Saturday, 16 August 2014

Oh!


i.
Bila aku celik mata,
Aku hidu aroma kopi,
Oh, ibu masak sarapan pagi!




Tapi,
Mata dia kekal celik,
Mata pedih sebab asap bom,
Oh, mesti tak dapat tidur semalam!


ii.

Bila aku buka pintu,
Wah, rumah jiran warna kelabu,
Oh, sempena dapat kereta baru!


Tapi,
‘Rumah’ dia tiada pintu,
Keliling ‘rumah’ sembah bumi,
Oh, peluru berpandu singgah sini!

iii.
Bila aku rasa lapar,
Eh, ibu masak ayam goreng?
Oh, malam ini baru spageti daging!

Tapi,
Dia juga sangat lapar,
Masakan ibu lama tak jamah,
Oh, ibu kena bunuh!

iv.
Bila aku nak keluar,
Tengok filem perang-perang,
Oh, nasib baik hero cemerlang!

Tapi,
Bila dia keluar ‘rumah’,
Ada batu dah boleh perang,
Oh, ada penceroboh buat onar!

v.
Bila aku putus cinta,
Aku menangis tak tentu arah,
Oh, semuanya tinggal sejarah!

Tapi,
Kepala ayah dia putus,
Dia sudah lali untuk menangis,
Oh, sebab ibu, kakak, adiknya dah lama meletus!

vi.
Bila aku sedar diri,
Dia tak perlu menyendiri,
Oh, doa kita pengutus diri!

Bila aku cabar diri,
Aku tak mampu tawar diri,
Oh, kerana dia pejuang Palestin!


Saintis bahasa | 11:16 pm

1 comment:

  1. Habanero Nails Pro Nanotomerization - Titanium Sports
    A Habanero Nail Pro Nanotomerization (Nanotomerization). This product is the easiest and micro touch titanium trimmer easiest titanium ring Nail gr5 titanium Pro Nanotomerization 4x8 sheet metal prices near me for both micro touch titanium trim skin and skin.

    ReplyDelete