Tuesday, 12 August 2014

BAB 7: KALAU AKU PILIH DIA [KAPD]

BAB 7

Usai bacaan doa selamat dan solat isyak berjemaah, Haikal mencari kelibat Erlisa..  Dia membisik Irham kalau-kalau Irham ternampak Erlisa. Gelengan Irham menguncupkan harapannya. Dia meluru ke luar rumah.

Matanya tangkas melilau sambil berjalan pantas ke khemah utama. Tiada insan yang dicarinya. Kelihatan tetamu sahaja menjamu selera. Bila dia berpaling, dia tersentak. Ibunya sudah tertancap di hadapan mata. Senyum bermakna dihadiahkan kepadanya. Dia faham maksud di sebalik senyuman ibunya itu.

“Haa… Haikal.. Tak nak makan ke?” Soal ibunya dengan pandangan meleret.

Haikal serba salah untuk menjawab… “Belum lagi ibu… Nak cari Irham ni… Ibu ada nampak dia tak?” Ayat cover line.

“Irham ke…. Erlisa?” Ibunya sudah membuat mimik muka mengejek sebelum berlalu pergi. Merah padam muka Haikal dibuatnya. Namun hatinya sedikit lega melihat ibunya sudah pergi.

“Fuhh…. Kantoiii..” Monolognya perlahan..

“Haikal…” Namanya diseru lagi… Di benaknya tertanya apa pula peluru berpandu ibunya kali ini.

“Ya, ibu..” Mencuba untuk senyum. Namun, tawar.

“Erlisa ada kat taman tepi rumah… Pergilah…”

“Iye.. Iye je ibu ni…” Haikal menduga… Seakan tidak percaya.

“Tak pecaya sudah.. Ibu nak masuk ni…” Puan Syarifah meninggalkan anaknya terkedu tanpa kata.

“Tahu tahu pulak ibu ni kita cari menantu dia…” selorohnya sebelum menuju ke taman rumahnya.

Kakinya yang melangkah tiba-tiba pegun. Mencerlung matanya apabila melihat Irham tengah bersembang bersama Erlisa. Dia separuh nyawa mencari Erlisa, sahabatnya itu pula senang-senang cucuk jarum. Ini melampau, jeritnya dalam hati.  Dia menghampiri mereka berdua.

“Ehemmm… Ham… Puas aku cari kau.. Kat sini rupanya…” Haikal berbahasa. Lain benar nada suaranya, sengaja ditekan dan dileretkan.Matanya dikerling menatap Erlisa. Cantik, bisik hatinya.

“Cari aku ke…. Cari Miss Gold awak ni…” Irham mencuih mulutnya ke arah Erlisa. Erlisa membatu buat tidak tahu. Memerhati lakonan dua sahabat itu.

“Aik… Apa pulak…. Kau buat apa kat sini dengan Lisa…” Nadanya berbaur cemburu… Dia memegang ketat lengan Irham… Tidak pula dia berminat mendengar jawapan Irham.

Pandangannya dihalakan ke arah gadis sunti pujaan hatinya.

“Lisa kenapa tak makan kat depan… Tunggu Haikal yaa…” Sempat lagi dia melayarkan babak meloyakan itu. Irham sudah menarik muka. Rasa nak muntah pun ada.

Erlisa hanya menggeleng tidak setuju.. Irham sudah seperti ayam berak kapur. Tidak menyangka Haikal beriak begitu.. Hardie Haikal masih lagi tenang seperti biasa pada zahirnya.. Dalamannya, hanya tuhan saja yang tahu. Kegugupan itu memecah apabila Erlisa tiba-tiba meminta diri..

            “Aik… Tuan Puteri nak ke mana tu?’ Cemas Haikal..

“Nak ke depanlah..” Erlisa meneruskan langkahnya tidak pula berminat untuk melayan Haikal. Kata-kata maut itu masih berbekas di telinganya.

“Erlisa…..” Panggil Haikal…. Tiada respon…

“Erlisa…. Tengoklah Haikal kejap…” Haikal melunjurkan tiga langkah ke hadapan.

“Ye, Haikal… Ada apa lagi?” Memaniskan muka. Dia mahu menjaga batas pergaulan dengan Haikal.

“Ibu awak cari awak tadi… Kat dapur… Pergilah jumpa kejap” Bisik Haikal yang sudah mampir di sebelah Erlisa… Irham sudah duduk di kerusi taman, tidak berminat ambil peduli.

“Betul ke?” Erlisa memalingkan tubuhnya..

“Ye, betul…” Sempat lagi dia mengenyitkan mata.

“Betul ke tidak ni? Janganlah main-main Haikal…” Erlisa seakan tidak percaya dengan kata-kata Haikal…

“Iya….. Betul… Buat apa nak main-main… Cepatlah, kesian Ibu tunggu kat dapur yang…” Seloroh Haikal…

“Mengada!” Bidas Erlisa sebelum beredar…Lebih kuah dari sudu pulak dia ni…


“Mari sini, Haikal tunjuk jalan,” mempelawa diri sendiri.

“Tak payahlah… Saya tahu kat mana.” Erlisa meninggalkan Haikal.

“Tak apa, mari abang Haikal temankan…” Irham sudah meledak tawanya. Haikal berlagak biasa. Erlisa pula sudah membuat muka pasrah.

Malas memanjangkan cerita. Erlisa menurut sahaja. Langkah pertama masuk ke ruang tamu sudah mengundang kontroversi. Saudara-saudara Haikal sudah tersenyum simpul membawa makna yang difahami Erlisa.

Tak cukup dengan itu, ada juga yang tanya bila majlisnya berlangsung. Soal warna baju sedondon, jangan cakaplah. Bengkak telinga Erlisa mendengarnya. Boleh gila macam ni…
Dalam keadaan ini, Erlisa teringatkan Elhan.. Rindu mengasak hatinya. Mindanya terlukis gelagat Elhan menyedut Ribena. Comel!

            “Han, I miss you.” Bicaranya pada hati sendiri.

Entah di mana silapnya, badannya tertolak sedikit ke belakang. Dia terlanggar sesuatu di hadapan.. Macam mana pulak tak perasan ni… Aduh!!

            “Aww….” Erlisa menggosok dahi..

“Oppsss sorry… Sorry…” Erlisa terlanggar Haikal yang berhenti secara mengejut.

“Kenapa berhenti mengejut ni Haikal? Nasib baik sempat break tau,” Erlisa mengadu sakit di dahi.

“Tak sengajalah…. Kita dah sampai pun…” Haikal mendepakan tangannya. Erlisa melihat sekeliling.

“Mana ibu saya?” Dia ni buat hal pulak, getus hati Erlisa.

“Kejap lagi sampai lah tuu.. Kita borak laa sementara tunggu,” pelawa Haikal dengan muka yang manis.

“Kalau awak tipu, siap!” Erlisa memberi amaran.

“Awak ni garanglah! I like… Buat teh pun sedap, cukup masin,Haikal teringat dengan teh masin yang dihidangkan Erlisa petang tadi.

“Sedapkan teh tu? Khas untuk orang yang muncul depan rumah orang tiba-tiba. Padan muka!” Kelakar juga dia melihat mimik muka Haikal menghirup teh masinnya itu.

“Mestilah sedap…. Kalau tak sedap, takkan boleh habis satu gelas..” Haikal mengangkat kedua keningnya. Kehadirannya di rumah Erlisa petang tadi sebenarnya atas permintaan Puan Anisah yang ingin memberi cupcake untuk kenduri.

“Sedaplah sangat… Muka masa minum tu pun dah macam orang hilang mata… So, pengajarannya, kahwin nanti carilah isteri yang pandai buat teh manis, bukan teh masin.” Erlisa mencebikkan muka.

“Tak nak! Nak yang teh masin juga. Rare, yet epic,” sekali lagi matanya dikenyitkan.

“Degil!” Erlisa membesarkan matanya kepada Haikal yang tidak lekang memandangnya. Rasa tak selesa pun ada juga.

“Em…. Tak sangkakan, baju kita sedondon..” Haikal mengabaikan amaran Erlisa..

“Apa yang awak jangka dengan kesedondonan kita ni, Encik Hardie Haikal?” Erlisa tidak berpuas hati.

A wedding… Can we?” Menghulurkan tangannya sambil mengenyitkan mata.

Sedas jelingan tajam sebagai ‘hantaran kahwin’ Erlisa hadiahkan.

“Haaaa… Nak wedding iyaa? Meh Lisa carikan mak cik kat depan.. Ramai tu,” mendengus geram Erlisa dibuatnya.

“Tahu tak, awak makin cantik kalau marah macam tu. Comel.” Erlisa sudah membelakangkan Haikal.

“Mana ibu ni Haikal? Awak tipu, kan?” Matanya tajam membunuh pandangan Haikal.

“Awak rasa?” Haikal bertongkat dagu. Membuat aksi comel yang tidak memberi kesan kepada Erlisa..

“Malaslah nak cakap dengan orang tak berapa nak betul ni..” Erlisa mengatur langkah keluar dari dapur.

Hardie Haikal mengejar Erlisa. Bila dilihat, persis adegan kejar-mengejar cerita Bollywood pulak. Kedua-dua mereka berhenti mengatur langkah apabila melewati ‘tol’ berbayar di muka pintu utama.

“Amboi…. Pengantin baru…. Main kejar-kejar pulak…. Nie gesa-gesa nak jumpa tok kadi ke apa?” Kata-kata Puan Anisah umpama lembing yang menerkam tubuh dari seribu arah.

Erlisa sudah tidak tentu arah. Menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hardie Haikal? Macam biasalah, tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Apa ibu cakap ni… Lisa nak makanlah… Jom ibu, makan..” Terketar-ketar dia mengajak ibunya.

“Ibu dah makan. Ajaklah Haikal kamu tu pegi makan beradab..” Satu bom lagi dilepaskan ibunya. Erlisa terkedu. Tidak berkelip matanya memandang Haikal…

“Haaa Haikal… Tak payah sengih-sengih… Pergilah makan dengan Lisa… Aunty nak masuk dalam kejap…” Puan Anisah masuk ke dalam rumah…

Yes….” Haikal memberi laluan kepada Erlisa…

“Kenapa awak excited  sangat ni? Cuba cakap sikit…” Erlisa sudah jalan di hadapan…

“Awak tak dengar ke tadi?” Ceria Haikal menjawab dengan persoalan.

“Dengar apa? Letusan bom dari ibu? Suka kena macam tu? Lisa tak suka….” Erlisa duduk di meja makan yang kosong..

“Kenapa pulak tak suka? Haikal suka…” Menarik kerusi lebih rapat dengan Erlisa..

“Seganlah Haikal… Dengan ibu pulak tu… Lagipun awak tahukan status saya… Saya tak nak bagi apa-apa harapan..” Matanya tepat memandang mata Haikal yang tidak kalih merenungnya sedari tadi.

“Awak tak bagi pun… Saya memang dah berharap Lisa… Dah terlambat… Tapi, tak apa… I’m okay…” Redup pandangan matanya.

“Awak nak berharap sampai bila?.. Ish… Awak ni peliklah… Punyalah ramai perempuan yang syok dengan awak ni…. Takkan tak ade yang lekat kot?” Erlisa tahu, Haikal memang seorang yang popular di kampus. Atlit universiti lah katakan.

“Cik Erlisa ku sayang… Ingat soal hati dan perasaan ni macam sticker ke nak lekat-lekat… Tak sama… Jauh beza… Haishh.. Memang tak sama….” Renungannya dihalakan ke pandangan sisi…

“Apa yang tak sama?” Erlisa mengerutkan dahi. Haikal meraup wajahnya. Songkoknya diletakkan di atas meja. Matanya melayari wajah Erlisa. Dia menhayati saat indah itu. Lama dia menjawab.

“Tak sama macam awak, Lisa… Kalau ada yang serupa dengan awak kan bagus?” Lancar ucapannya, tapi jelas dari sudut hatinya.

Erlisa buntu tanpa kata. Dia tidak menyangka Haikal mengharapnya sebegitu dalam. Dia boleh lemas dengan dilema perasaan Haikal. Dia meminta diri untuk mengambil makanan. Haikal turut serta.

Sepanjang tempoh mereka menjamah makanan yang disediakan, mereka tidak berbicara sepatah pun. Masih mencari titik bicara yang tiba-tiba hilang. Kecuali saat Haikal mengambilkan air untuk Erlisa.

“Haikal…” Erlisa memanggil Haikal. Haikal mengangkat wajahnya. Tenang.

“Awak tak boleh macam ni… Kita Cuma boleh jadi kawan, dan Lisa senang berkawan dengan Haikal.”

“Ya, saya tahu..” Ringkas jawapannya.

“Awak baik… Bijak… Ada rupa… Mesti dapat awek yang lagi bagus dari Lisa…” Entah sama ada pujukannya ini membekas ataupun tidak.

“Tak sama. Tetap tak sama.” Haikal tunduk. Erlisa mengambil nafas panjang. Dihela perlahan.

“Memang tak sama. Sebab Haikal akan dapat yang lebih baik. Percayalah..” Dia rasa bersalah dengan perasaan Haikal. Masam mencuka muka Haikal.

“Lisa, apa kurangnya Haikal? Kenapa tak pilih Haikal je?” Luahan persoalan itu menghimpit dada Erlisa.

“Mungkin memang takdir kita sekarang sebagai kawan? Kita tak tahukan apa akan jadi di masa depan?” Tanggapan positif Erlisa umpama sinar baru buat Haikal. Tetapi hanya untuk beberapa saat cuma..

“Kalau tak?” Persoalan ini memalapkan sinar yang baru sahaja bernyala.

“Soal jodoh, hati ni bukan kerja kita Haikal… Semua kerja tuhan..” Erlisa meyakinkan Haikal.

“Lisa, perasaan saya ikhlas… Sejak pertama kali kita jumpa.. Masa tu yang kita berlanggar di library..” Memori pertemuan mereka diselak semula. Haikal senyum.

“Saya tak janji akan lupakan awak… Sekarang ni saya betul-betul tak mampu… Saya tak kuat untuk buang semua perasaan ni..” Tulus luahan hatinya, Mata Erlisa sudah mula berkaca.

“Tapi saya tak nak Haikal seksa diri dengan perasaan ni… Please, jangan Haikal,” Rayuan Erlisa sedikit sendu..

“Siapa kata perasaan ni menyakitkan? Inilah perasaan yang paling indah Haikal pernah rasa sepanjang hidup… Kata orang, mencintai tak semestinya memiliki kan…. Yang penting Lisa bahagia. Itulah kebahagiaan Haikal..” Pandangan mereka bertaut. Gelodak perasaan yang tadi hanya anak-anak ombak, kini sudah tidak mampu dijinak lagi.

“Apa pun terjadi, Haikal tetap kawan Lisa… Forever… Itu janji Lisa untuk Haikal.
 Okey?” Menitis jua air matanya. Terharu dengan perasaan yang kemas di hati Haikal.

Okey… I’m your guardian angel  sekarang ni…. Dah laa.. Jangan nangis.. Tak omel dah..” Haikal menyerahkan tisu kepada Erlisa.

Saat ini. Detik ini. Erlisa sedar. Perihal hati tidak boleh dikawal. Tidak boleh dipinta. Ia sebuah anugerah yang indah untuk diamati. Persoalannya, sama ada perasaan itu beriringan atau tidak sahaja. 

Haikal, you are my friend. Always be. Bisik hati Erlisa.











No comments:

Post a Comment