang baru sahaja dihidangkan ibunya.
“Papa pun hensem je hari ni, ada meeting ke Pa?” Soal Elhan.
“Tak adelah, hari ni Papa kena observe proposal pelajar Master Prof. Adam tu…”
“Ahhh Han, Papa nak tanya ni, kamu memang tak nak lompat Phd terus ke Han? Jimat masa sikit. Semalam Prof. Adam tanyakan kamu kalau nak buat projek dengan dia,” maklum Papa Elhan seraya membuang pandangan ke arah anaknya.
Elhan yang sedari tadi khusyuk menjamah mee goreng itu terhenti dan meneguk air ribenanya.
“Han tak nak lah gesa-gesa Pa.. Han nak rasa dulu setiap stage. Hari tu Prof. Adam memang ada tanya Han juga, tapi Han jawab Han nak fikir dulu. Nantilah Han jumpa dengan Prof Adam.”
“Kalau kamu nak macam tu Papa ok je. Masa depan kamu.. Abang Ikhram kamu tu dah nak habis dah, tengah proses nak buat correction semakan terakhir dia. Sebulan dua, viva laa abg kamu tu.”
Puan Hartini yang mendiamkan diri mengikuti perbincangan dua beranak itu bersuara, perihal Ikhram.
“Saya ni risau laa bang dengan Ikhram tu, terlalu pentingkan kerja. Haaa… Silap-silap bakal menantu kita pun dia tak jumpa lagi abg ooii, Kempunanlah nak menimang cucu.” jelas kerisauan di balik wajah tenang Puan Hartini bila membicarakan soal jodoh anak sulungnya itu.
“Ibu tak payah laa risau. Tahulah Abg Am nak cari jodoh tu. Abang Am tu ada rupa, kerjaya. Petik jari 10 rumah nak tau.
Kalau Mama tak sabar sangat nak ada cucu, bagi laa Han kahwin dulu. Langkah bendul pun bendullah. Janji Mama dapat cucu.” Seloroh Elhan.
Di hujung ayatnya itu diisi dengan gelak tawanya yang bernada nakal.
“Selagi kamu tak ada progress dengan study dan kerja kamu Han. Janganlah nak bermimpi kahwin Han….” Jawab Puan Hartini.
Keheningan pagi rumah itu melebur tatkala tirai tawa keluarga itu memenuhi ruangan. Kedua-dua penyelidik di universiti terkemuka negara itu tersenyum bahagia melayan karenah anak kedua mereka. Jauh di sudut hati mereka, mereka meratib kesyukuran dikurniakan anak-anak lelaki yang sihat dan cerdik akal fikirannya. Masakan pula tidak, kedua-dua anaknya itu menamatkan pengajian undergraduate dengan first class, layak untuk meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah. Alhamdulillah.
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
“Wawa…. Matilaaah aku wawa…. Apa aku nak buat ni,,”
Erlisa menarik lengan sahabat karibnya itu lantaran terlalu cemas selepas menerima panggilan mengejut sebentar tadi.
“Aishhh… Aku lipat juga kang minah ni… Pegi je laa jumpa Prof.. Apa susah.. Lagipun kan Prof tadi cakap slumber je. Kau nak takut apa Lisa.”
“Alaaa… Kau bukan x kenal, Prof. Azhar tu kan memang cakap sefesyen je. Marah ke, suka ke.. Haaa kang tadi tu dia marah, tak ke menempah bahagia aku kena marah nanti.”
“Kenapa pulak Prof. nak marah kau ni Lisa. Drama sangat lah kau ni…. Cepatlaaa.. Kita dah sampai depan ofis Prof. dah pun… Mari sini..”
Najwa menarik lengan Erlisa yang sudah tertinggal di belakang. Erlisa melangkah longlai ke arah pejabat pensyarahnya itu. Menturuti langkah Najjwa.
Dengan sekepal kekuatan yang dimiliki, Erlisa mengetuk pintu pensyarahnya yang pakar dalam bidang molekular serangga itu. Belum sempat Erlisa menyudahkan ketukan ketiganya, Prof. Azhar menyahut, membenarkan masuk.
“Assalamualaikum, Prof. Prof nak jumpa dengan saya?” Tenang Erlisa bertanya. Senyuman terukir di bibirnya saat pensyarahnya mengangkat wajah dan berpaling kepadanya.
“Oh… Erlisa.. Jemput masuk,” sempat lagi dia melemparkan senyuman kepada Najjwa yang berdiri di belakang Erlisa.
“Haaa kamu siapa nama, saya tak berapa ingatlah, kenal muka je. Maklumlah pelajar sini kan ramai.” tanya Prof. Azhar saat mengerling ke arah Najjwa.
“Najjwa, Prof.” Ringkas jawapan Wawa.
“Oh iya… Najjwa.. Jemput duduk. Saya panggil ni sebab ada urusan sikit nak bincang dengan Erlisa. Kebetulan Najjwa pun ada, senang laa sikit kerja saya nak terangkan.”
Dua sahabat itu mengerutkan muka namun masih lagi senyum memaniskan muka. Prof. Azhar perasan akan perubahan mimik muka dua orang pelajarnya itu. Dia pun turut tersenyum sama.
“Mesti kamu tertanya-tanya kan?”
“Macam ni… Hujung minggu ni saya kena pergi ke Hutan Bukit Bakar, Gua Musang di Kelantan untuk sampling serangga di sana.”
“Tetapi masalahnya semua student master dan Phd saya tak available weekend. Diorang kena follow up projek-pojek saya yang lain.”
“Nak pendekkan cerita, saya nak minta tolong Erlisa cari kawan-kawan yang sudi tolong. Soal elaun semua kita boleh bincang. Tiada masalah.”
Erlisa teruja dengan pelawaan profesornya itu. Najjwa pun mengetap bibirnya tanda gembira dengan pelawaan Prof. Azhar.
“Seronoknyaa Prof.. Saya setuju nak pergi, tapi Prof. nak berapa orang student nak saya cari?” Erlisa masih tersenyum girang.
“Saya nak kamu minta tolong cari 5 orang pelajar. Sesiapa sajalah yang kamu nak bawa. Kalau boleh 2 lelaki 3 perempuan sebab saya dah ajak seorang student master pensyarah lain untuk tolong.”
“Oh… Boleh Prof… Prof perlukan 5 orang pelajar kan? Erlisa mengesahkan bantuannya dan bertanya soalan yang baru sahaja dimaklumkan untuk memastikan cerapannya sebentar tadi tepat.
“Esok saya emel Prof. senarai pelajar yang nak join. Saya rasa ramai yang berminat,” menyambung ayatnya yang terhenti tadi sementara menantikan pengesahan bilangan pelajar yang diperlukan pensyarahnya.
“Terima kasihlah sudi bantu saya. Soal pengangkutan dan waku bertolak saya akan call kamu untuk confirmkan ya.”
Erlisa menggangguk dan meminta izin untuk beredar. Sebaik sahaja pintu pejabat ditutup, Erlisa dan Wawa melompat kegirangan. Sudah pasti tidak sabar untuk pergi. Teruja.
Erlisa menggangguk dan meminta izin untuk beredar. Sebaik sahaja pintu pejabat ditutup, Erlisa dan Wawa melompat kegirangan. Sudah pasti tidak sabar untuk pergi. Teruja.
Kelibat Elhan muncul tatkala Erlisa baru sahaja membelok ke blok akademik B. Elhan yang sedikit berpeluh itu menuju ke bilik pensyarah yang baru sahaja ditinggalkan kekasihnya, Erlisa.
Mungkin kalau sedetik cepat Elhan melangkah atau sesaat lewat Erlisa girang melompat, mereka pasti bertentang mata. Getaran jiwa antara mereka pasti terasa.
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
“Alaaa Ila…. Kenapa tak boleh join pulak…. Wawa ikut tau… Lisa pun ikut sekali.. Tak best laa kalau Ila tak de… Sapa nak main watak mak cik?” Najjwa sedikit terkejut dengan penolakan Kamilla untuk menyertai trip mereka ke Hutan Bukit Bakar.
Erlisa leka bermain telefon bimbitnya. Namun, halwa telinganya masih mengikuti rungutan Najjwa. Wajah tenang Kamilla dipandangnya. Berbeza dengan Najjwa. Erlisa memujuk hati sahabatnya hanya dengan tancapan mata. Biar mata berbicara.
Ila menghembus berat nafasnya. Wajah dua sahabat karibnya dipandang silih berganti,
“Lisa, Wawa…. Ila, nak sangat pergi.. Siapa yang tak seronokkan boleh sampling luar kawasan.” Nada suaranya berubah sayu. Menundukkan pandangannya. Seolah-olah sedang menyimpan kedukaan yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Bergetar nada suaranya.
Ila mengetap bibirnya. Tubir matanya tidak lagi mampu menahan air matanya yang bergenang. “Ila minta maaf tak dapat ikut”.
Erlisa dan Najjwa berpandangan. Terkedu. Rasa bersalah segera membekas di hati. Memberkas niat untuk memujuk Ila untuk menyertai mereka.
Mereka tahu Ila sedang memendam sesuatu yang berat. Sesuatu yang tidak tertampung dek ketabahan hati. Mereka cukup mengenali Kamilla. Tidak kurang juga latar belakang hidupnya.
Kamilla yang sudah kehilangan ayah kandungnya kini menetap bersama ayah tirinya dan ibunya yang sedang sakit. Menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung daripada 3 orang beradik menambah cabaran dalam hidupnya. Tetapi, mereka berdua sangat bangga dengan kecekalan sahabat baiknya ini. Meskipun tidak hidup mewah seperti mereka, Kamilla boleh berbangga dengan pencapaian akademiknya yang cemerlang.
Erlisa tahu. Kesedihan yang membelenggu Ila adalah mengenai keluarganya. Bukan kali pertama Ila menitiskan air mata dan berkongsi cerita kepada dirinya dan Wawa.
“Ila….. Kenapa sedih ni? Kalau Ila tak boleh pergi tak ape. Kita boleh pergi lain kali. Tapi kenapa Ila menangis ni?” Lembut Erlisa memujuk sahabanya.
Wawa pula menyambung. “Wawa minta maaf kalau desakan Wawa buat Ila sedih. Ila janganlah nangis, nanti Wawa pun ikut sedih sama,” seraya mendakap bahu Ila.
“Kalau Ila ada masalah, ceritalah dengan kami. Tak perlu tanggung sorang-sorang. Kita kan dah macam adik beradik?’ Erlisa pula memegang tangan Ila.
“Macam biasalah…. Hal famili… Mak Ila sakitlaa… Sehari sihat, dua hari sakit.. Ila tak sanggup tengok mak sakit macam tu..” sendu suara Ila meluahkan masalahnya.
“Ila sabar ye… Lisa tahu Ila kuat.. Kuat untuk mak Ila… Kalau Ila tabah, sabar.. Mak Ila pun akan kuat juga.. Semua nie ujian Allah.. Allah sayang Ila, sayang Mak Ila.”
Erlisa memeluk erat tubuh kecil Kamilla. Di sebelah kiri Ila, kelihatan Wawa yang sudah lencun dengan air mata.
“Terima kasih Lisa, Wawa… Sayang korang…” Ila membalas pelukan mereka.
Luahan perasaan Kamilla kepada sahabatnya umpama membuang bongkah batu yang menghempap kepalanya. Kerunsingannya terhadap kesihatan ibunya seperti diusir air matanya. Pelukan sahabatnya memberi semangat baru untuk dirinya. Lebih tabah. Menggandakan doa kepada Pencipta. Persahabatan.
BAB 3
BAB 3
Matanya difokuskan ke skrin komputer riba. Tangannya laju menekan pad di papan kekunci. Sesekali tangannya menyentuh tetikus dengan menggunakan tangan kanannya. Rambutnya yang terjuntai di birai dahi dikuak ke belakang. Selepas beberapa ketika, Erlisa menyemak ejaan nama dan maklumat lengkap rakan sekelasnya yang diterima sebaik sahaja dia membuka tawaran yang dimaklumkan pensyarahnya sebelum kelas bakteriologi 3 bermula.
Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya, Erlisa menghantar senarai tersebut kepada Prof. Azhar melalui emel. Pandangannya tiba-tiba terarah ke helaian buku yang tercatat nama seorang jejaka. Dia tersenyum. Kelakar sungguh. Boleh pula teringatkan jejaka yang selalu mengekorinya sedari dulu itu. Hardie Haikal.
Erlisa turun ke dapur untuk mengambil air. Dia menjengah ke taman di belakang rumahnya. Meskipun pekat malam mengisi, lampu taman yang menyala dari sepanjang laluan ke gazebo mempamerkan panorama yang romantik. Kelihatan abangnya, Emir tengah membuat kerja. Erlisa melunaskan hajatnya. Sebelum masuk ke bilik, dia mencari ibunya di bilik bacaan. Langkahnya diatur ke meja bacaan selepas mengetuk pintu. Puan Anisah menoleh.
“Assalamualaikum, Ibu”
.
“Wa’alaikumsalam, sayang… Tak tidur lagi?” Lembut Puan Anisah menyapa anak perempuannya itu.
“Belum lagilah Ibu… Ada kerja sikit lagi nak buat.. Ibu, Abah balik bila?”
“Abah kamu balik esok petang. Jangan tidur lewat sangat sayang. Esok ada kelas. Kenapa tanya pasal ayah ni Lisa?”
“Rindu dengan Abah.. Ingat nak call Abah petang tadi. Terlupa pula.. Ibu, Lisa nak bagitau ni, weekend ni Lisa sampling kat Gua Musang. Boleh tidak? Ada seorang pensyarah dengan 6 orang student.”
“Pergi berapa lama tu Lisa?” Puan Anisah sudah memalingkan badan ke arah Erlisa.
“2 hari je Ibu… Esok Lisa bagi Ibu surat makluman ye.” Erlisa memaut tangan ibunya.
“Kalau Lisa nak pergi,,, kena tolong Ibu dulu. Boleh?”
Erlisa mengerutkan dahinya. Kepalanya diangkat seraya memandang penuh wajah insan yang disayanginya itu.
“Ibu dah pandai nak deal deal sekarang kan.. Mesti Abang Emir yang ajar Ibu kan…”
“Tak ada laaa sayang… Ibu nak minta teman Lisa pergi kenduri doa selamat Jumaat ni je. Rumah Puan Syarifah dekat Bangi tu… Abah tak dapat nak ikut masa tu…”
“Puan Syarifah tu bukan mak Haikal yang kawan sekelas Lisa tu ke?” Erlisa menanyakan soalan yang dia sudah tahu jawapannya. Dia melelan air liurnya.
“Ahhh iyalah…. Ibu kan memang nak jodohkan Lisa dengan Haikal tu..” Puan Anisah menyakat anak daranya itu.
“Ibu ni……. Macam tu pulak…. Tak nak laa teman…”
“Ibu gurau je laa… Ibu kan memang berkawan dengan mak Haikal tu… Alaaa… Kalau ada jodoh tak ke mana kan sayang?”
“Nak tidak teman Ibu ni?” Pertanyaan yang tidak terjawab itu dilontar semula.
“Iyalaa… Nanti Lisa teman Ibu…. Tapi Ibu janji, jangan nak sakat Lisa kat sana tau….”
Puan Anisah tergelak dengan kerisauan anaknya itu bila berbicara mengenai Haikal. Memang dirinya berkenan dengan Haikal. Puan Syarifah juga berminat dengan Erlisa. Tetapi sebagai Ibu, anaknya berhak memilih suri hidupnya sendiri.
“Iyalahh… Teman ibu ye sayang?” Sempat lagi Puan Anisah mencuit pipi anak manjanya itu.
Erlisa memeluk ibunya. Ciumannya mendarat di pipi kanan ibunya. Pelukan ibunya masih lagi hangat, sama seperti kali pertama dia dilahirkan di muka bumi ini.
Erlisa bergegas ke biliknya apabila mendengar telefonnya berdering. Baru sahaja dia ingin mencapai telefon bimbitnya, nada deringan telefon bimbitnya terhenti.
“Aduh… Tak sempat pulak.” Omel Erlisa.
Senyumannya terukir tatkala telefon bimbitnya berdering sekali lagi. Lebih-lebih lagi panggilan tersebut dari buah hatinya. Ikon berwarna hijau disentuh dan ditarik ke kanan.
Belum sempat Erlisa memberi salam. Sudah kedengaran di hujung talian Elhan menyanyi lagu Rindukanlah. Erlisa tergelak manja.
“Assalamualaikum, Encik Muhammad Elhan…” Erlisa menekan suaranya untuk menarik perhatian kekasihnya itu.
“Daku ini cinta sejatimu.. Daku ini harapan hatimu. Dan janganlah engkau bersedih…..” Elhan masih lagi menyanyi.
“Elhan……” panggil Erlisa.
“Eh, sorry.. sorry… permaisuri hati yang selalu merindui raja hatinya…” madah Elhan.
“Euwww.. Pelisss laa Hann… Kenapa call ni? Ada 24 jam, jam terakhir juga nak call... Busy apa laaa 23 jam lagi tuu…. Orang ada bini pun tak macam tu….”
“Sorry laa… Han… Busy buat keja… Jam 8 tadi baru balik dari U.. Weekend ni ada hal, so kene laaa setelkan keja minggu ni….”
“Bukan Lisa je rindu, Han pun rindu juga la.” Pujuk Elhan. Manja sungguh suaranya….
“Ye laa rindu… Han nak pegi mana weekend ni pulak? Lisa pun takde juga weekend ni..”
“Aik? Pegi mana?” Elhan pura-pura terkejut. Walhal dia sudah tahu ke mana destinasi Erlisa hujung minggu ini.
“Tak nak laaa bagitahu…. Han pun bukan nak bagitahu…”
“Han ada projek master nak buatlah… Area KL je.. Sayang tu nak gi mana pulak?”
“Nak tinggalkan Han laa tu..”
“Han ni suka doa bukan-bukan tau… Lisa sampling kat Hutan Bukit Bakar. Kelantan tuu…. Dengan Prof. Azhar.”
Elhan tersenyum mendengar penjelasan Erlisa. Dia terimbau kembali pelawaan Prof. Azhar untuk membantunya sampling di Hutan Bukit Bakar. Lebih menggembirakan hatinya apabila pensyarahnya itu memaklumkan Erlisa juga akan menyertai ekspedisi tersebut.
Elhan menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan Erlisa. Dia ingin melihat reaksi kekasihnya itu apabila melihat dirinya terjojol di hadapan mata semasa ekspedisi.
“Jauhnyaaa… Memang kena pergi ke? Tak payahlaa. Hmmmm.”
“Alaaa…. Kenapa pula tak payah? Bukan selalu dapat sampling jauh-jauh.. Lagipun Lisa dah bagi nama dah.”
“Hurmmm… Han macamana?” Tanya Elhan selamba.
“Kenapa dengan Han?” Erlisa mengerutkan dahinya.
“Sampai hati tinggalkan Han macam ni… Selalunya Han memang dah booking hujung minggu Lisa kan.”
“Han… Lisa kan ada keja…. Bukan sengaja pun.”
“Yela yela…”
“Han okey tidak ni?”
“Kalau tak okey pun, bukan Lisa boleh ubah fikiran pun.”
Erlisa yang terbaring di atas katil tadi sudah duduk di birai katil. Nafasnya dihembus lembut. Dia tahu Elhan memahami keadaannya. Dia juga turut merasai rindu apabila berjauhan dari kekasihnya itu.
“Han…. Nanti kita jumpa Lisa belanja Han Ribena. Nak?”
“Tu Han pun boleh beli sendiri laa… Han nak benda lain”..
“Han ni mula laa minta bukan bukan.. Benda lain apa pulak Han nak ni? Erlisa teragak-agak menyoal.
Elhan tergelak mendengar nada suara Erlisa yang bergetar dan berbaur risau itu. Dia meneguk air ribenanya yang dibancuh sebelum menelefon Erlisa. Di hujung talian kedengaran Erlisa mengomel dan tertanya-tanya akan permintaan pelik Elhan itu. Elhan membiarkan kekasihnya itu tertanya-tanya.
“Erlisa, kalau Han hantar rombongan merisik boleh?”
“Merisik?” Terloncat Erlisa mendengar permintaan Elhan.
“Han ni melawak aje kan?” Erlisa menduga permintaan Elhan.
“Serius laaa sayang.. Dari kita rindu-rindu macam ni… Baik sahkan je hubungan kita.”
“Eleh Han ni…. Datang rumah Lisa pun ketar-ketar lutut… Inikan pula nak hantar rombongan merisik.”
“Lisa ni tak pecaya Han pula… Sekarang juga Han tunggu depan pagar rumah Lisa.” Bersungguh-sungguh Elhan ingin membuktikan permintaannya tadi.
Erlisa terkedu. Dia merebahkan tubuhnya ke atas katil. Badannya terapung sesaat apabila menyentuh tilamnya yang empuk itu sebelum mendarat semula. Dia tersenyum. Bukan dia tidak mempercayai kata-kata Elhan. Dia tidak pernah meragui ketulusan Elhan terhadap dirinya.
Tetapi, Elhan dan dirinya perlu akur akan realiti yang terpasak di setiap liku kehidupan mereka. Bagaimana penerimaan keluarga mereka?
“Han ni…. Kita masih muda kan… Bagilah Lisa habis belajar dulu.”
“Haaa… Han jangan pula mengada-ngada nak tunggu depan rumah. Abang Emir tak tidur lagi tu.” Amaran Erlisa untuk Elhan.
“Kalau ada abang Lisa makin mudahlah tugas Han nak melamar Lisa. Han nak buktikan Han ni bersungguh-sungguh..” Kedengaran serius pernyataan Elhan tetapi tergelak-gelak dia menghabiskan ayatnya itu.
Erlisa tahu Elhan hanya bergurau datang ke rumahnya malam buta begini. Kalau dia datang sekali pun, mana mungkin dia akan berjumpa dengan Elhan. Tinggal di perumahan yang majoritinya orang Melayu. Banyak hati perlu dijaga. Banyak mata hendak dihijab agar mulut tidak membibitkan cerita yang kurang enak untuk didengari.
“Han jangan nak mengada.. Terima kasih call Lisa… Lisa dah nak tidur ni.. Mengantuk dah..”
“Berenang di tasik berapi pun Han sanggup buat untuk Lisa tau… Terima kasih juga sudi sambut dan layan Han yang nakal ni..”
“Sedar pun dia tu nakal.”
“Nakal nakal pun ada yang sayang tau”
Mereka tergelak bersama-sama. Mana mungkin Erlisa mampu menyangkal kenyataan itu. Memang Elhan sudah penuh di dalam hatinya. Semoga sayang ini kekal sehingga bukti cinta ini dipatri.
“Assalamualaikum Han..”
“Wa’alaikumsalam… Mmmuaah.. I love you”
Erlisa tersenyum mendengar kucupan Elhan yang sengaja dibunyikan dengan kuat itu. Begitulah pengakhiran setiap panggilan telefon yang menghubungkan mereka. Seperti biasa, Erlisa tidak pernah membalas ucapan keramat 3 perkataan yang diucapkan Elhan secara terus.
Elhan pula tidak mengambil kisah akan perkara itu kerana dia yakin dirinya sudah tepu di dalam hati Erlisa.
“I love you, too Han..” Erlisa bermonolog sebelum bingkas bangun ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum beradu.
Usai membersihkan diri, Erlisa baring dan memeriksa telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa berlengah Erlisa membaca pesanan ringkas yang baru sahaja diterimanya.
“Good night, sweetheart.. Don’t let the bed bugs bite you.. ELHAN”
Senyuman mekar terlukis dibibirnya. Semekar bunga di tangkai hatinya.. Erlisa bertambah bahagia melihat nama seseorang yang telah lama berjaya menakluk hatinya di penghujung pesanan tersebut. Semoga mimpi yang indah. Cinta!
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Hatinya berlagu riang. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman manis yang mampu menggetarkan naluri wanita. Dia memiliki segala yang didambakan manusia di muka bumi ini kecuali cinta. Bukan tiada yang menginginkan jejaka tampan ini. Bukan!
Dia boleh sahaja membenarkan dirinya dicintai wanita lain, tetapi untuk dirinya membalas cinta itu, tanda soal yang besar menghempap dirinya. Dia tidak boleh menghalang orang lain menyimpan perasaan terhadap dirinya tetapi malangnya hatinya sudah tidak berongga untuk mengisi cinta wanita lain.
Erlisa. Satu-satunya wanita yang berjaya memenuhi segenap hatinya. Dek kerana kekebalan cintanya terhadap wanita itu, dia masih bertahan untuk menagih cinta. Meskipun sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. Hardie Haikal tidak akan menyerah dengan cinta ini.
Haikal melabuhkan punggungnya di atas sofa dalam biliknya. Dia manyandarkan kepalanya dan memandang siling biliknya. Kepalanya ligat memikirkan berita gembira yang dimaklumkan ibunya. Matanya dipejam. Angin malam yang menyapa mesra menambah elemen ketenangan. Membuakkan keterujaannya.
“Ibu dah jemput Aunty Anisah untuk kenduri esok?” soal Haikal.
“Dah jemput dah.. Ibu dah telefon semalam. Tadi baru je dia maklumkan akan datang… Aik Haikal ni.. Ramai-ramai tetamu, Puan Anisah juga Haikal tanya. Kenapa ni?”
Persoalan ini bernada serius meskipun bertujuan untuk menyakat. Haikal sudah tersenyum kambing di hadapan ibunya. Haikal buntu. Tidak tahu bagaimana menjawab persoalan maut ibunya. Dia mengambil langkah selamat dengan beredar secepat mungkin. Mukanya sudah merah padam menahan malu. Baru beberapa langkah diatur, namanya dipanggil.
“Haikal.” Ibunya memanggil.
“Ya, Ibu.” Teragak-agak Haikal memalingkan tubuhnya. Suaranya jelas bergetar. Tangan kirinya memegang dadanya. Mencuba mengawal riak mukanya.
“Aunty Anisah, InsyaAllah datang esok… Cuma Uncle Ammar tak dapat datang. Erlisa akan teman Aunty Anisah.” Tersenyum ibu Haikal menghabiskan ayatnya. Nama Erlisa sengaja ditekannya.
“Siapa teman Aunty Anisah, ibu?” Haikal seakan tidak percaya. Nama Erlisa benar-benar menggugupkan dirinya.
“Haikal ni…. Kekasih Haikal tu laaa.. Erlisa..”
Haikal tersenyum lebar. Igauannya terhenti apabila terdengar bunyi mobil yang baru sahaja masuk ke dalam perkarangan rumahnya.
“Abang Raikal laa tu..” Getus hatinya.
Keterujaannya masih terarah kepada Erlisa. Satu-satunya wanita yang berjaya meragut hatinya. Berbekalkan perasaan yang girang, Haikal melompat ke atas katil. Meniarap.
Sempat lagi dia membilang waktu yang berbaki untuk bertemu Erlisa. Bukan dia tidak berkesempatan melihat kelibat Erlisa di kelas. Dia selalu sahaja memerhatikan Erlisa di dalam kelas. Tetapi untuk bertemu secara rapat, jarang sekali.
Erlisa. Nama terakhir disebut Haikal sebelum memejamkan mata.
BAB 4
Keheningan pagi mesra diiringi kedinginan yang membalut tubuh sehingga ke tulang. Sekujur tubuh terhampar di atas nakhoda mimpi yang beralaskan satin emas. Tubuh ramping itu diselubung dengan selimut tebal untuk mengikis kesejukan yang kian menebal.
Pelayaran mimpi yang mengasyikkan tiba-tiba terhenti apabila jam loceng putih yang diletakkan di atas meja lampu berdering nyaring. Getaran dering yang memenuhi ruangan kamar berona merah jambu itu membawa Erlisa ke alam realiti.
Dengan kepayahan membuka mata yang masih berat, anak mata yang berwarna coklat hazel itu dihalakan ke arah jam loceng yang masih kemas dalam capaiannya. Detikan waktu sudah menjangkaui 6.07 minit pagi. Dia bingkas mengangkat tubuhnya.
Erlisa megelus lembut rambutnya saat kakinya menapak di atas lantai. Langkahnya yang lemah dan longlai itu menuju ke bilik air yang terletak di sudut sebelah pintu biliknya. Meskipun dalam kepayahan melawan matanya yang masih degil untuk memancarkan mimpi, Erlisa meneruskan niatnya untuk mengambil wuduk.
Usai mensucikan diri, sejadah di hamparkan menghadap arah Ka’abah yang menjadi lambang penyatuan umat Islam. Erlisa terbuai menghayati saat-saat pengabdian dirinya kepada Maha Pencipta. Tinta doa yang hadir dari hati yang tulus diucap dengan nada syahdu dan merendah diri.
Selepas melipat telekung, Erlisa menghenyakkan punggungnya di atas katil seraya mencapai telefon bimbit. Notifikasi pesanan “whassup” bernyala merah. Menunjukkan ada pesanan yang belum di baca. Dahinya yang mulus itu berkerut seiring dengan pertanyaan yang menerjah kotak fikirannya. Pesanan daripada siapa yang diterimanya di awal pagi ini.
Reaksi spontan Erlisa selepas membaca pesanan tersebut seolah-olah menerima khabar bencana alam yang bakal menyusul. Dia berlari keluar bilik dengan perasaan yang tidak percaya. Belum sempat dia menuruni tangga, Erlisa kembali ke dalam biliknya seraya menyingkap tabir biliknya. Pandangan matanya melilau mencari si penghantar pesanan itu tadi.
Mencerlung matanya yang cantik itu tatkala terpandang kereta Persona hitam yang berada betul-betul di luar rumahnya. Erlisa seperti lemas dalam realiti. Rasa bersalah menyerbu kalbunya. Dia yang mencabar Elhan semalam untuk datang ke rumahnya. Perasaan bersalah dan persoalan kenapa dan berapa lama Elhan sudah tersadai di luar rumahnya silih berganti menyusur kotak fikirannya.
Erlisa pantas membuka almarinya dan melilau mencari selimut mini. Kemudian Erlisa berlari menuruni tangga dan mencapai kunci rumah yang diletakkan dalam bekas hijau di atas rak kasut di hadapan pintu rumahnya.
“Ya, Allah… Han, kenapa sampai macam ni…” Monolognya sambil membuka pintu. Kedengaran lirih suaranya…
Erlisa bergegas membuka pintu pagar. Elhan yang kelihatan dari pagar rumahnya tengah memeluk tubuh. Kesejukan. Semakin sayu buaian lagu hatinya.
Erlisa mengetuk cermin kereta kesayangan Elhan. Masih tiada respon. Elhan lena diulit mimpi. Erlisa sudah menyeka air matanya. Terharu melihat kesanggupan Elhan membuktikan kata-katanya.
“Han, bangunlah…” Rayu Erlisa sambil mengetuk cermin kereta Elhan bertubi-tubi.
Elhan akhirnya terjaga…. Kepalanya yang tadi disandarkan ke kerusi kini diangkat perlahan. Redupan matanya yang separa tertutup digosok. Perhatiannya dicuri oleh ketukan di cermin keretanya.
Luruh hatinya melihat Erlisa membongkokkan badannya untuk melihat dirinya. Elhan tersenyum gembira. Dia menurunkan cermin keretanya.
“Good morning, sayang..” Elhan masih boleh tersenyum meskipun semalaman tidur di dalam kereta.
“Lisa buat apa kat sini? Intip Han tidur yaa…”
“Han ni… Lisa yang patut tanya Han tau.. Kenapa buat semua ni Han?” Soal Erlisa sambil menyelimutkan Elhan yang sudah pasti kedinginan. Elhan tidak menolak.
“Han memang dah bagitahu semalam kan, Han akan datang…”
“Han tak perlu nak buktikan apa-apa dengan Lisa… Lisa percaya dengan Han…. Han tak perlu buat benda yang menyusahkan Han…” Sayu suara Erlisa… Dia sudah tersandar di kereta Elhan…
“Lautan api pun Han sanggup hadapi tau demi Lisa”. Madah tipikal Elhan.
“Kalau Han kena jilat api, jandalah Lisa ni..” Erlisa tersenyum.
“Han… Baliklah rehat kat rumah…”
“Tak nak..” Ringkas jawapan Elhan. Menggeleng kepala seperti anak-anak.
“Tengok tu, degil lagi…” Elisa mencubit pipi kekasihnya itu.
“Han nak balik sekejap… Nak solat… Nanti Han datang semula ye… Jom jogging dengan Han…”
“Please sayang……” Elhan merayu.
“Yela…. Han pergi solat dulu…. Lisa tunggu sini yer…”
Erlisa masuk ke dalam rumah apabila Persona hitam milik Elhan hilang dari pandangannya. Dia masih tidak percaya dengan kesanggupan Elhan menunggu di luar rumahnya semalaman. Hati Erlisa semakin yakin dengan Elhan…
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Gelak tawa mereka bertukar menjadi insiden kejar mengejar. Gurauan yang mencuit hati kini bertukar kepada igauan mencubit hati.
Erlisa mempercepat langkahnya. Sesekali dia berlari apabila melihat Elhan semakin menghampiri. Hatinya mendongkol geram dengan Elhan yang sengaja meninggalkannya tadi.
Elhan yang berlari laju meninggalkan Erlisa semasa berjoging tadi menyentap kesabaran Erlisa yang terlolong memanggil namanya untuk lari bersama-sama.
Isu yang membakar pertahanan kesabaran Erlisa tatkala melihat Elhan berlari girang dengan sekumpulan gadis yang boleh tahan galaknya melayan telatah Elhan. Sukar untuk Erlisa menepis rasa cemburunya.
“Ohhh… Kita panggil macam mak lampir, dia boleh pulak tinggalkan kat belakang.. Padanlah tak melayan, sibuk laa katakan dengan perempuan lain..” Geram Erlisa berbicara sendiri.
“Lisa…. Tunggulah Han…” Elhan berlari-lari anak mendapatkan Erlisa.
Erlisa mempercepat langkahnya. Memulangkan paku serpih kepada Elhan yang mengendahkannya tadi.
“Aduh dia nie…. Gurau sikit pun tak boleh..” Elhan mengeluh.
“Sayang… Tunggulah…”
Elhan berhenti mengejar Erlisa. Dia berjalan seperti biasa apabila melihat Erlisa masuk ke dalam bilik air. Elhan melabuhkan tubuhnya di atas kerusi yang membelakangkan bilik air.
“Harap-haraplah lelaki tak cukup satu tu dah tak ada..” Erlisa berharap Elhan tidak menunggunya di luar. Menunggu.
Matanya melilau memerhati sekeliling kawasan taman itu. Tiada kelibat Elhan. Dia merasa lega. Erlisa membetulkan bajunya.
“Dah puas merajuk?” Elhan muncul dari belakang. Erlisa terkedu.
Erlisa memalingkan tubuhnya. Pandangannya dihalakan ke wajah Elhan. Serius. Tidak pernah dia melihat raut wajah Elhan yang tidak menampakkan lesung pipitnya.
“Dia marah ke?” Bisik Erlisa dalam hati. Dia teragak agak merenung pandangan tajam Elhan yang sedari tadi memandangnya.
Erlisa mendongak sedikit untuk memandang Elhan. Pandangan mata mereka bertaut. Erlisa merasa getaran yang pernah dirasainya sewaktu mula-mula terjumpa Elhan. Entah mengapa pandangan mata itu memberi nafas baharu kepada kepercayaan Erlisa yang hilang sedetik tadi.
“Dah… Ikut sini…” Elhan menarik tangan Elhan. Erlisa menurut sahaja.
Elhan melangkah laju. Erlisa tertanya-tanya destinasi yang akan dituju. Dia memandang sekeliling.
“Han….. Nak pergi mana ni?”
“Bagilah Lisa jalan sendiri.”
Elhan mendiamkan diri.
“Han…..” Lembut suara Erlisa memanggil Han.
Elhan memalingkan tubuhnya. Wajah Erlisa di pandang sekilas. Redup pandangan jejaka itu. Elhan melepaskan pegangannya.
“Lain kali, jangan buat macam tu lagi.” Erlisa tercegat. Seolah-olah masa terhenti. Tidak pernah merasakan Elhan serius itu. Diam sejuta bahasa.
“Kita dah sampai… Mari sini..” Elhan membawa Erlisa ke sebuah gazebo yang menghadap tasik Putrajaya. Cantik.
Erlisa masih lagi membatu. Dia tidak tahu apa perasaan yang dirasainya kini.
“Lisa tunggu sini kejap. Han nak ke kereta ambil bekalan makanan tadi… Lisa jangan tinggal Han tau.” Lembut saranan Elhan.
Entah mengapa hatinya sayup mendengar ayat terakhir Elhan. Matanya yang sudah mula bergenang itu melihat Elhan yang semakin hilang dari pandangan. Fikirannya menerobos masa lalu.
“Assalamualaikum…” Seorang jejaka meletakkan bukunya di atas meja dan terus duduk tanpa meminta jemput dan apatah lagi meminta untuk dijemput.
Erlisa mendongakkan kepalanya. Tersentak seketika melihat wajah jejaka yang duduk di hadapannya. Bila menyedari dia terlalu lama merenung, dia menundukkan pandangan. Lamunannya diragut tiba-tiba.
“Dah lama di sini? Jom teman saya makan…” Pelawa jejaka yang tidak pernah dikenalinya. Entah mengapa degupan jantungnya semakin laju. Erlisa menggeleng separa tunduk.
“Minum?” Erlisa menggeleng buat kali kedua. Hairannya, Erlisa tidak pula berganjak dari tempat itu.
Beberapa minit selepas itu, jejaka itu datang dengan dua gelas minuman. Dia berpatah semula ke kafe. Mungkin mengambil makanan.
“Mungkin mak awak tak bagi terima minuman dari orang yang awak tak kenal. So, nama saya Muhammad Elhan…. “
Elhan mengeyitkan mata kirinya saat Erlisa menatap wajahnya.
“Awak ni kenapa tiba-tiba serang saya ni?” Erlisa semakin berani bertentangan mata dengan jejaka yang baru dikenalinya itu.
“Saya tak serang… Tak juga kacau awak.. Saya Cuma datang nak tumpang duduk….” Elhan menjawab selepas meneguk air Ribenanya.
Erlisa mengerling ke sekeliling. Semua meja penuh. Padanlah mamat ni tumpang semeja. Omel Erlisa.
“Awak ada teman lelaki?” Elhan selamba bertanya dan menyuap nasi lemak yang dibelinya.
“Apa awak tanya tadi?” Erlisa terkedu dengan karakter Elhan yang terlalu selamba berbicara soal hati. Tidak pernah dibuat orang.
Elhan mengunyah habis makanannya sebelum menjawab.
“Awak dah ada boyfriend ke belum?” Sambil mengesat bibirnya yang merah delima dengan kertas tisu.
“Awak nie memang macam ni eh? Wowww! So impressive! I never seen before..” Erlisa membesarkan matanya. Badannya diunjurkan ke hadapan.
“Macamana apa? Saya macam ni laaa… Single, makan pun minta ihsan orang nak tumpang meja.”
Lakaran senyuman di bibirnya menyerlahkan sepasang lesung pipit yang menambah manis di wajah tampannya.
Erlisa terpana dengan senyuman manis Elhan. Bohonglah kalau hatinya tidak bergetar dengan senyuman itu. Bohonglah kalau hatinya tidak terusik dengan sikap terbuka dan berani Elhan mendekatinya,
“Minta maaf ye awak… Saya nak ke kelas… Assalamualaikum.” Langkah Erlisa sedikit kekok.
“Awak…..” Panggilan Elhan. Erlisa tidak mempedulikannya. Erlisa meneruskan langkahnya.
“Nur Erlisa Muhammad Ammar.” Serasa gugur jantungnya apabila namanya disebut dengan nada tinggi, Semua mata terarah kepada adegan mereka berdua. Erlisa memalingkan mukanya. Awkward!
“Buku awak ni, tertinggal… Kalau terpesona dengan saya sekali pun, tengok-tengoklah barang awak.” Elhan tersenyum.
Belum habis malunya dipandang orang ramai, kini malunya kian bertambah. Merah padam mukanya yang putih mulus itu. Dia lekas berjalan menuju ke kelas. Namanya sekali lagi dipanggil, tanpa nama ayahnya. Dia menoleh malas.
“Wa’alaikumsalam.” Elhan menjawab salamnya.
Erlisa menjadi semakin pelik apabila namanya dipanggil buat kali ketiga. Dia mengikut kata hatinya untuk teruskan berjalan. Namanya dipanggil lagi. Sehingga dia merasakan badannya digoyang lemah.
“Sayang….. Mengelamun apa ni?” Elhan tertancap di hadapannya.
Erlisa yang baru kembali ke realiti selepas jauh mengelamun itu tidak berminat menjawab soalan Elhan. Dia melihat mee hon yang digorengnya itu tadi sudah terhidang di hadapan mata. Botolnya yang diisi Ribena itu sudah berada di dalam genggaman Elhan.
Erlisa menggeleng. Hantu Ribena betul laa dia ni. Omel hatinya.
“Lisa, jomlah makan… Dah lapar ni…” Elhan merengek seakan kanak-kanak kecil.
Erlisa menghidangkan Elhan air tangannya. Selepas ini dia ingin bertanyakan mengenai perubahan karakter Elhan yang serius itu tadi. Mereka menjamu selera di tepi tasik putrajaya yang mulai disinari suria pagi. Bismillah.
BAB 5
“Ye….. Wawa dah tanya dia tadi..”
“Agak-agak dia tukar colour tak last-last minit?” Persoalan yang berlegar di mindanya terpacul jua.
“Tak kot. Dia dah siap iron baju dia warna biru tu, so Cik Erlisa awak tu akan pakai biru..” Terang Najjwa yang membantu Haikal menanyakan warna baju Erlisa malam nanti.
“Ok laa, kalau macam tu… Terima kasih, Wa..” Ceria suara Haikal. Sudah pasti tidak keruan menanti malam.
Haikal merancang kejutan untuk Erlisa. Dia mahu mereka sedondon malam ini. Mujur ada Najjwa yang membantunya untuk mengetahui warna baju yang akan dipakai Erlisa kenduri nanti.
Meskipun dia tahu serangan peribadi dan sindiran manja dari keluarganya akan menerobos, setidaknya semua itu membuatnya senyum. Mungkin sinar bahagia? Igauannya larut di hujung talian.
“Haikal,” sayup suara Najjwa di hujung talian.
“Ya?” Sahut Haikal.
“Wawa nak cakap sikit. Boleh?”
“Aik? Mestilah boleh. Sejak bila pula tanya nak kena izin ni?” Haikal ternanti-nanti persoalan yang bermain di benak fikiran Najjwa.
“Wawa bukan nak masuk campur. Tapi, kita kan kawan… Wawa sayang semua kawan wawa,” tulus sentuhan bicara hatinya.
“Wawa cakap apa ni… Cuba cakap terang-terang.. Saya tak faham kalau kias-kias ni..” Haikal mengangkat tubuhnya yang tadi bersandar. Perasaan ingin tahunya membuak.
“Emmm…. Awak tahu kan Lisa dah ada teman lelaki?” Teragak-agak, sama ada mahu menghabiskan pertanyaan itu atau biar ia tergantung.
Haikal tidak menjawab. Kedengaran helahan nafasnya. Seakan berfikir dan mencari jawapan kepada persoalan yang sudah lama bersarang di hati. Adakah dia mempunyai jawapan yang ampuh? Dan adakah dia kuat untuk menerima kenyataan itu?
“Saya tahu… Tapi,,,” ringkas jawapannya, tidak sempat dia meniti ayat terakhir, Najjwa lantas memotong.
“Sampai bila awak nak menunggu Lisa, Haikal?” Najjwa jelas bersimpati dengan Haikal.
“Awak tak faham Wa… Saya pun tak tahu nak cakap macamana,” Haikal mengeluh. Meraup wajahnya lalu berdiri menghadap tingkap.
“Kenapa awak tak bagi peluang dengan orang lain? Kenapa awak tak buka hati awak untuk terima orang lain?” Najjwa sebal kerana Haikal mencintai Erlisa tanpa mengira perasaannya sendiri.
“Orang lain tak sama macam Lisa, Wa. Tak sama dan tak akan sama..” Haikal sudah tersandar di dinding. Menahan sebak di dadanya.
“Memang tak sama… Perasaan awak dengan dia pun tak sama macam mana awak rasa dengan orang lain… Tapi awak jangan lupa, perasaan Lisa dengan awak tetap sama. Sebagai kawan. Janganlah seksa diri awak macam ni Haikal,” entah mengapa Najjwa sungguh prihatin dengan perasaan Haikal.
“Selagi ada masa, selagi tu saya cuba, Wa… Andai kata satu hari nanti dia sah jadi milik orang lain, saya pasrah.. Kebahagiaan dia kebahagiaan saya juga. Walaupun……” Lirih sungguh suaranya. Menerkam kalbu, serasa dicarik halus hatinya.
“Walaupun kebahagiaan itu tak sama kalau awak yang bersama dia?” Haikal tersentak seketika. Terasa jantungnya disentap rakus. Dia tidak menyangka dia mengharap cinta Erlisa sebegini rupa.
“Haikal, awak fikirlah mana yang baik untuk awak. Saya tetap akan sokong. Okay?” Najjwa kembali tenang. Dia tidak mahu menambah cakar dihati Haikal.
Lambat Haikal membalas. “Terima kasih, Wa.”
“Haikal.” Najjwa menyahut nama sahabatnya itu sekali lagi.
“Ya?” Haikal menjawab lemah.
“Mungkin selama ini awak lupa, ada orang lain yang megharap awak macam awak mengharap Lisa. Sudah tiba masanya awak berpaling arah. Mungkin di situ bahagia yang awak cari. Awak cuma perlu percaya .” Najjwa menuturkan kata hatinya. Berderaian air matanya. Sukar untuk dia menilai tangisan itu. Apa maksud tangisan itu?
“Assalamualaikum,” Najjwa segera menamatkan panggilannya.
“Wa’alaikumsalam.” Haikal terkial-kial mencari makna di sebalik kata-kata Najjwa sebentar tadi. Bergetar jua tangkai hatinya namun jauh sekali mampu menggugurkan nama Erlisa, buah hatinya.
Hatinya yang dihimpit dengan pelbagai persoalan kian menyesakkan fikirannya. Haikal turun ke bawah untuk melihat persiapan kenduri malam ini. Kelihatan pekerja-pekerja katering sibuk mendirikan kanopi dan menyediakan meja untuk tetamu.
Hardie Haikal mencapai kunci keretanya dan meluru pergi dari perkarangan rumahnya. Dia ingin merungkai kekusutan yang berlaku di benak fikirannya. Erlisa, mengapa kau terlalu istimewa?
“Hardie, Lisa tanya, awak ada terambil buku dia tak masa korang dua terlanggar minggu lepas?” Soal Najjwa.
“Lisa? Kenapa dia tak tanya saya sendiri?” Jawab Hardie Haikal selamba, mengerutkan dahi.
“Lisa ada kat mana?” Bertubi-tubi dia menyoal.
“Errr….. Lisa ada kat luar…. Emmm sebenarnyaa dia malu… A’aahh.. Dia malu…” Bergetar suaranya menjawab soalan Hardie Haikal.
“Bagitahu Erlisa, kalau nak buku dia, suruh minta sendiri… Apa nak malu, kita kan sekelas,” Sempat lagi Haikal mengenyitkan matanya.
Entah mengapa Najjwa berlari tak tentu hala melihat Hardie mengenyitkan mata tadi. Dia seolah-olah dikejar halilintar. Cemas. Hardie Haikal hanya menggeleng dan tergelak ringan melihat gelagat Najjwa. Segaris senyum tercoret dibibirnya.
“Haikal….” Perlahan suara itu memanggilnya.
Hardie Haikal tidak pasti. Dia tersalah dengar atau memang namanya dipanggil. Sayup kedengaran dari halwa telinganya. Lebih-lebih lagi nama belakangnya yang dipanggil, Haikal. Sedangkan semua rakan universitinya memanggil dia dengan panggilan nama hadapan, Hardie. Dia meneruskan kerjanya.
“ Ehmm… Haikal,” Kedengaran perlahan, tetapi lebih kuat berbanding tadi.
Dia menoleh ke belakang. Dia terperanjat melihat seorang gadis separa tunduk berdiri dibelakangnya, Erlisa.
“Eh, awak… Ingat siapa tadi… Nak jumpa saya ke?” Hardie Haikal tersenyum.
Erlisa mengangguk lemah.
“Saya nak ambil buku saya. Awak ada bawa?” Teragak-agak mengangkat wajahnya.
“Ada. Awak duduklah dulu. Saya nak ambil kat luar.” Hardie Haikal menunjukkan kerusi di depannya sebelum berdiri.
Erlisa yang kalut dan malu terpaksa membawa dirinya untuk duduk. Melihat Hardie Haikal yang berlalu pergi melegakan sedikit perasaan gemuruhnya. Tanpa diduga, Hardie Haikal berpatah arah, kembali kepadanya. Erlisa tergamam.
“Lisa, kenapa panggil saya Haikal?” Pelik intonasi suaranya.
“Awak patah balik sebab nak tanya tu aje?” Erlisa seolah tidak percaya.
“Tahu tak, awak orang pertama panggil saya Haikal kat sini?” Tepat pandangan matanya memandang Erlisa.
Erlisa melarikan pandangan matanya.
“Tak boleh ker saya panggil Haikal, saya tak suka panggil Hardie..” Erlisa semakin berani menutur bicaranya dengan Hardie Haikal.
“Boleh tu boleh. Tapi, orang yang penting-penting je panggil saya Haikal…” Erlisa sudah tertunduk malu.
“Kalau saya ni penting, panggil aje Haikal..” Serasa meletup jantung Erlisa mendengar bait-bait kata Haikal. Dia terus membatu. Namun, dia gagahi juga untuk berbicara.
“Awak, pergilah ambil buku saya…” Pandangan matanya sudah tidak berani singgah di kamar mata Hardie Haikal.
Erlisa menyandarkan tubuhnya. Menutup rapat matanya. Seakan tidak percaya apa yang dilaluinya. Dia menepis debar di hatinya. Hardie Haikal pula tidak habis senyumannya. Hatinya berbunga riang. Pandangannya hanya terlihat Erlisa.
Bermula detik inilah hatinya degil untuk terus mencintai Erlisa. Dia melayang melayan perasaannya. Terimbau memori awal perkenalannya dengan Erlisa sudah cukup membawa musim bunga di hatinya. Mekar. Belum lagi memiliki gadis yang dicintainya itu.
“Tok.. Tok… Tok…” Kedengaran ketukan dari cermin kereta. Tiada respon.
“Tokk.. Tokkk…” Semakin kuat ketukannya. Di luar kedengaran hon kereta dibunyikan. Barisan kereta pula semakin panjang.
Hardie Haikal tersedar tatkala terdengar sahutan hon kereta dan ketukan dari cermin keretanya. Cermin keretanya diturunkan. Boleh pula Haikal mengelamun kisah lampaunya di atas jalan raya. Kesudahannya, semua kereta di belakang tidak dapat meluncur.
“Encik, ada apa-apa ker?” Tanya seorang pemuda yang berdiri betul-betul di hadapan cermin keretanya.
“Ahhh… Minta maaf encik.. Saya tak apa-apa.” Sempat lagi dia memandang belakang. Dia mengucap panjang apabila melihat deretan kereta menanti di belakangnya. Rasa bersalah lantas bersarang di hatinya.
“Cinta punya pasal….. Macam ni pun boleh… Lisa.. Lisa..” Hardie Haikal menggeleng.
Meskipun hanya bersandarkan kenangan masa lalu, Haikal tetap bahagia. Perasaannya terhadap gadis bernama Erlisa tidak pernah padam. Bahkan, ia semakin menebal saban hari. Benarlah, cinta itu buta, lagi membutakan.
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Luruh jantungnya melihat kelibat lelaki itu di hadapan pagar rumah. Asakan persoalan kian meresahkan benak fikiran Erlisa. Dia kehilangan punca. Tidak tahu alasan disebalik kehadiran Haikal.
“Haikal….. Awak buat apa datang rumah ni?” Erlisa separuh berbisik.
“Saja… Nak tengok awak…” Haikal tersengih.
“Eeeee awak ni…. Malam nanti kan jumpa juga…”
“Itu malam….. Pagi, petang.. Tak ade…” Haikal meletakkan tangan kanannya di pagar.
“Awak ni.. Mulalah nak buat hal tau… Nanti ibu nampaklah…. Tak manis..”
“Baguslah ibu awak nampak… Memang nak jumpa ibu awak. Panggillah ibu awak…”
Haikal meninjau ke dalam rumah Erlisa. Erlisa menghalang dengan mendepakan tangannya. Lagak seperti bermain galah panjang.
Erlisa terloncat apabila ibunya melaungkan namanya dari dalam rumah. Lantas dia menolak Haikal untuk beredar. Haikal membatu diri untuk terus kekal menunggu di hadapan rumah. Kelakar sungguh melihat Erlisa yang cemas.
“Haikal…. Please……….” Erlisa merayu sambil menolak tubuh Haikal.
“Tak nak…” Haikal memeluk tubuh.
“Kalau awak degil, saya tinggal awak kat sini. Bye!” Erlisa sudah berpaling.
“Awak memang selalu tinggalkan saya pun. Tak heran..” Haikal masih berpeluk tubuh sambil menggeleng-geleng kepalanya.
“Awak degil!” Erlisa meneruskan langkahnya ke dalam rumah.
Ibunya yang muncul di muka pintu seakan-akan singa lapar pada pandangan Erlisa. Dia menjadi tidak keruan. Terkejut!
“Aik.. Kamu ni kenapa Lisa. Cemas semacam.. Siapa datang tuu…”
“Haaa.. Tak ada siapa ibu.. Ibu masuklah….” Erlisa memimpin lengan Ibunya.
“Assalamualaikum Aunty…..” Haikal terjojol dari pintu pagar. Tersenyum gembira. Erlisa pula sebaliknya.
“Haaa… Haikal… Sampai pun kamu.. Jemput masuk, nak…” Sempat lagi ibunya mengerling anak gadisnya.
“Lisa ni… Kenapa tak jemput Haikal masuk….” Menyentuh lembut pipi Erlisa yang sudah merah padam.
“Mujurlah kamu datang Haikal.. Takut tak sempat…” Puan Anisah sudah meluru ke depan pagar untuk menjemput Haikal.
Erlisa tergumam tanpa kata. Dia tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Sempat lagi dia melihat Haikal tersengih kepadanya sebelum masuk ke dalam rumah.
“Lisa, buatkan air untuk tetamu ni.. Boleh pulak dia biar kamu lat luar panas-panas tu Haikal.” Puan Anisah rasa kelakar melihat kegugupan Erlisa. Sebenarnya dia sudah lama mengintai, sebaik sahaja loceng rumahnya ditekan.
“Dia ingat saya nak datang meminang kot Aunty.” Haikal berbahasa. Gamat ruang tamu itu dibuatnya.
Erlisa dengan perasaan mendongkol beredar ke dapur untuk membuat air. Amboi… Bukan main nak bermesra-mesra ya Encik Haikal. Tadi masa awak, sekarang ni masa saya pulak. Mengada betullah lelaki ni!
“Kenapa dia datang rumah eh?” Persoalan yang ditanyakan kepada dirinya sendiri.
Itu soal kedua. Fokus utama sekarang, kita dera deria rasa lelaki yang degil dekat luar tu.
“Bukan main lagi nak bodek-bodek ibu… Haaa… Nak meminang sangatkan.. Tengok lepas ni, nak pinang ke atau nak cincang aje aku ni,” bancuhan air tehnya sengaja diletakkan 5 sudu garam. Puas hatinya!
“Kalau dia complain kenapa masin… Tahulah aku apa nak jawab… Gula di rumah ni, habis aku makan, sebab tu muka aku manis,” sempat lagi, masuk bakul yang diangkat sendiri.
Dengan perasaan yang puas dan senyuman paling manis, Erlisa menghidangkan teh istimewa itu kepada Haikal. Rasakan!
Kesesakan terminal bas di Seremban tidak mematahkan semangatnya mencari kelibat ayah tirinya. Dengan menggalas beg sandang yang berisi komputer riba dan nota kuliah, dia bertolak dari kampus ke terminal ini. Kerisauannya dengan ibunya yang sedang sakit mematikan kepentingan lain dalam hidupnya.
Usai bacaan doa selamat dan solat isyak berjemaah, Haikal mencari kelibat Erlisa.. Dia membisik Irham kalau-kalau Irham ternampak Erlisa. Gelengan Irham menguncupkan harapannya. Dia meluru ke luar rumah.
BAB 6

Kamilla mengelap peluhnya yang membasahi dahi. Dia meletakkan beg sandangnya di kerusi tempat menunggu. Sesekali Kamilla menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mengimbas sesiapa yang lalu di hadapannya.
Setelah hampir 15 minit menanti, penantiannya melebur apabila menerima salam daripada seseorang yang cukup dikenalinya.
“Assalamualaikum, Ila…” Suara tua yang disayanginya membelai halwa telinganya.
“Wa’alaikumsalam…” Ila menoleh ke kanan. Dia mengukir senyuman. Ayah tirinya memakai pagoda putih yang lusuh bersama seluar hitam dipandang sayang.
“Eh… Abah….. Dah lama abah sampai? Ila minta maaf menyusahkan abah..” Menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Tak adalah… Bukan susah pun jemput Ila kat sini… Lagipun Abah risau kalau Ila naik teksi balik rumah… Ila tu perempuan.. Bahaya jalan sorang-sorang…” Ayah tirinya
ketawa, menyembunyikan keletihannya seharian mencari rezeki.
Kamilla bersyukur dengan kehadiran ayah tirinya yang sangat penyayang. Meskipun bukan ayah kandungnya, abah tetap menyayangi dia dan keluarganya seperti keluarga sendiri. Abah tidak pernah berkira soal wang ringgit dan payah jerihnya mencari rezeki.
Bergenang air matanya megenangkan pengorbanan ayah tirinya. Bayangkan kegigihan abahnya, siang menjadi buruh di tapak pembinaan, malam pula bekerja sebagai jagar sekolah. Tidak cukup dengan itu, hujung minggu pula berbasikal mencari tin dan barang terpakai untuk dijual. Semuanya untuk memenuhi keperluan keluarga.
Dengan usia yang menjangkaui separuh abad, abah sepatutnya berehat dan beribadat di rumah… Tetapi, tidak… Demi memastikan kelangsungan hidup keluarganya, kepayahan diharunginya jua. Kamilla mengagumi kekentalan jiwa ayah tirinya. Entah berapa kali dia mengucapkan terima kasih. Namun, ia tidak pernah setimpal dengan jasa abahnya…
“Abah…. Terima kasih …” Ila menahan sebak. Dia tidak mahu menangis di hadapan ayah tirinya. Dia tidak mahu menambah bebanan perasaan yang ditanggung lelaki tua itu.
“Kenapa nak terima kasih pulak… Dah memang tanggungjawab Abah kan… Jaga Ila, jaga keluarga kita. Kalau Abah tak buat, abah yang tanggung dosa tau... Sepatutnya Abah yang patut berterima kasih dengan Ila.” Sempat lagi abahnya menepuk lembut bahunya sebelum mereka beriringan ke motor tua abahnya.
“Bukan terima kasih untuk ini aje bah.. Untuk semuanya… Semua pengorbanan abah… Kalau abah tak ada, Ila tak tahu, macam mana…….” Pecah jua tubir matanya.
Air mata berderaian melewati pipinya. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, tubuh emas ayah tirinya didakap kuat. Dipeluk sayang. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia menyanjungi ayah tirinya ini.
Abahnya membalas pelukan Ila. Dia menyayangi Ila seperti anak kandungnya sendiri. Dia ingin menebus kembali kesilapan perkahwinan pertamanya. Baginya, dia tidak ingin mengulangi masa lampaunya yang kelabu. Dia tidak mahu keluarganya merintih lagi.
Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah dia berusaha membanting tulang.
“Ila,,,, tiada apa yang abah boleh bagi Ila… Abah tiada harta nak bagi Ila…. Abah minta maaf sangat-sangat dengan Ila… Abah minta maaf sebab tak mampu nak berikan kemewahan kepada keluarga kita. Abah sebenarnya malu .. Tapi Ila jangan risau.. Abah janji….
Selagi tulang empat kerat abah masih kuat, selagi itu abah pastikan keluarga kita masih merasa nasi.” Abah Ila menyeka air matanya. Dia juga tidak mampu menahan sebaknya. Lirih sungguh suaranya… Menambah cakaran dihati Kamilla.
“Abah…. Abah tak payah nak rasa malu.. Abah sepatutnya berbangga… Ila tak tahu macamana nak balas budi abah selama ni…
Wang ringgit bukan segala-galanya abah… Kasih sayang abah, pengorbanan abah yang menjadi pengukur kebahagiaan kita. Walaupun kita hidup susah, kita bahagia abah. Bahagia….. Itu yang jauh lebih penting dan bermakna… Bahagia sebab kasih sayang abah yang tidak ternilai…”
Saat Ila dan adik-adik kehilangan kasih seorang ayah, abah hadir untuk tuaikan kasih abah… Semua tu rahmat tidak ternilai abah… Ila tak nak kemewahan, Ila nak abah…”
Rembesan air mata abahnya semakin deras bercucuran. Habis lencun lengan pagoda lusuhnya menyeka air matanya.
Cukuplah ada Abah…. Ila janji akan belajar bersungguh-sungguh.. Untuk abah… Untuk keluarga kita… Ila nak abah hidup senang dengan titik peluh Ila sendiri… Itu janji Ila.. Terima kasih abah, terima kasih!”
Semakin kuat esakan Kamilla. Seerat pelukannya. Seerat kasihnya juga.. Dua beranak itu dibuai dendangan syahdu esakan dan deraian air mata mereka. Benarlah, kebahagiaan bukan dicipta dengan wang ringgit. Kamilla pulang ke rumah untuk menebus rindu buat keluarganya... Yang pasti sudah menanti…
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Rambutnya disanggul separa tinggi. Selendang glitter berona emas dililit kemas dikepalanya. Sesekali dia mengerengkan badan ke kiri dan kanan untuk melihat penampilannya dari sudut tepi. Setelah berpuas hati dengan pesonanya, dia mengatur langkah ke katiln untuk mengambil tas tangan. Telefonnya yang diletakkan di atas katil berdering. Erlisa sudah tersenyum.
“Assalamualaikum, Mr. Ribena…” Ceria suara Erlisa menyambut panggilan dari kekasihnya.
“Wa’alaikumsalam.. Hurmm…” Elhan menjawab acuh tak acuh.
Erlisa yang sudah tahu mengapa Elhan bereaksi begitu tidak mahu memanjangkan hal. Dia layankan saja rentak Elhan…
“Moody aje dia ni… Kenapa ni?” Mod memujuk serta merta dilayarkan.
“Ikut tak request Han semalam?” Soalan Erlisa ditampal dengan soalan. Rajuk bunyinya.. Elhan sudah duduk bersila di atas sofa.
“Ikut…… Giler tak ikut,,“ Sengaja dia meleretkan nada suaranya untuk memujuk Elhan yang tidak senang duduk mengetahui dirinya akan menghadiri majlis keramaian.
Elhan memberi syarat kepada Erlisa untuk berpakaian sopan dan longgar untuk hadir ke majlis kenduri keluarga Haikal. Sebab itulah Erlisa tidak memakai baju kurung moden biru yang mula-mula ingin dipakainya.
“Good girl… Tambah sayang lahh macam ni…Snap gambar satu…” Berpuas hati dengan pengakuan Erlisa, Elhan sudah mesra seperti dirinya yang lazim.
“Okey… No problem… Cuma nanti kat sana Lisa maybe sembang dengan classmate Lisa, Haikal… Bolehkan?” Menjaga hati kekasihnya itu..
“Lisa kan dah besar.. Han percaya ngan Lisa.. We build our relay by trust. It should not be a problem kan? Tersenyum dan menyandarkan kepalanya di sofa..
“Wah… Sweetnya dia… Sebab tu laa Lisa sayang sangat dengan Han… Memahami…. Nak belanja laa kalau macam ni..”
“Yeahh… Nak Ribena tiga….” Elhan beriak seperti anak kecil.
“Banyaknya nak tiga… Nak minum semua ker?”
“Alaaa… Nak tiga laa… Lisa punya satu, Han punya dua… Satu mana cukup…. Lisa tu selalu minta Ribena Han kan, kena lah bagi satu jugak..” Kedengaran tawa Erlisa di hujung talian. Elhan pula mengukir senyum bahagia….
“Han tu hari-hari nak Ribena…. Macam budak kecik aje,” menyakat Elhan yang wajib menghirup air ribenanya setiap hari.
“Dah dari kecik Han minum… Apa boleh buat… Orang tu pun asyik minta aje tiap kali Han minum,” giliran Elhan menyakat Erlisa pula.
“Sengaja nak kacau Han minum….” Hakikatnya Erlisa juga mula menggemari minuman yang diperkaya vitamin C itu. Semuanya selepas dia berkenalan dengan Elhan.
Gelak tawa mereka berterusan sehingga Puan Anisah muncul di muka pintu bilik Erlisa.. Elhan mengingatkan Erlisa beberapa perkara sebelum menamatkan panggilannya. Erlisa mengangguk faham.
Semasa dalam perjalanan, fokus Erlisa terganggu beberapa darjah apabila ibunya mula berbicara mengenai Haikal dan tugasannya semasa kenduri nanti.
“Ye Ibu… Lisa tahulah bawa diri nanti… Bukan pertama kali kan Lisa ikut ibu… Ibu janganlah risau,” sesekali melirik ke arah ibunya yang baru sahaja memberikan tips berada di majlis kenduri.
“Bukan apa…. Ibu takut kalau Haikal tu datang dekat Lisa….” Jelas suara ibunya dipagut kerisauan.
“Kenapa pulak takut? Haikal nak buat apa dengan Lisa sampai ibu nak risau sangat ni…. Haikal tu baiklah ibu,” sempat lagi dia memuji Haikal. Memang benar. Jauh di dasar hatinya mengakui Hardie Haikal seorang lelaki yang baik.
“Ibu tahu Haikal tu baik… Kamu ni, ibu risau.. Tak pernahlah nak layan Haikal tu elok-elok… Asyik mengelak aje ibu tengok.. Haaa tadi petang di rumah tu, boleh pula kamu halau dia,” Erlisa cuma mampu menadah telinga mendengar bebelan ibunya.
“Hahaha… Ibu ni lawaklah… Bukan sengaja halau laaa ibu.. Lisa cuak dia tiba-tiba ada depan pagar rumah… Haaa… Haikal tu pun boleh pulak nak bergurau masa tu… Cemaslah Lisa ibu..” Tawanya bersambung kembali.
“Kamu ni kalau tak cemas memang tak sah… Haaa.. Apa yang diguraukan Haikal tu, sampai kamu tak keruan tadi?” Soalan maut ini memagar kotak rasional Erlisa. Tahap kesukaran persoalan itu ditambah lagi dengan riak muka nakal ibunya.
“Tak ada apalah ibu….. Gurau-gurau macam tu je” Jelas perubahan nada suara Erlisa… Nada klise.
“Macam tu macamana? Cepatlah.. Ibu nak tahu ni..” Cuitan sebagai cenderamata singgah di pehanya. Terkejut Erlisa dibuatnya.
“Sejak bila ibu jadi mamarazi ni? Tak ada apa… Gurau-gurau biasa je….
Haaaa… Selamat dah sampai… Jom ibu…..” Erlisa memarkirkan keretanya.
“Nak mengelak laa tu,” sambung Puan Anisah sebelum membuka tali pinggang keledar. Erlisa hanya tergelak puas.
Kereta Toyota Vios milik ibunya sudah diparkir di luar rumah Haikal. Ruang luar rumah Haikal dihiasi kanopi yang dihiasi kain rentang berwarna violet cair. Erlisa melihat wajahya di balik cermin kereta. Membetulkan tudungnya. Bertambah manis raut wajahnya apabila mengenakan hijab.
Tanpa disedari, kehadirannya diperhati sepasang mata yang sudah lama menantinya.
“Cantiknya…. Macam bidadari kayangan. Pergghhh.” Haikal sudah memanjangkan dakapannya di bahu Irham…
“Eh, Die.. Engkau ni dah angau ke apa? Kalau bidadari sekalipun, tutuplah mulut tu… Dah macam gua dah aku tengok…” Tegur Irham yang diajak Haikal untuk menunggu kehadiran Erlisa..
“ Haha… Betullah kata orang… Dari mata jatuh ke hati….” Haikal mendekapkan tangannya di dada. Erlisa sudah masuk ke dalam rumahnya. Hilang dari pandangan matanya buat seketika.
“Tapikan Die… Kenapa dia tak pakai baju biru eh ? Kau cakap dia pakai baju birukan…” Irham menyedari Erlisa memakai baju berwarna emas.
“Aik? Kan dia memang pakai baju biru Ham… Apalah kau ni…” Haikal berkeras menafikan kata-kata Irham.
“Dia pakai baju warna emas laahh.. Gold… Tadi kan pandangan mata kau tak berapa nak waras… Sebab tu tak perasan dia pakai baju warna apa…” Sindir Irham tepat menempel di muka Haikal.
“Kau biar betul Ham….. Aku nampak biru tadi…” Haikal cuba meyakinkan dirinya.
“Memang sah kau ni angau… Kau pergilah usha dia kat bawah.. Tak pecaya sangatkan..” Cadang Irham…
Tanpa berlengah, Haikal meluru keluar biliknya. Irham yang melihat perilaku Haikal hanya menggeleng lemah. Dia tahu, sahabat baiknya itu memang tulus mencintai Erlisa. Dia juga tahu Haikal sudah menyimpan perasaan terhadap Erlisa sejak tahun pertama pengajian mereka. Sudah 3 tahun cinta itu disemat kemas dalam hati, tanpa ada sesiapa yang mampu melawan….
“Aku doakan kau, Hardie,” bicaranya sendirian sebelum Haikal masuk ke dalam bilik yang bagai disambar petir. Tanpa memandangnya, Haikal terus membuka almari bajunya. Satu persatu warna baju melayunya dilihat.
“Kau cari apa weh?” Irham yang pelik dengan kelakuan Haikal memecah kebuntuan.
“Cari baju melayu laa.. Colour emas… Lisa tak pakai biru,” ucapnya cemas sambil meneliti bajunya yang bergantung di almari.
“Kau ni kecohlah.. Pakai ajelah baju kau sekarang nie.. Apa masalahnya…” Irham semakin tidak faham dengan Haikal.
“Aku nak sedondon dengan dia… Bila lagi nak pakai sedondon.. Nikah pun belum tentu ada jodoh…” Tangannya masih ligat mencari baju yang sepadan.
“Aku cakap kau angau tak mengaku.. Tak tahulah aku dengan kau ni, Hardie,” Irham sudah berjalan ke beranda bilik sahabatnya itu..
“Haaa.. Jumpa pun.. Ham, matching tidak colour ni?” Haikal melapiskan baju melayu berwarna emas itu di tubuhnya.
Selepas diamati warna baju yang ditunjukkan Haikal. Irham memberikan pendapatnya. “Hmmm… Bolehlaaa… Daripada tak ada… Ish… Sakit pula kepala aku ni melayan kau ni,” jawab Irham malas seraya membuang pandangannya ke luar.
“ Aduiiii……. Masalah betullah,” suara Haikal tiba-tiba naik satu oktaf.
“Kenapa lagi dengan kau ni?” Irham memalingkan wajahnya ke arah Haikal yang membelakangkannya.
“Masa genting macam ni laaa zip seluar ni rosak …. Masalah betullah,” mengeluh sambil mencuba nasib membaiki zip seluar baju melayunya..
“Hahahaha… Kau ni kalut betullah… Pakai baju ajelah … Seluar pakai slack hitam… Macam aku ni haa… Kau bukan nak bernikah pun,” meluat pulak Irham melayan karenah Haikal.
“Tak smartlah Ham…. Tak segak,” adu Haikal sambil mengiringkan kepalanya ke kiri…
“Smart tak smart, sebelum mak kau pelangkung kau guna kuali.. Baik kau cepat… Dah nak masuk waktu maghrib dah ni… Cepat sikit.. Bersiap mengalahkan mak nenek,” Irham yang letih menjadi penasihat personaliti Haikal keluar meninggalkan Haikal keseorangan.
Haikal meneliti baju melayu berwarna emas yang dipadankan dengan seluar hitam berulang kali di hadapan cermin. Selesai membuat putaran 360 darjah, dia mencapai songkoknya dan turun ke bawah. Tanpa dipinta, degupan jantungnya berdetak tidak sekata. Tenang, duhai hati!
BAB 7

Matanya tangkas melilau sambil berjalan pantas ke khemah utama. Tiada insan yang dicarinya. Kelihatan tetamu sahaja menjamu selera. Bila dia berpaling, dia tersentak. Ibunya sudah tertancap di hadapan mata. Senyum bermakna dihadiahkan kepadanya. Dia faham maksud di sebalik senyuman ibunya itu.
“Haa… Haikal.. Tak nak makan ke?” Soal ibunya dengan pandangan meleret.
Haikal serba salah untuk menjawab… “Belum lagi ibu… Nak cari Irham ni… Ibu ada nampak dia tak?” Ayat cover line.
“Irham ke…. Erlisa?” Ibunya sudah membuat mimik muka mengejek sebelum berlalu pergi. Merah padam muka Haikal dibuatnya. Namun hatinya sedikit lega melihat ibunya sudah pergi.
“Fuhh…. Kantoiii..” Monolognya perlahan..
“Haikal…” Namanya diseru lagi… Di benaknya tertanya apa pula peluru berpandu ibunya kali ini.
“Ya, ibu..” Mencuba untuk senyum. Namun, tawar.
“Erlisa ada kat taman tepi rumah… Pergilah…”
“Iye.. Iye je ibu ni…” Haikal menduga… Seakan tidak percaya.
“Tak pecaya sudah.. Ibu nak masuk ni…” Puan Syarifah meninggalkan anaknya terkedu tanpa kata.
“Tahu tahu pulak ibu ni kita cari menantu dia…” selorohnya sebelum menuju ke taman rumahnya.
Kakinya yang melangkah tiba-tiba pegun. Mencerlung matanya apabila melihat Irham tengah bersembang bersama Erlisa. Dia separuh nyawa mencari Erlisa, sahabatnya itu pula senang-senang cucuk jarum. Ini melampau, jeritnya dalam hati. Dia menghampiri mereka berdua.
“Ehemmm… Ham… Puas aku cari kau.. Kat sini rupanya…” Haikal berbahasa. Lain benar nada suaranya, sengaja ditekan dan dileretkan.Matanya dikerling menatap Erlisa. Cantik, bisik hatinya.
“Cari aku ke…. Cari Miss Gold awak ni…” Irham mencuih mulutnya ke arah Erlisa. Erlisa membatu buat tidak tahu. Memerhati lakonan dua sahabat itu.
“Aik… Apa pulak…. Kau buat apa kat sini dengan Lisa…” Nadanya berbaur cemburu… Dia memegang ketat lengan Irham… Tidak pula dia berminat mendengar jawapan Irham.
Pandangannya dihalakan ke arah gadis sunti pujaan hatinya.
“Lisa kenapa tak makan kat depan… Tunggu Haikal yaa…” Sempat lagi dia melayarkan babak meloyakan itu. Irham sudah menarik muka. Rasa nak muntah pun ada.
Erlisa hanya menggeleng tidak setuju.. Irham sudah seperti ayam berak kapur. Tidak menyangka Haikal beriak begitu.. Hardie Haikal masih lagi tenang seperti biasa pada zahirnya.. Dalamannya, hanya tuhan saja yang tahu. Kegugupan itu memecah apabila Erlisa tiba-tiba meminta diri..
“Aik… Tuan Puteri nak ke mana tu?’ Cemas Haikal..
“Nak ke depanlah..” Erlisa meneruskan langkahnya tidak pula berminat untuk melayan Haikal. Kata-kata maut itu masih berbekas di telinganya.
“Erlisa…..” Panggil Haikal…. Tiada respon…
“Erlisa…. Tengoklah Haikal kejap…” Haikal melunjurkan tiga langkah ke hadapan.
“Ye, Haikal… Ada apa lagi?” Memaniskan muka. Dia mahu menjaga batas pergaulan dengan Haikal.
“Ibu awak cari awak tadi… Kat dapur… Pergilah jumpa kejap” Bisik Haikal yang sudah mampir di sebelah Erlisa… Irham sudah duduk di kerusi taman, tidak berminat ambil peduli.
“Betul ke?” Erlisa memalingkan tubuhnya..
“Ye, betul…” Sempat lagi dia mengenyitkan mata.
“Betul ke tidak ni? Janganlah main-main Haikal…” Erlisa seakan tidak percaya dengan kata-kata Haikal…
“Iya….. Betul… Buat apa nak main-main… Cepatlah, kesian Ibu tunggu kat dapur yang…” Seloroh Haikal…
“Mengada!” Bidas Erlisa sebelum beredar…Lebih kuah dari sudu pulak dia ni…
“Mari sini, Haikal tunjuk jalan,” mempelawa diri sendiri.
“Tak payahlah… Saya tahu kat mana.” Erlisa meninggalkan Haikal.
“Tak apa, mari abang Haikal temankan…” Irham sudah meledak tawanya. Haikal berlagak biasa. Erlisa pula sudah membuat muka pasrah.
Malas memanjangkan cerita. Erlisa menurut sahaja. Langkah pertama masuk ke ruang tamu sudah mengundang kontroversi. Saudara-saudara Haikal sudah tersenyum simpul membawa makna yang difahami Erlisa.
Tak cukup dengan itu, ada juga yang tanya bila majlisnya berlangsung. Soal warna baju sedondon, jangan cakaplah. Bengkak telinga Erlisa mendengarnya. Boleh gila macam ni…
Dalam keadaan ini, Erlisa teringatkan Elhan.. Rindu mengasak hatinya. Mindanya terlukis gelagat Elhan menyedut Ribena. Comel!
“Han, I miss you.” Bicaranya pada hati sendiri.
Entah di mana silapnya, badannya tertolak sedikit ke belakang. Dia terlanggar sesuatu di hadapan.. Macam mana pulak tak perasan ni… Aduh!!
“Aww….” Erlisa menggosok dahi..
“Oppsss sorry… Sorry…” Erlisa terlanggar Haikal yang berhenti secara mengejut.
“Kenapa berhenti mengejut ni Haikal? Nasib baik sempat break tau,” Erlisa mengadu sakit di dahi.
“Tak sengajalah…. Kita dah sampai pun…” Haikal mendepakan tangannya. Erlisa melihat sekeliling.
“Mana ibu saya?” Dia ni buat hal pulak, getus hati Erlisa.
“Kejap lagi sampai lah tuu.. Kita borak laa sementara tunggu,” pelawa Haikal dengan muka yang manis.
“Kalau awak tipu, siap!” Erlisa memberi amaran.
“Awak ni garanglah! I like… Buat teh pun sedap, cukup masin,” Haikal teringat dengan teh masin yang dihidangkan Erlisa petang tadi.
“Sedapkan teh tu? Khas untuk orang yang muncul depan rumah orang tiba-tiba. Padan muka!” Kelakar juga dia melihat mimik muka Haikal menghirup teh masinnya itu.
“Mestilah sedap…. Kalau tak sedap, takkan boleh habis satu gelas..” Haikal mengangkat kedua keningnya. Kehadirannya di rumah Erlisa petang tadi sebenarnya atas permintaan Puan Anisah yang ingin memberi cupcake untuk kenduri.
“Sedaplah sangat… Muka masa minum tu pun dah macam orang hilang mata… So, pengajarannya, kahwin nanti carilah isteri yang pandai buat teh manis, bukan teh masin.” Erlisa mencebikkan muka.
“Tak nak! Nak yang teh masin juga. Rare, yet epic,” sekali lagi matanya dikenyitkan.
“Degil!” Erlisa membesarkan matanya kepada Haikal yang tidak lekang memandangnya. Rasa tak selesa pun ada juga.
“Em…. Tak sangkakan, baju kita sedondon..” Haikal mengabaikan amaran Erlisa..
“Apa yang awak jangka dengan kesedondonan kita ni, Encik Hardie Haikal?” Erlisa tidak berpuas hati.
“A wedding… Can we?” Menghulurkan tangannya sambil mengenyitkan mata.
Sedas jelingan tajam sebagai ‘hantaran kahwin’ Erlisa hadiahkan.
“Haaaa… Nak wedding iyaa? Meh Lisa carikan mak cik kat depan.. Ramai tu,” mendengus geram Erlisa dibuatnya.
“Tahu tak, awak makin cantik kalau marah macam tu. Comel.” Erlisa sudah membelakangkan Haikal.
“Mana ibu ni Haikal? Awak tipu, kan?” Matanya tajam membunuh pandangan Haikal.
“Awak rasa?” Haikal bertongkat dagu. Membuat aksi comel yang tidak memberi kesan kepada Erlisa..
“Malaslah nak cakap dengan orang tak berapa nak betul ni..” Erlisa mengatur langkah keluar dari dapur.
Hardie Haikal mengejar Erlisa. Bila dilihat, persis adegan kejar-mengejar cerita Bollywood pulak. Kedua-dua mereka berhenti mengatur langkah apabila melewati ‘tol’ berbayar di muka pintu utama.
“Amboi…. Pengantin baru…. Main kejar-kejar pulak…. Nie gesa-gesa nak jumpa tok kadi ke apa?” Kata-kata Puan Anisah umpama lembing yang menerkam tubuh dari seribu arah.
Erlisa sudah tidak tentu arah. Menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hardie Haikal? Macam biasalah, tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Apa ibu cakap ni… Lisa nak makanlah… Jom ibu, makan..” Terketar-ketar dia mengajak ibunya.
“Ibu dah makan. Ajaklah Haikal kamu tu pegi makan beradab..” Satu bom lagi dilepaskan ibunya. Erlisa terkedu. Tidak berkelip matanya memandang Haikal…
“Haaa Haikal… Tak payah sengih-sengih… Pergilah makan dengan Lisa… Aunty nak masuk dalam kejap…” Puan Anisah masuk ke dalam rumah…
“Yes….” Haikal memberi laluan kepada Erlisa…
“Kenapa awak excited sangat ni? Cuba cakap sikit…” Erlisa sudah jalan di hadapan…
“Awak tak dengar ke tadi?” Ceria Haikal menjawab dengan persoalan.
“Dengar apa? Letusan bom dari ibu? Suka kena macam tu? Lisa tak suka….” Erlisa duduk di meja makan yang kosong..
“Kenapa pulak tak suka? Haikal suka…” Menarik kerusi lebih rapat dengan Erlisa..
“Seganlah Haikal… Dengan ibu pulak tu… Lagipun awak tahukan status saya… Saya tak nak bagi apa-apa harapan..” Matanya tepat memandang mata Haikal yang tidak kalih merenungnya sedari tadi.
“Awak tak bagi pun… Saya memang dah berharap Lisa… Dah terlambat… Tapi, tak apa… I’m okay…” Redup pandangan matanya.
“Awak nak berharap sampai bila?.. Ish… Awak ni peliklah… Punyalah ramai perempuan yang syok dengan awak ni…. Takkan tak ade yang lekat kot?” Erlisa tahu, Haikal memang seorang yang popular di kampus. Atlit universiti lah katakan.
“Cik Erlisa ku sayang… Ingat soal hati dan perasaan ni macam sticker ke nak lekat-lekat… Tak sama… Jauh beza… Haishh.. Memang tak sama….” Renungannya dihalakan ke pandangan sisi…
“Apa yang tak sama?” Erlisa mengerutkan dahi. Haikal meraup wajahnya. Songkoknya diletakkan di atas meja. Matanya melayari wajah Erlisa. Dia menhayati saat indah itu. Lama dia menjawab.
“Tak sama macam awak, Lisa… Kalau ada yang serupa dengan awak kan bagus?” Lancar ucapannya, tapi jelas dari sudut hatinya.
Erlisa buntu tanpa kata. Dia tidak menyangka Haikal mengharapnya sebegitu dalam. Dia boleh lemas dengan dilema perasaan Haikal. Dia meminta diri untuk mengambil makanan. Haikal turut serta.
Sepanjang tempoh mereka menjamah makanan yang disediakan, mereka tidak berbicara sepatah pun. Masih mencari titik bicara yang tiba-tiba hilang. Kecuali saat Haikal mengambilkan air untuk Erlisa.
“Haikal…” Erlisa memanggil Haikal. Haikal mengangkat wajahnya. Tenang.
“Awak tak boleh macam ni… Kita Cuma boleh jadi kawan, dan Lisa senang berkawan dengan Haikal.”
“Ya, saya tahu..” Ringkas jawapannya.
“Awak baik… Bijak… Ada rupa… Mesti dapat awek yang lagi bagus dari Lisa…” Entah sama ada pujukannya ini membekas ataupun tidak.
“Tak sama. Tetap tak sama.” Haikal tunduk. Erlisa mengambil nafas panjang. Dihela perlahan.
“Memang tak sama. Sebab Haikal akan dapat yang lebih baik. Percayalah..” Dia rasa bersalah dengan perasaan Haikal. Masam mencuka muka Haikal.
“Lisa, apa kurangnya Haikal? Kenapa tak pilih Haikal je?” Luahan persoalan itu menghimpit dada Erlisa.
“Mungkin memang takdir kita sekarang sebagai kawan? Kita tak tahukan apa akan jadi di masa depan?” Tanggapan positif Erlisa umpama sinar baru buat Haikal. Tetapi hanya untuk beberapa saat cuma..
“Kalau tak?” Persoalan ini memalapkan sinar yang baru sahaja bernyala.
“Soal jodoh, hati ni bukan kerja kita Haikal… Semua kerja tuhan..” Erlisa meyakinkan Haikal.
“Lisa, perasaan saya ikhlas… Sejak pertama kali kita jumpa.. Masa tu yang kita berlanggar di library..” Memori pertemuan mereka diselak semula. Haikal senyum.
“Saya tak janji akan lupakan awak… Sekarang ni saya betul-betul tak mampu… Saya tak kuat untuk buang semua perasaan ni..” Tulus luahan hatinya, Mata Erlisa sudah mula berkaca.
“Tapi saya tak nak Haikal seksa diri dengan perasaan ni… Please, jangan Haikal,” Rayuan Erlisa sedikit sendu..
“Siapa kata perasaan ni menyakitkan? Inilah perasaan yang paling indah Haikal pernah rasa sepanjang hidup… Kata orang, mencintai tak semestinya memiliki kan…. Yang penting Lisa bahagia. Itulah kebahagiaan Haikal..” Pandangan mereka bertaut. Gelodak perasaan yang tadi hanya anak-anak ombak, kini sudah tidak mampu dijinak lagi.
“Apa pun terjadi, Haikal tetap kawan Lisa… Forever… Itu janji Lisa untuk Haikal.
Okey?” Menitis jua air matanya. Terharu dengan perasaan yang kemas di hati Haikal.
“Okey… I’m your guardian angel sekarang ni…. Dah laa.. Jangan nangis.. Tak omel dah..” Haikal menyerahkan tisu kepada Erlisa.
Saat ini. Detik ini. Erlisa sedar. Perihal hati tidak boleh dikawal. Tidak boleh dipinta. Ia sebuah anugerah yang indah untuk diamati. Persoalannya, sama ada perasaan itu beriringan atau tidak sahaja.
Haikal, you are my friend. Always be. Bisik hati Erlisa.
BAB 8
Puan Anisah menyiram pokok bunga kertasnya di halaman rumah. Selepas ini dia merancang untuk menggubah pokok bonzainya yang sudah tidak mempunyai bentuk…. Bulat bukan, bujur pun bukan. Dia leka mengerjakan rutin mingguannya sambil berselawat zikrullah.
Selepas beberapa ketika, sebuah kereta proton Inspira berwarna kelabu memarkirkan kereta di depan pagar utama. Puan Anisah memanjangkan pandangannya untuk melihat kelibat pemilik Inspira itu. Bunyi pintu kereta ditutup lebih dari sekali mengisi ruang.
“Assalamualaikum, aunty…” Kedengaran suara yang dikenalinya memberi salam. Sehingga tiga salam diajukan kepadanya. Dia menjawab satu persatu sambil menyapa mesra tiga pemilik tubuh rakan sekelas anaknya.
“Haaa… Kamu ni nak ambil Lisa ke?” Silih berganti wajah orang muda itu dipandangnya. Sampai sahaja giliran wajah Haikal, dia tersenyum.
“Asal ada Lisa, mesti ada Haikal… Musykil pulak…” gurau Puan Anisah yang disambut gelak tawa Irham dan Najjwa.
Selepas kejadian semalam, Hardie Haikal tidak tahu sama ada dia perlu turut menyusun tawa atau memujuk hatinya yang lara. Dia juga tidak tahu sama ada gurauan itu seadanya gurauan atau sindiran yang sengaja menoreh hatinya. Dia hilang semua rasanya. Dia menelan air liur.
“Aii… Aunty ni ke situ pulak… Kawan je laa Aunty..” sopan Haikal mengatur bicara.
“Mula-mula memanglah kawan… Lama-lama?
Eh, mana pula Lisa ni… Wawa, kamu masuk dalam nak, panggil Lisa… Dia kat bilik tu… Nanti lambat pula kamu.” Najjwa mengangguk tanda setuju.
Najjwa masuk ke dalam rumah meninggalkan Irham dan Haikal bersembang bersama ibu Erlisa. Najjwa sudah tahu selok belok rumah Erlisa. Ini bukan kali pertama dia menginjakkan kaki ke kediaman ini.
Langkahnya pegun berdiri di hadapan pintu bilik Erlisa. Erlisa kaku membuang pandangannya ke tingkap. Apalah yang dia angankan di pagi buta ini, soal Najjwa di hati kecilnya.
“Amboi, tuan puteri….. Kita tunggu dia kat bawah, dia boleh pulak mengelamun kat atas…” Najjwa mencuit bahu sahabatnya yang sudah menoleh itu.
“Mengelamun apa cik Kiah ooii… Manalah tuan puteri tahu cik Kiah dengan dua bodyguard dah ada kat bawah,” bangkit lantas menjinjing begnya..
“Kau mengelamun apa tadi eh? Semalam macam mana?” Najjwa senyum dan melanggar bahu Erlisa dengan bahunya.
“Semalam apanya… Kau ni mengarutlah… Aku kahwinkan kau dengan Haikal nanti.. Baru tahu senyap sikit kau kan.” Geram pulak dia dibuatnya. Erlisa tidak sedap hati berbicara mengenai peristiwa semalam. Lebih-lebih lagi soal perasaan Haikal terhadapnya.
“Aku tak cakap pun Haikal….. Haaaa…. Kenapa tiba-tiba sebut nama dia pulak… Cepatlahh story apa jadi semalam.” Najjwa sudah menggoncang lemah tubuh Erlisa. Parabola betullah dia ni…
“Eh… Wa, ada terima mesej Ila tak? Dia dah sampai semalam… Isnin petang dia balik kampus.” Erlisa menukar topik perbualannya. Najjwa pamer muka tidak puas hati.
“Kau ni bab-bab tukar topik memang hebatkan.. Hebat kau Erlisa!” geram Najjwa dengan Erlisa. Ditepuk-tepuk bahu sahabatnya itu.
“Bukan je mesej. Aku siap call dia lagi tau.. Dah kau semalam sibuk merenyam..” Dia gelak dan mendahului Erlisa.
“Banyak laa renyam kau sana… Nanti aku call laa Ila… Tolonglah aku, Wawa.” Erlisa menjinjing beg pakaiannya keluar dari bilik. Dari jauh kedengaran suara Najjwa menolak. Bertuah punya kawan!
Sampai sahaja di bawah, Erlisa pelik melihat Najjwa meninjau jauh dari pintu rumah. Entah apalah yang diintipnya..
“Eh, Kiah… Apa yang kau intip tu haaa,” menepuk bahu Najjwa yang tersengguk-sengguk macam kepala kura-kura.
“Kau ni kalau tak bagi aku terkejut memang tak sah kan?” Najjwa menggosok-gosok dadanya. Terlompat dia terkejut.
“Apa yang kau tengok tu?” Memandang ke arah ibunya yang rancak bercerita.Ibu aku ke.. Irham ke… Atau… Haaa…. Intip Haikal….” Erlisa melibas jari telunjuknya berulang kali di hadapan Najjwa. Senyumannya, usah ditanya. Mengeji!
“Bukanlah… Kau ni boleh tahan joyah juga kan… Muka je cantik..” Menepuk pipi Erlisa.
“Aku tengok mesra je ibu kau dengan Haikal… Kalau Haikal meminang, mesti ibu kau terima aje kan…” terangguk-angguk dia membayangkan.
“Ibu mungkin terima…. Aku? Memang tak laa, Kiahh ooii… Elhan tu buat apa Wa.. Kau ni merepek je laa… Cepatlah.. Dah lambat ni…” Erlisa keluar dari rumah. Haikal terus meluru ke arahnya untuk membantu. Semua mata tertumpu ke arah mereka. Seganlah pula. Tak mengapa Erlisa, control ayu sikit.
Najjwa yang tertinggal di belakang masih berangan. “Kalau kau pilih Elhan, aku ambil Haikal…
Kalau kau tak nak Elhan, aku…. eh tak nak laa…” Najjwa menggeliat mendapatkan rakan-rakannya yang melaung namanya.
Selepas bersalaman, Puan Anisah meminta Haikal untuk memandu dengan selamat dan berhati-hati. Sempat lagi dia membekalkan sandwich telur sebagai bekalan mereka.
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Suasana di dalam kereta sepi. Tidak ada seorang pun yang memulakan bicara. Kesannya, mereka seolah-olah menaiki kereta bersama orang bisu.
Hardie Haikal menfokuskan pemanduannya. Irham sudah terbuai bermain Candy Crush. Najjwa menjadi pemerhati sahaja, mengelipkan matanya sambil kalih ke depan dan kirinya. Erlisa pula membaca novel cinta yang dibeli bersama Elhan minggu lepas.
Telefon bimbit Erlisa berdering lagu “All of Me” dari John Legend yang menjadi lagu kegemarannya bersama Elhan. Tanpa berlengah, Erlisa menyambut panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, Nita…. Dah sampai mana tu?” Anita, rakan sekelas mereka yang pergi ke ekspedisi bersama Prof. Azhar dan seorang pelajar master. Entah siapa gerangannya.
“Tak tahulah kat mana ni Lisa… Korang?” Erlisa melihat papan tanda di luar.
“Tak pastilah Nita. Karak kot.. Kau okey tak kat sana?” Soal Erlisa yang memang seorang yang prihatin.
“Bukan setakat okey….. Terlebih okey tau… Abang master ni handsome,” Anita membisikkan ayat terakhirnya. Tidak mahu didengari orang lain.
“Haaa.. Kau ni mula lah… Semua kau nampak handsome kan,” Erlisa mengerling ke arah Najjwa.
“Betul Lisa…. Kali ni yang betul-betul punya…. Swear…” Bersemangat Anita memaklumkan Erlisa…
“Sapa nama mamat tu Nita? Familiar ke?” Erlisa tiba-tiba pula berminat nak ambil tahu….
“Familiar tak familiar, biarlah rahsia sayanggg…” Kedengaran nada mengeluh di seberang talian…
“Haaa… Mana-mana kau je laaa Nitaa…. Eh, nanti kalau dah sampai bagitahu tau…. Take care..”
“Alright, babe… You too.. Send my regards to them yaa..” Kedua mereka mematikan panggilan.
“Anita kirim salam kat korang…” Erlisa menyampaikan pesan sebelum meletakkan telefonnya ke dalam beg.
Najjwa melirik pandangan matanya melihat Erlisa. Terkebil-kebil penuh makna. Erlisa menepuk manja pipi Najjwa.
“Kau kenapa Najjwa, nak buang air ke?” Tersenyum Erlisa melihat Najjwa.
“Tadi, aku dengar kau cakap dengan Anita pasal handsome, siapa yang handsome? Najjwa mula merapatkan diri.
“Memang sah kau ni Cik Kiah… Mendengar aje…. “ Erlisa menolak Najjwa supaya menjarakkan diri.
“Kiah laa sangat… Dah kau cakap sampai nak pecah cermin, kenapa kau tak Kiahkan sekali,” memukul peha Erlisa bertubi-tubi. Mereka sudah ketawa. Haikal dan Irham pula menggeleng kepala. Gaya, macam budak-budak!
“Storylah babe…. Siapa yang handsome? Abang master tu ke?” jelas kegigihan Najjwa nak mengambil tahu.
“Kau ni tak boleh nak dengar perkataan handsome tu kan… Haaa… Kalau nak sangat, kau pilihlah yang duduk depan ni… Diorang ni handsome juga ni,” Erlisa menepuk kerusi di hadapannya.
“Diorang handsome sangat, takut terkurung dalam bilik aje nanti lepas kahwin,” ucapnya yakin. Suasana senyap seketika sebelum ledakan tawa di dalam kereta. Meskipun berkias, mereka faham maksud yang ingin disampaikan Najjwa.
Najjwa tidak menyangka dia akan berkata sebegitu. Dia sudah melekapkan muka di bahu Erlisa. Menahan malu. Tawa mereka masih bersisa.
“Amboi… Siap kurung tu… Rantai tak nak?” perli Irham.
“Ishhh… Orang malulah……” tutur Najjwa yang menambah letusan tawa rakan-rakannya.
“Tu laaaa… Lain kali cakap tak payah tapis, lepas aje,” memeluk erat Najjwa yang masih menahan malu.
“Tak sengaja laa.. Mana laa Wawa tahu korang faham,” suaranya tidak jelas kedengaran. Mungkin kerana wajahnya penuh tertampan di dada Erlisa.
“Tak sengaja apa Wawa? Macam laa aku tak tahu cerita kau dengan….” Ayatnya terhenti tatkala Najjwa sudah menyerang dari belakang.
“Tahu apa haa!! Suka hati je kau eh buat cerita… Aku tak pernah cerita apa-apa dengan kau pun…” Nadanya yang tadi malu kini keras.
“Sampai hati kau tak cerita dengan aku kan Wawa.. Ye la, siapalah aku ni….” Erlisa sengaja merajukkan suaranya untuk memancing Najjwa.
“Tak ada apa-apa laa.. Kau percayalah cakap Hardie tu… Geram pula aku…” Najjwa memukul kerusi Haikal sambil menghempaskan badannya ke belakang.
“Aik, Am…. Kenapa senyap.. Sampai merah-merah muka… Terasa ke?” Giliran Irham pula diserang dan menjadi mangsa cerita cinta arahan Haikal.
“Wait… wait…. Haikal, are you trying to say Irham and…..” Mata Erlisa memandang Najjwa dengan riak curiga..
“Irham dengan Najjwa?” Erlisa dan Haikal gelak berirama bersama. Irham dan Najjwa pula menunjukkan muka geram dan tidak puas hati.
“Korang dua tak payahlah nak merepek sangat ye… Silap-silap korang yang aku kahwinkan nanti.” Irham mempertahankan diri diselangi sokongan Najjwa dari belakang.
“Entah diorang dua ni…. Nak tutup misteri hubungan diorang, sampai kenakan aku pulak… Lapuk laa cara macam tu…” Puas hati Najjwa berjaya menambah perisa sedulang paku serpih.
“Kami misteri ke… You all yang misteri… Tiada angin, apa lagi rebut.. Tup.. Tup… Membina mahligai cinta bersama..” Erlisa memainkan wataknya seolah-olah dalam teater untuk menyakat dua sahabatnya itu.
“Aku bukan apa, aku nie gembira sangat tengok member aku bahagia. Kalau tak nak mengaku tak apa, tak paksa pun. Aku tetap doakan jodoh korang dua berkekalan..” Kata-kata Haikal bersama pakej karakter poyo itu benar-benar meresahkan Najjwa dan Irham yang buntu tidak terkata.
“Amin……” Sengaja Erlisa memanjangkan nada suaranya sambil mengerling Najjwa yang seperti cacing kepanasan.
Malas hendak memanjangkan cerita liar, Irham dan Najjwa mengambil keputusan untuk menutup mulut. Kalau dilayan, semakin menjadi-jadi pakar love matchmaker ini.
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Selepas mengharungi perjalanan selama 4 jam, mereka berkumpul di R&R Kuantan bersama Prof. Azhar untuk solat dan makan tengahari.
Erlisa meletakkan mangkuknya yang berisi mee kari di atas meja sebelum menghenyakkan punggung di atas kerusi. Dia yang baru siap membeli makanan tidak sukar untuk mengikuti perbualan Anita dan Najjwa mengenai abang master yang kononnya tampan itu.
“Ehmmm.. Tak Nampak pulak mana boyfriend you yang hensem sangat tu.. Dia mana?” Erlisa memandang sekeliling. Tiada kelibat lelaki lain di meja Haikal selain Irham dan Prof. Azhar.
“Tadi dia kata pergi toilet… Lama sangat dah ni dia ke toilet. Maybe tengah beli makanan kot,” Anita menyuakan sudunya ke dalam mulut. Erlisa hanya mengangguk faham.
“Cik puteri, tak beli air ke. Nanti makan tersedak pulak, tuan putera tak ada kat sini nak gosok belakang?” Soal Najjwa kepada Erlisa yang perasan Erlisa tidak membeli air.
“Ya, Allah… Ya laa… Lupa pulak nak beli air… Aku pergi beli dululah..” Beg duitnya dicapai lalu menyusun langkah ke kedai menjual minuman. Seiring dengan langkahnya, kepalanya juga ligat memikirkan pilihan minuman untuk membasahkan tekaknya.
Dia berdiri lama di depan peti minuman. Dia ternampak minuman kegemaran Elhan di barisan paling bawah. Tangannya memegang pintu peti ais. Dia berfikir semula. Kalau minum air soya pun sedap juga. Ribena ke air soya? Erlisa berbisik dalam hati.
“Ambil je la Ribena… Kaya dengan vitamin C,” suara lelaki dari arah belakang memberikan cadangan kepadanya.
Erlisa tersentak. Dia sangat mengenali pelantun suara itu. Dia memalingkan wajahnya. Tiba-tiba degupan jantungnya berdetak pantas tidak sekata. Mulutnya terketar-ketar kerana tidak percaya.
Kenapa dia ada di sini?
Adakah aku bermimpi?
“Han tak tahu kertas apa ni… Serius tak faham. Sayang bagitau laa…” Separuh merayu Elhan. Dia betul-betul buntu.
BAB 9
Erlisa masih mentafsir perasaannya. Dia mahu gembira, marah atau merajuk? Tiada jawapan padu yang boleh disandarkan. Kejutan yang dialaminya masih berbaki. Fikirannya menerawang jauh. Meninggalkan Najjwa yang berada di sebelah.
“Assalamualaikum, sayang…” Jejaka itu memberikan salam.
Erlisa yang termangu dan terkesima di hadapan seolah-olah dipagut mimpi yang tidak pasti.
“Han?” Erlisa mengangkat kening. Elhan tersengih.
“Buat apa sampai ada kat sini,? Soalnya teragak-agak selepas menyambut salam.
“Aloo…. Tanya pula…. Nak beli Ribena laa.. Nampak sayang ada kat sini sekali.. Kira macam pakej laa sayang…” Gurau Elhan yang mengundang ketidakpuasan hati Erlisa.
“Jawablah elok-elok… Suka sangat main-main… Kenapa boleh sampai Kuantan ni? Cakap kerja kat KL?” soalan diajukan bagai peluru berpandu.
“Bukan kat KL…. Han ikut sayang laa… Sengaja nak bagi kejutan… Prof. Azhar minta tolong..” Elhan menerangkan perkara sebenar sambil membelek roti.
“Kenapa tak bagitahu?” Kedengaran rajuk ucapnya. Geram!
“Alaaa… Bukan penting pun.. Yang penting, kita berdua sekarang kan..” Elhan mula membuat mimik muka gatalnya.
“Geramlah… Kenapa Han tak bagitahu awal-awal….” Tangannya mencubit tangan Elhan. Meracau sakit Elhan dibuatnya.
“Sakitlah…. Tu tangan ke penyepit ketam?” Elhan menggosok-gosok tangannya.
“Haa.. Ni telinga ke tong gas? Kan dah bagitau nak bagi surprise…” Pantas tangan Erlisa menepis Elhan yang ingin memulas telinganya.
Erlisa menarik muka dan memalingkan tubuhnya membelakangi Elhan.
“Alaaa…. Han dah ada depan mata ni… Kalau rindu senang laa…” Melangkah rapat di belakang Erlisa selepas membayar di kaunter.
“Han!!!” Erlisa terjerit kecil. Sampai terpusing badannya menghadap Elhan. Terjatuh roti yang dipegang Elhan. Terperanjat!
“Han, diorang macam mana?” Matanya melirik ke arah rakan ekspedisi mereka. Resah sahaja gayanya.
“Kenapa dengan diorang?” Berkerut dahi Elhan tanda tidak faham.
“Yela… Kalau diorang tahu pasal kita macam mana?” Matanya dibesarkan.
“Laaa… Tu je? Biarlah diorang tahu… Wawa kan memang dah tahu….” Selamba Elhan menjawab.
“Han ni… Dulu kan dah janji nak keep privacy? Dah lupa?”
“Itu dulu……” Elhan mencari penyedut minuman selepas membuka air botol ribenanya.
“Dulu masa janji, tak ada pun cakap dulu, sekarang, tahun depan.. Alih-alih, sekarang ni main dulu-dulu pulak,” tidak puas hati lagaknya Erlisa dengan pengakuan Elhan.
“Hummm… Yelaa… Kita be professional okay buat kerja nanti… I love you…. Janganlah terkejut lagi” Kenyitan mata Elhan singgah di pandangan Erlisa.
“Tahu takut..” Melampirkan senyumannya sebelum berlalu pergi.
“Tapi, nak rahsia sampai bila?” Wajah tampan Elhan berubah serius tiba-tiba. Terbenam semula lesung pipitnya.
“Rahsia sampai Elhan sah meminang lah..” Senyum dan terus berlalu pergi. Tidak menoleh lagi.
Termangu Elhan mendengar jawapan Erlisa. Meskipun hatinya bergetar, terbit jua lesung pipitnya sebagai tanda dia tengah tersenyum. Bahagia? Ya, dia bahagia!
Erlisa meraup wajahnya. Senyumannya yang meleret menangkap perhatian Najjwa. Dia tiba-tiba teringat akan cerita Anita. Resah mula melintas di ruang hatinya. Bibirnya diketap tanda risau. Gelodak perasaannya benar-benar tercabar kini.
“Wawa!!!!!” Jeritan Erlisa menyebabkan Wawa terloncat. Berubah air mukanya.
“Kau ni kenapa menjerit ni?” Najjwa berdiri di hadapan Erlisa. Tangannya didekapkan di dada. Dia masih terkejut.
“Kau ingat tak cerita Anita pasal abang handsome?” Erlisa memegang kedua tangan Najjwa.
“Ingat… So?” Najjwa masih belum menangkap maksud sebenar jeritan dan pertanyaan Erlisa.
“Abang master tu kan, Elhan…..” Erlisa berdiri dan memegang bahu Najjwa.
Najjwa kaku seketika. Anak matanya pegun. Mungkin cuba mencari perkaitan yang dimaklumkan Erlisa. Kepalanya ligat berfikir.
Apabila dia memahami maksud yang cuba disampaikan Erlisa, air mukanya berubah. Tangannya memegang kejap lengan sahabat baiknya itu
“Ahhhhhhhhh!!! Aku dah faham… Aku dah faham!” Terlompat-lompat mereka berdua.
“Macam mana ni Wawa?” Jelas kerisauan terlukis di lanskap wajahnya. Runsing!
“Apa kata kau bagitahu je Anita tu…. Biar dia tak kacau Elhan tu…” Anggukan Najjwa diselangi senyuman. Seolah-olah cadangannya itu paling bernas untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.
“Ishh… Mana boleh…. Dah janji dengan Han to keep privacy.. Tak boleh… Idea lain?” Cemas benar Erlisa. Dia mundar mandir di dalam bilik. Najjwa sudah terbaring. Jarinya menekan dahi bertubi-tubi.
“Wawa, kalau aku bagitahu Elhan suruh mengelak?” Erlisa melurut ke lantai memandang Najjwa.
“Haaa.. Betul juga tu… Tapi, janganlah sampai Anita ingat Han tu sombong pulak… Boleh-boleh…” Najjwa meniarap menghadap Erlisa.
Mereka tersenyum puas. Masalah yang tadi menyesakkan jiwa kini beransur surut. Mereka menghembuskan nafas lega.
“Lisa, ada satu lagi masalah kau.” Najjwa bangun dari baringannya. Serius riaknya. Erlisa terkial-kial cuba meneka dalam hati. Masalah apa pula ni?
“Masalah?” Keningnya dirapatkan.
“Ya, masalah.” Erlisa mengangkat bahu mendengar kata-kata Najjwa.
“Haikal macamana?” Pandangan matanya menerjah anak mata Erlisa.
“Haikal?” Nama jejaka itu terpacul dari mulut Erlisa. Bahunya melurut. Mukanya disembamkan di atas tilam.
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Pintu biliknya dikuak. Langkahnya tidak seperti hari-hari semalam. Senyuman yang sekian lama menghilang menjelma semula. Terlukis kemas dibibirnya.
Usahanya selama 3 tahun ini berbaloi. Nilai hidupnya yang tergadai selama 3 tahun berbayar. Malah kejayaannya hari ini menjangkaui segala-galanya. Dia mengucap syukur.
Telefon bimbitnya dilekapkan di telinga. Panggilannya tidak disambut. Riak mukanya tenang. Meski pun hatinya membuak ingin berkongsi rasa. Selang beberapa minit, dia menerima panggilan daripada insan yang disayanginya..
“Assalamualaikum, abah.” Dia menyambut panggilan telefonnya yang berdering.
“Wa’alaikumsalam, Ikhram.” Abahnya menjawab salam.
Kenapa ni? Selama tiga tahun kamu di sana, ini kali pertama kamu telefon abah. Pelik…” Benar. Ini kali pertama dia menelefon abahnya, Prof. Dr. Muhammad Hizwan.
“Guess what, abah?” Dia tersenyum.
“Main teka-teka pulak…” Lama juga Prof. Hizwan berfikir sebelum menjawab.
A marriage, maybe?” Abahnya membuat telahan.
Bukan selalu Ikhram berkongsi perihal dirinya. Ikhram memang seorang yang pendiam, pemendam dan tidak banyak karenah dalam keluarga. Bukan dia sahaja tahu, bahkan, kesemua ahli keluarganya masak dengan perangai eksklusif anak sulungnya itu.
“Naaa.. I don’t even think about that, Abah.” Tenang dia menjawab. Teman wanita pun tiada, inikan pula nak berkahwin.
“Another guess?” Ikhram masih bermain teka-teki.
“Am, abah tak pandai nak teka-teka ni. Am bagitau abah je laa. Apa yang mustahak sangat Am call Abah ni.. …” Prof. Hizwan sudah tidak keruan dibuatnya.
Kotak fikirannya memaksa untuk mencungkil apa yang ingin disampaikan anak sulungnya itu. Dia betah untuk menunggu. Lama Ikhram menyepi di hujung talian.
“Prof. Dr. Muhammad Hizwan, I bet this is not your first time hearing this kind of certification. I’m very sure.” Jedah seketika.
“What about no correction with major discover?” Ikhram memanjangkan senyumannya. Menanti respon abahnya.
Dia menyandarkan tubuh di sebalik pintu kaca kondominium miliknya. Lega memaklumkan abahnya tesis kajiannya diterima tanpa pembetulan major.
“Do you mean viva? Did you defend your thesis?” Soalan Prof. Hizwan bagai balistik yang tidak terpempan oleh Ikhram.
“Alhamdulillah…. I’m proud of you, Ikhram! Abah gembira sangat…. “
“You did it very fast! I can imagine how diligent you completed your research. We proud of you, Dr. Ikhram. Ibu mesti gembira dengan berita ni, Am…” Bangga benar Prof. Hizwan mendengar berita baik anak sulungnya itu.
“Alhamdulillah, Abah…. Hasil didikan abah, kasih sayang abah dengan ibu.. Dari kecil Am nak jadi macam abah.. Nak jadi macam ibu.”
“Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Tak ke gitu abah?” Mesra bicaranya. Sendu pula menerkam abahnya. Jarang sekali Ikhram mesra begini.
Sebelum dihidu Ikhram, Prof. Hizwan menepis rasa terharunya. “So, what is your next plan?” Ada maksud tersirat di sebalik soalan Prof. Hizwan itu.
“Plan Am? Hurmmm…. Going back to Malaysia. Devoted myself to UM. Doing more researches.. Teaching… Building career… Too many, Abah..” Ikhram membuang jauh pandangannya membayangkan dirinya 5 tahun akan datang.
Tanpa disedari, jawapan Ikhram itu menyentak sedikit perasaan ayahnya.
Bukan apa, Prof. Hizwan sedikit pelik dengan anak sulungnya ini. Sepanjang pengetahuannya, Ikhram tidak pernah berbicara soal perkahwinan. Apatah lagi memperkenalkan teman wanitanya kepada mereka. Musykil!
“How about marriage? Why don’t you start your career by having wife?” Prof. Hizwan mencuba nasib untuk mengorek perihal peribadi Ikhram.
“Err… Abah… Sebenarnya, Am tak fikirkan pun pasal kahwin lagi abah. Not even in my top list. Bagi Am, jodoh tu ketentuan tuhan. Kalau jodoh dah sampai, kahwinlah Am nanti…”
Ikhram memang tidak gemar berbicara soal jodoh, perkahwinan. Tergagap-gagap dia menjawab.
“Am, tak boleh macam tu…. Kamu dah ada kerjaya. Pangkat doktor dah dapat… Muka ada… Sihat pulak tu…”
“Abah dengan ibu ni bukan boleh hidup lama lagi. Sebelum tutup mata, nak jugak merasa timang cucu,” Ikhram sudah panas punggung dibuatnya. Namun wajahnya masih tenang, seperti selalu.
Cop! Sebab inilah malas berbicara soal rumah tangga. Mula-mula tanya pasal calon isteri. Lepas tu perkahwinan. Bila dah kawin, sah-sahlah tanya soal anak. Pening macam ni. Kahwin?
Kalau ada jodoh, kahwinlah. Ikhram bermonolog dalam hati.
“InsyaAllah, abah…. Paling penting sekarang ni Am nak balik dulu… Lepas tu, abah carikanlah jodoh Am…. Am ok je..” Memang benar! Ikhram tidak pernah merancang apatah lagi memikirkan soal cinta. Mungkinkah dia menyembunyikan sesuatu?
“Betullah Am ni tiada teman?” Lemah gelengan Prof. Hizwan.
“Kawan-kawan ramailah abah…. Am tiada masa nak fikir soal perasaan…” Entah kali ke berapa dia menerangkan.
“Ikhram.. Ikhram.. Kalau ibu kamu tahu, tambahlah susah hati dia…”
“Bila nak balik Malaysia?” Soalan ini berlegar memadamkan gemuruh Ikhram. Nasib baik abahnya menukar topik.
“Minta ibu carikanlah abah..” Malu-malu dia menawarkan.
“Am, balik dalam sebulan dua lagi… Nak uruskan graduation dengan posting barang-barang dari sini dulu. Awal siap, awal juga laa Am balik Malaysia.”
“Kalau ibu yang carikan, tak berkenan pula kamu nanti.” Ikhram hanya mampu tergelak menjawab telahan abahnya itu.
“Am bukannya memilih pun Abah… Asal ada cukuplah….” Dia pun tidak tahu ciri wanita macam mana idamannya.
“Am, pilih bini ni bukan macam beli baju… Kenalah betul-betul. Pernikahan tu kan umpama membina masjid…” Nasihat abahnya ini tembus ke hatinya.
Sebelum panggilan berakhir, sempat lagi Ikhram mengirimkan salam untuk keluarganya. Sedikit titipan nasihat ditabur di pundak bahunya. Ikhram mengiyakan dan menamatkan panggilan dengan senyuman.
Kahwin? Permintaan abahnya tadi masih berlagu di telinganya. Bukan dia tidak cuba untuk menepis, tetapi semakin dia cuba semakin menjadi-jadi.
Ikhram mengeluarkan telefon bimbitnya. Ikhram menekan mesej pesanan kepada seseorang. Meskipun kepala dia kusut memikirkan soal kahwin, riak wajahnya masih tenang. Jarang sekali melihat wajahnya keruh. Setelah berpuas hati, pesanan itu dihantar.
Rai, parents I nak I kahwin. :(
BAB 10
Entah kenapa debaran hatinya menggelegak. Langkahnya dihayun lemah. Najjwa yang berada di sebelahnya tidak berhenti bercakap dari tadi. Satu patah pun tidak diserap dek akalnya. Entah kenapa dia runsing perihal Elhan.
Di hadapan bilik aktiviti terdengar perbincangan antara Anita dengan Prof. Azhar. Padanlah tiada jawapan semasa mereka mengetuk kamar Anita sebelum berganjak ke sini. Tiga arjuna ekspedisi pula masih tidak kunjung di mata.
“Assalamualaikum…” Elhan memberikan salam. Erlisa memandangnya. Elhan buat-buat tidak perasan.
Haikal dan Irham yang berada di belakang Elhan terus mendapatkan dia dan Najjwa. Sakit pula hati Erlisa.
Sudahlah tidak melayan, mesra pula berbual dengan Anita. Ini memang tak boleh jadi!
“All right guys…. Before kita pasang insects net trap, Nita nak bagitau pair up untuk buat task tu okey.” Semua tekun memandang Anita.
“Erlisa dengan Hardie, Irham dengan Wawa dan lastly Nita dengan Abang Elhan.” Ngeri pulak melihat aksi sotong Anita. Erlisa menjeling tajam ke arah Elhan yang memandangnya. Mesti kau suka kan, hantu ribena!
Najjwa memahami perasaan Erlisa sekilas memandang raut wajah sahabatnya itu. Haikal pula tersengih. Gembira di hatinya, tiada siapa yang tahu.
“I’ll be around… Don’t forget to bring your map location and the equipments.” Prof Azhar memberi taklimat ringkas sebelum membenarkan pelajarnya bergerak ke lokasi masing-masing.
Belum sempat Erlisa meninggalkan secangkir kata untuk Elhan, Anita sudah membawa Elhan pergi ke lokasi. Amboi, cepat dan pantas!
Ish! Elhan ni pun satu! Kita yang di sini bukan nak ingat. Huh…. Sakitnya hati. Tuhan je yang tahu! Marah Erlisa di dalam hati. Najjwa pula yang dipukul.
“Aduh! Kenapa kau tiba-tiba memukul ni… Sakit laaaa…” Kesian pula Najjwa menjadi mangsa amarah Erlisa. Persoalannya, marah ke cemburu?
Erlisa menarik Najjwa ke meja utama di dalam bilik aktiviti. Dia membisikkan sesuatu kepada Najjwa. Mencerlung mata Najjwa dibuatnya. Rasa sakit selepas dipukul Erlisa hilang begitu sahaja.
“Tapikan, bukan salah Anita juga tau. Dia mana tahu Han tu boyfriend kau.” Najjwa membelek kertas-kertas di atas meja.
“Betul juga kan. Han tu…. Kenapa dia layan juga Anita tu….” Memang sah Erlisa cemburu!
“Kalau kau tak nak macam ni, cepat-cepatlah terus terang.. Kalau tak…..” Najjwa menjerit kecil melaungkan nama Erlisa apabila membaca sekeping kertas yang dicapainya. Tidak sempat dia menghabiskan ayatnya.
Erlisa, Haikal dan Irham memandang pelik ke arah Najjwa. Najjwa lantas menarik Erlisa. Dia memberikan kertas yang dibacanya tadi. Bulat matanya memandang Erlisa.
“Apa ni Wa?” Erlisa tertanya-tanya. Haikal dan Irham sudah terganggu dengan aksi mereka berdua. Erlisa membaca kandungan kertas di tangannya.
Kerutan dahinya bertambah. “Tak tahulah siapa aku nak marah sekarang ni!” Erlisa menggumpal kertas yang menaikkan meter kemarahannya lantas membalingnya ke dalam tong sampah. Berdesis dia menahan marah dan api cemburu.
“Aku peliklah dengan korang dua ni.. Nak buat kerja ke nak berdrama?” Irham memerli dua sahabat baik itu. Haikal sudah mengangkat barang ke luar bilik. Tidak berminat untuk masuk campur.
“Nak berdrama. Kenapa? Nak ikut?” Kemarahannya disebabkan insiden tadi dilempiaskan kepada Irham pula.
Irham memandang pelik ke arah Najjwa. Mesti pelik dengan perubahan karakter Erlisa yang berubah dingin itu.
“Sorrylah…. Perempuan, biasalah… PMS….. Jomlah…” Tergelak Irham mendengar jawapan Najjwa. Tidak pula dia terasa hati dengan layanan Erlisa tadi.
Erlisa pantas meluru ke luar. Meninggalkan Haikal yang menunggunya sedari tadi. Tanpa berlengah, Haikal mengejar Erlisa sambil membawa peralatan yang boleh tahan beratnya.
“Nasib baik laa aku sayang kau Lisa… Kalau Nita atau Najjwa yang buat macam ni, sah-sah diorang yang aku balut dengan jaring ni,” Haikal berseloroh sendirian.
“Haikal!! Boleh tak jalan cepat sikit... Jalan mengalahkan perempuan mengandung…” Lengkap trio tempat Erlisa melempiaskan amarahnya. Haikal kena juga! Haikal hanya tersengih dari jauh.
“Sabarlah, sayang… Berat ni… Tolonglah abang angkat barang ni…” Sempat lagi di bercanda dengan Erlisa yang tidak stabil emosinya itu.
“Haaa… Banyaklah engkau punya sayang, kau punya abang… Suruh abang you laa tolong…” Erlisa semakin pantas mengatur langkah. Tangga yang menghadap ke surau didaki.
“Makin comel pulak bila dia marah-marah macam ni,” tanpa disedari hadir perasaan halus menjalar di lubuk hatinya.
Haikal bergegas mendapatkan Erlisa yang sudah jauh meninggalkannya di belakang.
Tanpa disangka, laluan yang dipilih Erlisa untuk sampai ke lokasi sampling dia dan Haikal perlu melewati lokasi Anita dan Elhan.
Semakin laju nafas Erlisa melihat babak drama Anita dan Elhan. Berbulu matanya melihat Anita yang persis sotong tidak bertulang itu.
“Ambooiiii… Sweetnyaaa Nita dengan Abang Elhan..” Sengaja ditekan ‘abang’ itu. Ternganga Elhan memandang Erlisa. Anita pula berkulut macam kain yang diperah.
“Eh, Nita…. Takkan nak leraikan net yang tersimpul pun nak kena ajar….” Pedas sindiran Erlisa. Berdarah juga telinga kalau dengar.
Elhan menunjukkan muka berminat untuk melihat babak cemburu buta dilakonkan Erlisa.
Dengan jelingan yang tajam, Erlisa meninggalkan Elhan dan Anita yang mati kutu di situ. Mungkin masih menafsir bait-bait sindiran Erlisa sebentar tadi.
Haikal yang baru sampai terpinga-pinga tidak mengerti. Dia meneruskan adegan mengejar kekasih hatinya. Tercungap-cungap dia bernafas. Baju jersi berwarna biru yang dipakainya sudah lencun. Kasihan pula dia!
Melihat Haikal yang berpeluh mengangkat peralatan merembeskan perasaan empati Erlisa kepadanya.
“Hurmmm… Sorry, Haikal…” mengambil jaring yang dipegang Haikal. Haikal tersenyum bahagia.
“Awak okey tak? Mood swing je.” meletakkan beg yang disandangnya ke atas tanah. Haikal melabuhkan punggungnya di tebing longkang yang menghadap kawasan pokok tinggi.
“I’m okay. Don’t worry. Nah, minumlah…” Erlisa menghulurkan air mineral kepada Haikal. Haikal tidak menolak. Kebetulan dia memang tengah dahaga.
“Thanks, buddy.” Membuka penutup botol dan menunggang botol ke mulutnya.
Erlisa mencapai botol berona ungu yang disisipkan di tepi kantung begnya. Pandangannya di buang ke hutan yang terbentang di hadapan. Tangannya memulas penutup botol. Baru sahaja ingin meneguk, dia menudungkan semula botol ungu itu. Kasar!
“Hisy, tak ingin aku!” Erlisa merenggus dan mencampak botol Ribena yang tidak diminumnya ke dalam beg. Marah sungguh dia!
Haikal mempamer muka pelik. Erlisa memulakan kerjanya. Tiada sepatah pun diucapkannya. Malas hendak mengganggu, Haikal pun larut dalam kesunyian itu.
Haikal memeriksa telefon bimbitnya yang berbunyi. Satu pesanan diterimanya.
“Bersabarlah dengan kedinginan tuan puteri tu.. Jaga dia elok-elok,” mesej dari Najjwa yang berjaya menghalau kesunyian yang melanda antara dia dengan Erlisa.
“Thank you. I will…” Haikal membalas ringkas.
Haikal memacakkan kayu ke dalam tanah. Tidak sampai seminit, satu lagi pesanan ringkas masuk. Erlisa mengangkat wajahnya. Sempat Haikal menghadiahkan senyuman. Erlisa mengabaikan senyuman itu dan meneruskan kerjanya.
“And you too. Take care Hardie Haikal…” Sekali lagi pesanan dari Najjwa.
Haikal melepaskan pemukul dari tangan kanannya. Mengerutkan dahi dan memandang ke hadapan. Mungkin mencari maksud mesej yang baru sahaja diterimanya. Dia menggeleng dan membuat keputusan untuk membiarkan sahaja.
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Erlisa pelik dengan gelagat Najjwa. Resah seperti kucing hilang anak. Dia yang mengajak Erlisa ke kolam air pancur, dia pula yang terhegeh-hegeh bersiap.
“Wa, cepatlah bersiap….. Kau ni, nak pakai baju ke nak bermesej… Aku campak jugalah handphone kau ni nanti,” geram Erlisa dengan Najjwa yang terbuai menatap telefon. Entah apa yang dibuatnya. Hampir setengah jam Erlisa menunggu.
“Kejaplah.. Dah siap pun, nak pakai tudung aje lagi…” Matanya masih tertancap pada skrin telefonnya.
Melihat Erlisa yang tak ubah seperti singa betina di muka pintu, makin mencapah geraknya. Habis semua benda dipegangnya berjatuhan.
“Dia ni cantik, tapi kalau marah tak ubah macam nenek kebayan. Tak senyum langsung,” Najjwa mencebikkan bibir.
“Haaa… Kau buat apa lagi tu, mengutuk aku laaa tu… Bertuah punya kawan…” Erlisa faham benar dengan perangai Najjwa. Semua mimik muka sahabat baiknya itu sudah habis dihafal dan difahaminya.
“Tahu tak pe.. Dari pagi asyik marah je.. Dah, jomlah tuan puteri….” Najjwa menarik tangan Erlisa.
“Kejaplah. Nak kunci bilik dulu…” Erlisa meleraikan pegangan Najjwa dan beralih untuk mengunci pintu bilik.
Mereka beriringan menaiki tangga. Tinggi juga tangga ke kolam air pancur yang terletak berdekatan dengan pusat rekreasi hutan lipur itu.
“Lisa, nak kunci bilik.” Najjwa menghulurkan tangannya, meminta kunci.
“Kau nak buat apa dengan kunci?” Erlisa memberi kunci yang diminta dengan perasaan pelik.
“Nak simpanlah… Kau pegang-pegang kunci macam tu, nanti hilang.” Najjwa menyimpan kunci bilik mereka di dalam kocek seluar. Dia tersenyum.
Turun naik dada mereka menahan lelah mendaki tangga yang boleh tahan tingginya itu. Mata mereka tertancap ke arah air pancur yang besar dan cantik. Sempat lagi Erlisa mencelup jarinya merasa air di dalam kolam. Sejuk dan sangat menyegarkan.
Erlisa menunjukkan muka pelik. “Haiiii… Yang kau terliuk-liuk macam cacing ni kenapa? Kau okey tak?” Najjwa memegang perutnya. Mukanya perit seperti menahan sakit. Erlisa menghampiri sahabat karibnya itu,
“Aku sakit perutlah, Lisa. Nak ke toilet.. Lepas tu okay laa ni,” Najjwa cuba meluruskan badannya.
“Marilah aku papah kau masuk bilik. Risau pula aku..” Erlisa memegang lengan Najjwa namun pantas ditolak Najjwa.
“Tak pe laa… Aku boleh pegi sendiri…. Kau tunggu aje sini.. Kau papah aku pun bukan kau boleh masuk tandas sama-sama dengan aku… Ke kau nak tolong basuhkan?” Sempat lagi Najjwa berseloroh. Erlisa sudah mempamer muka jijik.
“Pengotor laa kau ni.. Nama aje perempuan.. Tak senonoh… Pergilah cepat, aku tunggu sini.. Jangan lama pula, aku takut…” Erlisa melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan berdekatan kolam. Dia duduk melihat Najjwa menuruni tangga sehingga hilang dari radar mata.
Erlisa menyandarkan tubuhnya. Sekilas rambutnya dielus manja. Fikirannya melayang dalam kepekatan malam. Gelodak perasaan yang dialaminya mengisi ruang.
Rantaian persoalan mengasak fikirannya. Kenapa Elhan mengendahkannya seharian? Mengapa Elhan sangat mesra melayan Anita? Dan apa maksud kandungan kertas yang ditemui Najjwa itu? Berat kepalanya memikirkan jawapan kepada soalan-soalan itu. Imej Elhan segera terpancar di minda.
“Assalamualaikum, sayang… Buat apa sorang-sorang ni? Rindu dengan Han ea?” Bagai bulan jatuh ke riba, Elhan muncul di sebelahnya. Erlisa terperanjat. Tidak kerdip matanya memandang.
Erlisa tersentak dari lamunannya. “Tak ada masa lah nak rindu-rindu orang yang dah terlajak gembira kat sini,” sahutan salam disambut dalam hati. Erlisa mengawal ekspresi mukanya agar tampak tenang dan bersahaja.
Dengan senyuman manis Elhan menjawab. “Han tahu, sayang cemburu… Kan?” Elhan melunjurkan tangannya di atas kerusi dan separa badannya menghadap Erlisa.
“Kenapa tiba-tiba ada kat sini? Sibuk je..” Erlisa bangkit dan berjalan ke arah kolam air pancur.
“Memanglah sibuk…. Sibuk nak bayar rindu sayang…” Elhan sudah sampai di tepi kolam. Bersandar di tepi Erlisa. Tidak pula Erlisa menghalang.
“Tak dengar ke atau memang dah pekak? Macam mana boleh ada kat sini? Seluas alam tempat ni, sini juga nak pergi..” Malas Erlisa melayan butir bicara romantis Elhan itu.
“Kenapa ada kat sini? Thanks to Wawa… Dia yang bantu Han, sayang..” Elhan terkejut melihat renungan tajam Erlisa.
“Najjwa? Kenapa nak kaitkan orang lain pula…” Jelas Erlisa tidak berpuas hati.
“Laaa… Betullah. Kalau tiada Najjwa, mana boleh kita dating kat sini…” Lembut Elhan menerangkan.
“Mengarut…. Najjwa sakit perutlah dalam bilik…” Dia berpaling.
“Orang kalau dah biasa tak jujur, memang sebijik macam Han ni…” Pedas juga sindiran Erlisa. Laju dia pergi meninggalkan Elhan.
“Memanglah sakit perut, sebab Han yang suruh… Takkan nak dating dengan dia sekali?” Elhan mengenyitkan matanya bila melihat Erlisa sudah berpaling.
Erlisa mencerap dengan baik. “Ohhh…. Jadi tadi Wawa berlakonlah kononnya sakit perut?”
Wow! Good job! Good acting!” Erlisa menepuk tangannya dengan ketawa yang dibuat-buat.
Derapan langkah Elhan menghampiri Erlisa, “Dalam hidup ni, lakonan kena mantap sayang.” Elhan merapatkan mukanya dengan muka Erlisa. Terasa hangat nafas Elhan membelai wajahnya.
“Ishhh…. Rimaslah..” Erlisa menolak muka Elhan. Terbuang Elhan dibuatnya. Namun, tidak lekang senyum gatal dari wajahnya.
“Jadi, nak pendekkan cerita, ibrah kejadian sepanjang hari ni semuanya lakonan Encik Elhan je la? Dah puas bagi sakit hati orang, alih-alih lakonan je?”
“Mudahlah hidup… Buat silap, lakonan! Layan perempuan lain, lakonan!” Geram Erlisa semakin menebal. Bahu Elhan ditolak kasar. Elhan hanya memandang Erlisa.
“Sayang, kenapa marah sampai macam ni sekali? Sayang juga nak keep privacy kan..” Elhan masih dalam nada memujuk.
“Kalau macam ni lah privacy, baik tak payah. Pandang kita pun dah tak sudi, apa lagi nak senyum… Wasalam je la kalau dia nak senyum kat kita… Kalau kat Nita.. Haaa.. Tak payah paksa-paksa senyum, senyuman tu yang keliling kat muka.” Bergetar suara Erlisa. Tidak sedikit pun wajah Elhan dipandangnya.
Elhan meraup wajahnya. “Sorry sayang…. Manalah Han tahu kena senyum juga kat sayang… Han nak senyum, tapi takut tak cukup privacy pulak…” Elhan memandang Erlisa yang mengendahkannya.
“Pasal kertas tu Han nak explain macam mana?” Tajam pandangan Erlisa. Pantas dia menukar topik.
“Kertas apa pula ni?” Pelik muka Elhan membalas kerlingan Erlisa.
“Buat-buat tak tahu pula…. Ni tengah berlakon juga ke? Baguslah Han ni, in character all the time. Lingkuplah pelakon-pelakon kat Malaysia ni..” Erlisa memanjat tembok kolam air pancur di sebelahnya.
“Kenapa panjat-panjat ni… Nanti jatuhlah…” Elhan mendapatkan Erlisa, namun pantas ditepis.
Nafasnya dihela panjang. Dia masih tidak menangkap insiden ‘kertas’ yang dimaksudkan Erlisa.
“Jatuh kolam tak pe, jangan je jatuh cinta dengan pelakon hantu ribena. Buat geram aje.” Satu lagi peluru berpandu dilepaskan Erlisa.
“Kenapa tak jawab pasal kertas tu?” Bab kertas itu masih belum dijawab Elhan.
“Kertas pair up tadi pagi. Nama Han sebenarnya dengan Lisa. Tapi nama Lisa kena slash, then kena ganti dengan primadona yang Han sayang tu..” Malas Erlisa menerangkan.
“Suka cakap bukan-bukan kan. Kalau Han ada primadona sekalipun, Lisa dah tahu, siapakan? Always be you, dear love.” Elhan mencubit hidung Erlisa. Mereka berbalas renungan. Akhirnya, pandangan mereka bertaut.
“Pasal kertas tu Han tak tahu, sayang sendiri nampakkan Han masuk lewat. Mana Han tahu…” Bersungguh-sungguh dia meyakinkan.
“Alasan!” Erlisa sudah berdiri di tebing kolam. Mungkin bersedia untuk beredar. Elhan pun ikut memanjat naik.
“Kalau sayang tak percaya, Han terjun kolam ni…” Ugut Elhan.
“Kalau Han terjun pun, mungkin tu babak Han je. Kan pelakon..” Ugutan Elhan dibalas sindiran yang entah yang ke berapa kali.
“Kalau betullah Lisa sayangkan Han, kenapa susah nak percaya apa Han cakap?” Sendu suaranya. Lirih membelah jiwa.Tersentak juga hati Erlisa mendengarnya.
“Buat je la apa-apa sayang nak kat Han, yang penting sayang percaya dengan Han,” Elhan memberikan tawaran kepada Erlisa.Tanpa berlengah, Erlisa menghampiri Elhan yang bertukar serius.
Erlisa memandang tepat ke mata Elhan. Lama mereka begitu. Terbit getaran asmara antara mereka. Erlisa mengatur langkah, semakin rapat menghampiri Elhan.
Erlisa spontan memegang pipi Elhan, diusap lembut dan penuh kasih. Elhan tersenyum bahagia.
Elhan berhasrat keadaan ini tidak berakhir. Dia mahu terus dibelai oleh gadis yang sudah lama mencuri hatinya ini. Paling penting, dia sudah berjaya melembutkan hati kekasihnya itu.
“I love you, Erlisa,” ucapnya di dalam hati,
“Lisa tahu Han sayang Lisa..” Syahdu suaranya.
“I love you, sayang.” Elhan meluahkan rasa cintanya. Senyuman Erlisa yang lama menghilang kembali terlakar di bibirnya.
“Cuma……” Erlisa sengaja tidak menghabiskan ayatnya.
“Cuma?” Elhan menyoal.
“Lisa nak tahu, lepas ni Han akan sayang Lisa lagi ke tidak,”
“Kenapa cakap macam tu? Sayang ni suka sangat buat Han risau,” menangkap tangan Erlisa yang sudah dilarikan.
“Nak tahu kenapa?” Erlisa menyoal lagi.
“Mestilah. Han tak nak sayang fikir bukan-bukan. Han kalau boleh nak buat sayang happy je.”
Erlisa mengangkat wajahnya. Tangannya memegang dada bidang Elhan. Elhan terkedu dengan tindakan Erlisa. Tidak pula dia menghalang. Sejurus selepas itu, Erlisa menghadiahkan senyuman paling manis untuk Elhan. Perasaan Elhan pada waktu itu tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Terlalu indah! Tapi…
Lamunan Elhan terhenti saat Erlisa menggumpal bajunya. Kuat dia menggenggam baju Elhan. Elhan sudah terpinga-pinga tidak mengerti.
Dengan kekuatan yang ada, Erlisa menolak Elhan jatuh ke dalam kolam. Percikan air melimpah membasahi tebing. Tenggelam Elhan di dalamnya.
“Han kata buat apa-apa je kan? I did this!” Erlisa terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Elhan yang sudah basah.
“Apa ni sayang?” Elhan masih terkejut. Habis runtuh rambutnya yang terpacak. Dia tidak boleh berbuat apa-apa.
Pandangan matanya sahaja mengiringi kelibat Erlisa yang hilang dari mata. Sukar juga dia menafsir apa yang berlegar di fikiran Erlisa pada masa ini.
“Erlisa,” Elhan menutup matanya dan tangannya dihayun memukul permukaan air.
No comments:
Post a Comment