DILEMA PTPTN: What Should I do?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!
Alhamdulillah sekali lagi
saya terbuka hati untuk berkongsi sedikit maklumat mengenai PTPTN… Mesti ramai
yang berserabutkan? Relakkkssss…. Tarik nafasss.. Hembussss…..
Dah sedia??
· Apa persediaan awal sebelum daftar online?
Jangan fikir sampai angkasa,
buat 3 simple steps ini dulu.
1.
Beli NO. PIN PTPTN @BSN yang
berdekatan. Pergi kaunter, tanya akak tu… Nak beli pin PTPTN. Dia akan bagi
satu resit yang terkandung 3 perkara penting.
·
TARIKH ADIK BELI/DAPAT NO.
PIN
·
MASA ADIK BELI NO. PIN
·
NO. PTPTN
Semua tercetak di resit nipis dari bank BSN tu…. Maklumat ni diperlukan
untuk LOG IN dalam portal PTPTN. Ramai silap masukkan tarikh dan masa korang
online (saya lettew!!)
Faham? Mudah, kan?
2.
Buka akaun i-SSPN. Kenapa?
Tak tahu lah dik, memang syarat utama nak pinjam duit orang tu… Hehehe… Buka je
ok.. Nak buka kat mana? Boleh buka di Maybank, Bank Rakyat atau Bank Islam.
Bayar RM 20.00 sahaja!! Jangan lupa bawa duit pulak… Bawa IC adik-adik sekali
ok.
Bagi sesiapa yang sudah ada i-SSPN, adik guna je, tak payah buka yang baru..... :)
Bagi sesiapa yang sudah ada i-SSPN, adik guna je, tak payah buka yang baru..... :)
i-SSPN tu
wajib nama adik sendiri.. Tak boleh guna family punya ke.. Tunang punya ke..
Nak adik punya sendiri.. Hokey?
3.
Buka CIMB BANK….. Saya dah
cerita semua perihal CIMB bank ni di entri sebelum ni. Adik cari kat arkib ye….
Selepas dah lengkap 3 perkara sebelum 3 perkara tu, barulah adik buka computer
kat rumah tu…. DAFTAR ONLINE di http://www.ptptn.gov.my/
dan klik di PTPTN ONLINE.
Nampak tidak 3 column tu? Kat situlah adik kena isi MAKLUMAT DARIPADA
SLIP DARI BSN…
Dari situ adik-adik boleh b
Adik isilah semua maklumat itu yer… Adik ada masa lebih kurang 3 minggu
untuk isi SEMUA MAKLUMAT yang diperlukan. Tarikh tutup dia selalunya awal September.
Sebelum tarikh tutup tu adik-adik boleh kemaskini maklumat adik-adik…
Dan permohonan ONLINE wajib di hantar sebelum tarikh tutup ye… Sebelum hantar
sila SEMAK betul-betul. ALAMAT, NO AKAUN CIMB, NAMA, NO. IC.
Ramai dah Tanya, NO. MATRIKS UMT macam mana? Belum dapat pun.... Nak isi
no. matriks kat matrix ke? TAAAKKKKK…. No. matriks UMT adik-adik akan dapat
SELEPAS semua urusan pendaftaran online dan pembayaran yuran di portal UMT
selesai.
Selepas selesai pendaftaran tu, adik-adik akan diberikan SLIP
PENDAFTARAN yang WAJIB bawa semasa pendaftaran. Di slip itu, ada NO MATRIKS,
LALUAN PENDAFTARAN DAN MAKLUMAT PENEMPATAN…. Okey?
Dapat NO. MATRIKS kat situ, KEMASKINI permohonan adik kat PTPTN… Faham?? Jangan hantar permohonan yang tidak lengkap! Isu NO. MATRIKS dah faham kan?
· Selepas hantar permohonan?
Adik hendaklah
cetak semua borang yang diperlukan. CHECK apa dokumen yang diperlukan untuk
hantar borang yang di cetak.
PENTING!!
Borang yang
dicetak itu akan DIHANTAR semasa adik-adik berada di UMT.. So, bawa ke UMT
bersama dokumen yang diperlukan ok..
BORANG TIDAK
LENGKAP, DOKUMEN TIDAK LENGKAP, TIDAK AKAN DILAYAN.
ISI BORANG
ADIK-ADIK DENGAN SATU WARNA PEN SAHAJA. Kalau biru, semua wajib biru..
Begitulah sebaliknya.
ADA JUGA TANYA
PASAL SLIP GAJI…
Yang kerja
sendiri tu kalau tidak silap pihak PTPTN ada sediakan borang itu untuk diisi.
Buat juga satu surat yang disahkan benar penghulu yang menunjukkan apa
pekerjaan parents dan berapa pendapatan bersih bulanan.
Yang ada slip gaji, bagi je laa...
· Wang Pendahuluan Pendidikan (WPP)
Selepas copy paste, ini
maklumatnya;
Wang Pendahuluan Pembiayaan
(WPP) berjumlah RM1,500.00 bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan
pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.
Syarat-Syarat Pemberian WPP:
Pelajar harus memenuhi
kriteria seperti berikut :
i. Bersetuju menerima WPP
melalui permohonan atas talian UPU;
ii. Warganegara Malaysia;
iii. Ditawarkan pengajian
bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA
& Politeknik; dan
iv. Tidak pernah menerima
WPP.
*Syarat adalah tertakluk
kepada ketetapan PTPTN.
Kaedah Pengagihan dan Pengeluaran WPP
- Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
- Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang
berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu
serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2)
minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
- Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (Bank CIMB) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
- Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.
- Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA.
Ada apa-apa persoalan,
rajin-rajinlah baca dekat portal PTPTN. Ini semampunya saya bantu adik-adik
semua.
ALL THE BEST!!!!!
No comments:
Post a Comment