BAB 2
Puan
Hartini melepaskan nafas lega melihat sarapan pagi telah pun siap dihidangkan.
Dia melihat jam tangannya. Sudah jam 7 pagi. Masih awal getus hatinya.
Selalunya suaminya akan turun jam 7.15 pagi, manakala terunanya pula akan turun
bersarapan paling awal jam 7.30 pagi.
Sementara menunggu suaminya turun, Puan Hartini
membuat keputusan untuk naik ke atas untuk mengejutkan anaknya dan menjaga
keperluan suaminya. Tetapi, sebaik sahaja menjejakkan kaki di tangga pertama,
Puan Hartini mengucap dan berpatah kembali ke dapur.
“Astaghfirullahal’azim. Boleh pula terlupa nak
bancuh air kegemaran Elhan ni.. Nanti kang dia turun tak ada, panjang seela
laaa muncung Han...” seloroh Puan Hartini.
Tangannya pantas mengambil bekas air di rak, botol
kordial berona ungu di sudut almarinya itu dicapai. Ribena. Dibancuh dengan
kasih, bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman dan selawat setiap kali
menyediakan makanan untuk keluarga.
Itulah pedoman daripada mak mentuanya yang masih
diamalkan sehingga kini. Usai membancuh minuman kegemaran anaknya, barulah Puan
Hartini naik ke atas semula.
“Elhan, dah bangun tidak nie? Dah jam 7 suku nie,
sarapan dah siap kat bawah tu.. Nanti lambat pulak,” jerit Puan
Hartini sebaik sahaja sampai di tingkat atas.
Begitulah rutin harian paginya.
“Ye Ma, Han dah bangun ni… Tengah nak bersiap.. Mama
turun dululah dengan Abah, kejap lagi Han turun yaa,” jawab Elhan dari dalam
kamarnya.
“Haaa.. Iyalah… Nanti siap turun bawah ya,” jawab
Puan Hartini sebaik sahaja sampai di hadapan pintu biliknya.
Pintu biliknya diketuk dan dikuak. Puan Hartini
melakar senyum tatkala melihat suaminya sudah siap. Segak. Berkemeja biru
dipadankan dengan tali leher biru juga, berbelang putih.
“Abang dah siap? Amboi,, hensemnyaaa Abang hari ni. Nak
jumpa siapa ni?”
“Aik awak nie. Setiap minggu kan abang pakai baju
ni. Ada-ada je nak sakat abang. Abang dah siap ni, jom lah ke bawah. Ajak Han
sekali.”
“Han tengah bersiap tu, kita turun dulu lah bang.
Saya dah siapkan sarapan kat bawah tu.”
Puan Hartini membimbit beg kerja
suaminya dan mereka beriringan turun ke bawah.
Elhan
turun ke dapur saat kedua ibu bapanya rancak bersembang mengenai projek
penyelidikan orkid ibunya. Elhan berpenampilan ringkas. Berbaju kolar kuning
yang dipadankan dengan seluar jeans hitam. Di bahunya disandang begnya yang
berisi kertas-kertas kerja dan laporan makmal yang telah siap disemaknya
semalam.
“Selamat pagi Pa, Ma.” Ceria sungguh pelantun ucap
selamat itu.
Papanya
senyum meleret melihat gelagat anaknya itu.
“Ceria benor papa tengok kamu ni Han…” Puan Hartini
sekadar memandang sekilas wajah Elhan sebelum menghirup teh kosong di cawannya.
“Papa ni, takkan nak Han menangis pagi-pagi ni. Han
kan memang ceria orangnya.” Jawab Elhan selamba sambil menghirup Ribena suam
yang baru sahaja dihidangkan ibunya.
“Papa pun hensem je hari ni, ada meeting ke Pa?”
Soal Elhan.
“Tak adelah, hari ni Papa kena observe proposal pelajar Master
Prof. Adam tu…”
“Ahhh Han,
Papa nak tanya ni, kamu memang tak nak lompat Phd terus ke Han? Jimat masa
sikit. Semalam Prof. Adam tanyakan kamu kalau nak buat projek dengan dia,”
maklum Papa Elhan seraya membuang pandangan ke arah anaknya.
Elhan
yang sedari tadi khusyuk menjamah mee goreng itu terhenti dan meneguk air
ribenanya.
“Han tak nak lah gesa-gesa Pa.. Han nak rasa dulu
setiap stage. Hari tu Prof. Adam
memang ada tanya Han juga, tapi Han jawab Han nak fikir dulu. Nantilah Han
jumpa dengan Prof Adam.”
“Kalau kamu nak macam tu Papa ok je. Masa depan
kamu.. Abang Ikhram kamu tu dah nak habis dah, tengah proses nak buat correction semakan terakhir dia. Sebulan
dua, viva laa abg kamu tu.”
Puan
Hartini yang mendiamkan diri mengikuti perbincangan dua beranak itu bersuara,
perihal Ikhram.
“Saya ni risau laa bang dengan Ikhram tu, terlalu
pentingkan kerja. Haaa… Silap-silap bakal menantu kita pun dia tak jumpa lagi
abg ooii, Kempunanlah nak menimang cucu.” jelas kerisauan di balik wajah tenang
Puan Hartini bila membicarakan soal jodoh anak sulungnya itu.
“Ibu tak payah laa risau. Tahulah Abg Am nak cari
jodoh tu. Abang Am tu ada rupa, kerjaya. Petik jari 10 rumah nak tau.
Kalau Mama tak sabar sangat nak ada cucu, bagi laa
Han kahwin dulu. Langkah bendul pun bendullah. Janji Mama dapat cucu.” Seloroh
Elhan.
Di hujung ayatnya itu diisi dengan gelak tawanya
yang bernada nakal.
“Selagi kamu tak ada progress dengan study dan
kerja kamu Han. Janganlah nak bermimpi kahwin Han….” Jawab Puan Hartini.
Keheningan
pagi rumah itu melebur tatkala tirai tawa keluarga itu memenuhi ruangan.
Kedua-dua penyelidik di universiti terkemuka negara itu tersenyum bahagia
melayan karenah anak kedua mereka. Jauh di sudut hati mereka, mereka meratib
kesyukuran dikurniakan anak-anak lelaki yang sihat dan cerdik akal fikirannya.
Masakan pula tidak, kedua-dua anaknya itu menamatkan pengajian undergraduate dengan first class, layak untuk meneruskan pengajian di peringkat doktor
falsafah. Alhamdulillah.
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
“Wawa…. Matilaaah aku wawa…. Apa aku nak buat ni,,”
Erlisa
menarik lengan sahabat karibnya itu lantaran terlalu cemas selepas menerima
panggilan mengejut sebentar tadi.
“Aishhh… Aku lipat juga kang minah ni… Pegi je laa
jumpa Prof.. Apa susah.. Lagipun kan Prof tadi cakap slumber je. Kau nak takut apa Lisa.”
“Alaaa… Kau bukan x kenal, Prof. Azhar tu kan memang
cakap sefesyen je. Marah ke, suka ke.. Haaa kang tadi tu dia marah, tak ke
menempah bahagia aku kena marah nanti.”
“Kenapa pulak Prof. nak marah kau ni Lisa. Drama
sangat lah kau ni…. Cepatlaaa.. Kita dah sampai depan ofis Prof. dah pun… Mari
sini..”
Najwa
menarik lengan Erlisa yang sudah tertinggal di belakang. Erlisa melangkah
longlai ke arah pejabat pensyarahnya itu. Menturuti langkah Najjwa.
Dengan
sekepal kekuatan yang dimiliki, Erlisa mengetuk pintu pensyarahnya yang pakar
dalam bidang molekular serangga itu. Belum sempat Erlisa menyudahkan ketukan
ketiganya, Prof. Azhar menyahut, membenarkan masuk.
“Assalamualaikum, Prof. Prof nak
jumpa dengan saya?” Tenang Erlisa bertanya. Senyuman terukir di bibirnya saat
pensyarahnya mengangkat wajah dan berpaling kepadanya.
“Oh… Erlisa.. Jemput masuk,” sempat
lagi dia melemparkan senyuman kepada Najjwa yang berdiri di belakang Erlisa.
“Haaa kamu siapa nama, saya tak berapa ingatlah,
kenal muka je. Maklumlah pelajar sini kan ramai.” tanya Prof. Azhar saat
mengerling ke arah Najjwa.
“Najjwa, Prof.” Ringkas jawapan
Wawa.
“Oh iya… Najjwa.. Jemput duduk. Saya panggil ni sebab ada urusan sikit nak bincang dengan Erlisa. Kebetulan Najjwa pun ada,
senang laa sikit kerja saya nak terangkan.”
Dua
sahabat itu mengerutkan muka namun masih lagi senyum memaniskan muka. Prof.
Azhar perasan akan perubahan mimik muka dua orang pelajarnya itu. Dia pun turut
tersenyum sama.
“Mesti kamu tertanya-tanya kan?”
“Macam ni… Hujung minggu ni saya kena pergi ke Hutan
Bukit Bakar, Gua Musang di Kelantan untuk sampling
serangga di sana.”
“Tetapi masalahnya semua student master dan Phd saya tak available
weekend. Diorang kena follow up projek-pojek
saya yang lain.”
“Nak pendekkan cerita, saya nak minta tolong Erlisa
cari kawan-kawan yang sudi tolong. Soal elaun semua kita boleh bincang. Tiada
masalah.”
Erlisa
teruja dengan pelawaan profesornya itu. Najjwa pun mengetap bibirnya tanda
gembira dengan pelawaan Prof. Azhar.
“Seronoknyaa
Prof.. Saya setuju nak pergi, tapi Prof. nak berapa orang student nak saya cari?” Erlisa masih tersenyum girang.
“Saya nak kamu minta tolong cari 5 orang pelajar.
Sesiapa sajalah yang kamu nak bawa. Kalau boleh 2 lelaki 3 perempuan sebab saya
dah ajak seorang student master pensyarah
lain untuk tolong.”
“Oh… Boleh Prof… Prof perlukan 5 orang pelajar kan?
Erlisa mengesahkan bantuannya dan bertanya soalan yang baru sahaja dimaklumkan
untuk memastikan cerapannya sebentar tadi tepat.
“Esok saya emel Prof. senarai pelajar yang nak join. Saya rasa ramai yang berminat,”
menyambung ayatnya yang terhenti tadi sementara menantikan pengesahan bilangan
pelajar yang diperlukan pensyarahnya.
“Terima kasihlah sudi bantu saya. Soal pengangkutan
dan waku bertolak saya akan call kamu untuk confirmkan
ya.”
Erlisa menggangguk dan meminta izin untuk beredar. Sebaik sahaja pintu pejabat ditutup, Erlisa dan Wawa melompat kegirangan. Sudah pasti tidak sabar untuk pergi. Teruja.
Erlisa menggangguk dan meminta izin untuk beredar. Sebaik sahaja pintu pejabat ditutup, Erlisa dan Wawa melompat kegirangan. Sudah pasti tidak sabar untuk pergi. Teruja.
Kelibat Elhan muncul tatkala Erlisa baru sahaja
membelok ke blok akademik B. Elhan yang sedikit berpeluh itu menuju ke bilik
pensyarah yang baru sahaja ditinggalkan kekasihnya, Erlisa.
Mungkin kalau sedetik cepat Elhan melangkah atau
sesaat lewat Erlisa girang melompat, mereka pasti bertentang mata. Getaran jiwa
antara mereka pasti terasa.
*** *** *** *** *** *** *** ***
*** *** *** *** *** *** ***
“Alaaa Ila…. Kenapa tak boleh join pulak…. Wawa ikut tau… Lisa pun
ikut sekali.. Tak best laa kalau Ila tak de… Sapa nak main watak mak cik?”
Najjwa sedikit terkejut dengan penolakan Kamilla untuk menyertai trip mereka ke
Hutan Bukit Bakar.
Erlisa leka bermain telefon
bimbitnya. Namun, halwa telinganya masih mengikuti rungutan Najjwa. Wajah
tenang Kamilla dipandangnya. Berbeza dengan Najjwa. Erlisa memujuk hati
sahabatnya hanya dengan tancapan mata. Biar mata berbicara.
Ila menghembus berat nafasnya.
Wajah dua sahabat karibnya dipandang silih berganti,
“Lisa,
Wawa…. Ila, nak sangat pergi.. Siapa yang tak seronokkan boleh sampling luar kawasan.” Nada suaranya
berubah sayu. Menundukkan pandangannya. Seolah-olah sedang menyimpan kedukaan
yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Bergetar nada suaranya.
Ila mengetap bibirnya. Tubir
matanya tidak lagi mampu menahan air matanya yang bergenang. “Ila minta maaf
tak dapat ikut”.
Erlisa dan Najjwa berpandangan.
Terkedu. Rasa bersalah segera membekas di hati. Memberkas niat untuk memujuk
Ila untuk menyertai mereka.
Mereka tahu Ila sedang memendam
sesuatu yang berat. Sesuatu yang tidak tertampung dek ketabahan hati. Mereka
cukup mengenali Kamilla. Tidak kurang juga latar belakang hidupnya.
Kamilla yang sudah kehilangan
ayah kandungnya kini menetap bersama ayah tirinya dan ibunya yang sedang sakit.
Menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung daripada 3 orang beradik menambah
cabaran dalam hidupnya. Tetapi, mereka berdua sangat bangga dengan kecekalan
sahabat baiknya ini. Meskipun tidak hidup mewah seperti mereka, Kamilla boleh
berbangga dengan pencapaian akademiknya yang cemerlang.
Erlisa tahu. Kesedihan yang
membelenggu Ila adalah mengenai keluarganya. Bukan kali pertama Ila menitiskan
air mata dan berkongsi cerita kepada dirinya dan Wawa.
“Ila…..
Kenapa sedih ni? Kalau Ila tak boleh pergi tak ape. Kita boleh pergi lain kali.
Tapi kenapa Ila menangis ni?” Lembut Erlisa memujuk sahabanya.
Wawa
pula menyambung. “Wawa minta maaf kalau desakan Wawa buat Ila sedih. Ila
janganlah nangis, nanti Wawa pun ikut sedih sama,” seraya mendakap bahu Ila.
“Kalau
Ila ada masalah, ceritalah dengan kami. Tak perlu tanggung sorang-sorang. Kita
kan dah macam adik beradik?’ Erlisa pula memegang tangan Ila.
“Macam
biasalah…. Hal famili… Mak Ila sakitlaa… Sehari sihat, dua hari sakit.. Ila tak
sanggup tengok mak sakit macam tu..” sendu suara Ila meluahkan masalahnya.
“Ila
sabar ye… Lisa tahu Ila kuat.. Kuat untuk mak Ila… Kalau Ila tabah, sabar.. Mak
Ila pun akan kuat juga.. Semua nie ujian Allah.. Allah sayang Ila, sayang Mak
Ila.”
Erlisa memeluk erat tubuh kecil
Kamilla. Di sebelah kiri Ila, kelihatan Wawa yang sudah lencun dengan air mata.
“Terima
kasih Lisa, Wawa… Sayang korang…” Ila membalas pelukan mereka.
Luahan perasaan Kamilla kepada
sahabatnya umpama membuang bongkah batu yang menghempap kepalanya.
Kerunsingannya terhadap kesihatan ibunya seperti diusir air matanya. Pelukan
sahabatnya memberi semangat baru untuk dirinya. Lebih tabah. Menggandakan doa
kepada Pencipta. Persahabatan.
No comments:
Post a Comment