Wednesday, 20 August 2014

BAB 10: KALAU AKU PILIH DIA [KAPD]

BAB 10

Entah kenapa debaran hatinya menggelegak. Langkahnya dihayun lemah. Najjwa yang berada di sebelahnya tidak berhenti bercakap dari tadi. Satu patah pun tidak diserap dek akalnya. Entah kenapa dia runsing perihal Elhan.

Di hadapan bilik aktiviti terdengar perbincangan antara Anita dengan Prof. Azhar. Padanlah tiada jawapan semasa mereka mengetuk kamar Anita sebelum berganjak ke sini. Tiga arjuna ekspedisi pula masih tidak kunjung di mata.

“Assalamualaikum…” Elhan memberikan salam. Erlisa memandangnya. Elhan buat-buat tidak perasan.

Haikal dan Irham yang berada di belakang Elhan terus mendapatkan dia dan Najjwa. Sakit pula hati Erlisa.

Sudahlah tidak melayan, mesra pula berbual dengan Anita. Ini memang tak boleh jadi!

All right guys…. Before kita pasang insects net trap, Nita nak bagitau pair up untuk buat task tu okey.” Semua tekun memandang Anita.

            “Erlisa dengan Hardie, Irham dengan Wawa dan lastly Nita dengan Abang Elhan.” Ngeri pulak melihat aksi sotong Anita. Erlisa menjeling tajam ke arah Elhan yang memandangnya. Mesti kau suka kan, hantu ribena!
           
Najjwa memahami perasaan Erlisa sekilas memandang raut wajah sahabatnya itu. Haikal pula tersengih. Gembira di hatinya, tiada siapa yang tahu.

I’ll be aroundDon’t forget to bring your map location and the equipments.” Prof Azhar memberi taklimat ringkas sebelum membenarkan pelajarnya bergerak ke lokasi masing-masing.

Belum sempat Erlisa meninggalkan secangkir kata untuk Elhan, Anita sudah membawa Elhan pergi ke lokasi. Amboi, cepat dan pantas!

Ish! Elhan ni pun satu! Kita yang di sini bukan nak ingat. Huh…. Sakitnya hati. Tuhan je yang tahu! Marah Erlisa di dalam hati. Najjwa pula yang dipukul.

“Aduh! Kenapa kau tiba-tiba memukul ni… Sakit laaaa…” Kesian pula Najjwa menjadi mangsa amarah Erlisa. Persoalannya, marah ke cemburu?

Erlisa menarik Najjwa ke meja utama di dalam bilik aktiviti. Dia membisikkan sesuatu kepada Najjwa. Mencerlung mata Najjwa dibuatnya. Rasa sakit selepas dipukul Erlisa hilang begitu sahaja.

“Tapikan, bukan salah Anita juga tau. Dia mana tahu Han tu boyfriend kau.” Najjwa membelek kertas-kertas di atas meja.

“Betul juga kan. Han tu…. Kenapa dia layan juga Anita tu….” Memang sah Erlisa cemburu!

“Kalau kau tak nak macam ni, cepat-cepatlah terus terang.. Kalau tak…..” Najjwa menjerit kecil melaungkan nama Erlisa apabila membaca sekeping kertas yang dicapainya. Tidak sempat dia menghabiskan ayatnya.

Erlisa, Haikal dan Irham memandang pelik ke arah Najjwa. Najjwa lantas menarik Erlisa. Dia memberikan kertas yang dibacanya tadi. Bulat matanya memandang Erlisa.

“Apa ni Wa?” Erlisa tertanya-tanya. Haikal dan Irham sudah terganggu dengan aksi mereka berdua. Erlisa membaca kandungan kertas di tangannya.

Kerutan dahinya bertambah. “Tak tahulah siapa aku nak marah sekarang ni!” Erlisa menggumpal kertas yang menaikkan meter kemarahannya lantas membalingnya ke dalam tong sampah. Berdesis dia menahan marah dan api cemburu.

“Aku peliklah dengan korang dua ni.. Nak buat kerja ke nak berdrama?” Irham memerli dua sahabat baik itu. Haikal sudah mengangkat barang ke luar bilik. Tidak berminat untuk masuk campur.

“Nak berdrama. Kenapa? Nak ikut?” Kemarahannya disebabkan insiden tadi dilempiaskan kepada Irham pula.

Irham memandang pelik ke arah Najjwa. Mesti pelik dengan perubahan karakter Erlisa yang berubah dingin itu.

Sorrylah…. Perempuan, biasalah… PMS….. Jomlah…” Tergelak Irham mendengar jawapan Najjwa. Tidak pula dia terasa hati dengan layanan Erlisa tadi.

Erlisa pantas meluru ke luar. Meninggalkan Haikal yang menunggunya sedari tadi. Tanpa berlengah, Haikal mengejar Erlisa sambil membawa peralatan yang boleh tahan beratnya.

“Nasib baik laa aku sayang kau Lisa… Kalau Nita atau Najjwa yang buat macam ni, sah-sah diorang yang aku balut dengan jaring ni,” Haikal berseloroh sendirian.

“Haikal!! Boleh tak jalan cepat sikit... Jalan mengalahkan perempuan mengandung…” Lengkap trio tempat Erlisa melempiaskan amarahnya. Haikal kena juga! Haikal hanya tersengih dari jauh.

“Sabarlah, sayang… Berat ni… Tolonglah abang angkat barang ni…” Sempat lagi di bercanda dengan Erlisa yang tidak stabil emosinya itu.

“Haaa… Banyaklah engkau punya sayang, kau punya abang… Suruh abang you laa tolong…” Erlisa semakin pantas mengatur langkah. Tangga yang menghadap ke surau didaki.

“Makin comel pulak bila dia marah-marah macam ni,” tanpa disedari hadir perasaan halus menjalar di lubuk hatinya.

Haikal bergegas mendapatkan Erlisa yang sudah jauh meninggalkannya di belakang.

Tanpa disangka, laluan yang dipilih Erlisa untuk sampai ke lokasi sampling dia dan Haikal perlu melewati lokasi Anita dan Elhan.

Semakin laju nafas Erlisa melihat babak drama Anita dan Elhan. Berbulu matanya melihat Anita yang persis sotong tidak bertulang itu.

“Ambooiiii… Sweetnyaaa Nita dengan Abang Elhan..” Sengaja ditekan ‘abang’ itu. Ternganga Elhan memandang Erlisa. Anita pula berkulut macam kain yang diperah.

“Eh, Nita…. Takkan nak leraikan net yang tersimpul pun nak kena ajar….” Pedas sindiran Erlisa. Berdarah juga telinga kalau dengar.

Elhan menunjukkan muka berminat untuk melihat babak cemburu buta dilakonkan Erlisa.
Dengan jelingan yang tajam, Erlisa meninggalkan Elhan dan Anita yang mati kutu di situ. Mungkin masih menafsir bait-bait sindiran Erlisa sebentar tadi.

Haikal yang baru sampai terpinga-pinga tidak mengerti. Dia meneruskan adegan mengejar kekasih hatinya. Tercungap-cungap dia bernafas. Baju jersi berwarna biru yang dipakainya sudah lencun. Kasihan pula dia!

Melihat Haikal yang berpeluh mengangkat peralatan merembeskan perasaan empati Erlisa kepadanya.

“Hurmmm… Sorry, Haikal…” mengambil jaring yang dipegang Haikal. Haikal tersenyum bahagia.

“Awak okey tak? Mood swing je.” meletakkan beg yang disandangnya ke atas tanah. Haikal melabuhkan punggungnya di tebing longkang yang menghadap kawasan pokok tinggi.

I’m okay. Don’t worry. Nah, minumlah…” Erlisa menghulurkan air mineral kepada Haikal. Haikal tidak menolak. Kebetulan dia memang tengah dahaga.

Thanks, buddy.” Membuka penutup botol dan menunggang botol ke mulutnya.

Erlisa mencapai botol berona ungu yang disisipkan di tepi kantung begnya. Pandangannya di buang ke hutan yang terbentang di hadapan. Tangannya memulas penutup botol. Baru sahaja ingin meneguk, dia menudungkan semula botol ungu itu. Kasar!

“Hisy, tak ingin aku!” Erlisa merenggus dan mencampak botol Ribena yang tidak diminumnya ke dalam beg. Marah sungguh dia!

Haikal mempamer muka pelik. Erlisa memulakan kerjanya. Tiada sepatah pun diucapkannya. Malas hendak mengganggu, Haikal pun larut dalam kesunyian itu.

Haikal memeriksa telefon bimbitnya yang berbunyi. Satu pesanan diterimanya.

Bersabarlah dengan kedinginan tuan puteri tu.. Jaga dia elok-elok,” mesej dari Najjwa yang berjaya menghalau kesunyian yang melanda antara dia dengan Erlisa.

Thank you. I will…” Haikal membalas ringkas.

            Haikal memacakkan kayu ke dalam tanah. Tidak sampai seminit, satu lagi pesanan ringkas masuk. Erlisa mengangkat wajahnya. Sempat Haikal menghadiahkan senyuman. Erlisa mengabaikan senyuman itu dan meneruskan kerjanya.

And you too. Take care Hardie Haikal…” Sekali lagi pesanan dari Najjwa.

Haikal melepaskan pemukul dari tangan kanannya. Mengerutkan dahi dan memandang ke hadapan. Mungkin mencari maksud mesej yang baru sahaja diterimanya. Dia menggeleng dan membuat keputusan untuk membiarkan sahaja.

*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***

Erlisa pelik dengan gelagat Najjwa. Resah seperti kucing hilang anak. Dia yang mengajak Erlisa ke kolam air pancur, dia pula yang terhegeh-hegeh bersiap.

“Wa, cepatlah bersiap….. Kau ni, nak pakai baju ke nak bermesej… Aku campak jugalah handphone kau ni nanti,” geram Erlisa dengan Najjwa yang terbuai menatap telefon. Entah apa yang dibuatnya. Hampir setengah jam Erlisa menunggu.

“Kejaplah.. Dah siap pun, nak pakai tudung aje lagi…” Matanya masih tertancap pada skrin telefonnya.

Melihat Erlisa yang tak ubah seperti singa betina di muka pintu, makin mencapah geraknya. Habis semua benda dipegangnya berjatuhan.

“Dia  ni cantik, tapi kalau  marah tak ubah macam nenek kebayan. Tak senyum langsung,” Najjwa mencebikkan bibir.

“Haaa… Kau buat apa lagi tu, mengutuk aku laaa tu… Bertuah punya kawan…” Erlisa faham benar dengan perangai Najjwa. Semua mimik muka sahabat baiknya itu sudah habis dihafal dan difahaminya.

“Tahu tak pe.. Dari pagi asyik marah je.. Dah, jomlah tuan puteri….” Najjwa menarik tangan Erlisa.

“Kejaplah. Nak kunci bilik dulu…” Erlisa meleraikan pegangan Najjwa dan beralih untuk mengunci pintu bilik.

Mereka beriringan menaiki tangga. Tinggi juga tangga ke kolam air pancur yang terletak berdekatan dengan pusat rekreasi hutan lipur itu.

“Lisa, nak kunci bilik.” Najjwa menghulurkan tangannya, meminta kunci.
“Kau nak buat apa dengan kunci?” Erlisa memberi kunci yang diminta dengan perasaan pelik.

“Nak simpanlah… Kau pegang-pegang kunci macam tu, nanti hilang.” Najjwa menyimpan kunci bilik mereka di dalam kocek seluar. Dia tersenyum.

 Turun naik dada mereka menahan lelah mendaki tangga yang boleh tahan tingginya itu. Mata mereka tertancap ke arah air pancur yang besar dan cantik. Sempat lagi Erlisa mencelup jarinya merasa air di dalam kolam. Sejuk dan sangat menyegarkan.

Erlisa menunjukkan muka pelik. “Haiiii… Yang kau terliuk-liuk macam cacing ni kenapa? Kau okey tak?” Najjwa memegang perutnya. Mukanya perit seperti menahan sakit. Erlisa menghampiri sahabat karibnya itu,

“Aku sakit perutlah, Lisa. Nak ke toilet.. Lepas tu okay laa ni,” Najjwa cuba meluruskan badannya.

“Marilah aku papah kau masuk bilik. Risau pula aku..” Erlisa memegang lengan Najjwa namun pantas ditolak Najjwa.

“Tak pe laa… Aku boleh pegi sendiri…. Kau tunggu aje sini.. Kau papah aku pun bukan kau boleh masuk tandas sama-sama dengan aku… Ke kau nak tolong basuhkan?” Sempat lagi Najjwa berseloroh. Erlisa sudah mempamer muka jijik.

“Pengotor laa kau ni.. Nama aje perempuan.. Tak senonoh… Pergilah cepat, aku tunggu sini.. Jangan lama pula, aku takut…” Erlisa melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan berdekatan kolam. Dia duduk melihat Najjwa menuruni tangga sehingga hilang dari radar mata.

Erlisa menyandarkan tubuhnya. Sekilas rambutnya dielus manja. Fikirannya melayang dalam kepekatan malam. Gelodak perasaan yang dialaminya mengisi ruang.

Rantaian persoalan mengasak fikirannya. Kenapa Elhan mengendahkannya seharian? Mengapa Elhan sangat mesra melayan Anita? Dan apa maksud kandungan kertas yang ditemui Najjwa itu? Berat kepalanya memikirkan jawapan kepada soalan-soalan itu. Imej Elhan segera terpancar di minda.

“Assalamualaikum, sayang… Buat apa sorang-sorang ni? Rindu dengan Han ea?” Bagai bulan jatuh ke riba, Elhan muncul di sebelahnya. Erlisa terperanjat. Tidak kerdip matanya memandang.

Erlisa tersentak dari lamunannya. “Tak ada masa lah nak rindu-rindu orang yang dah terlajak gembira kat sini,” sahutan salam disambut dalam hati. Erlisa mengawal ekspresi mukanya agar tampak tenang dan bersahaja.

Dengan senyuman manis Elhan menjawab. “Han tahu, sayang cemburu… Kan?” Elhan melunjurkan tangannya di atas kerusi dan separa badannya menghadap Erlisa.

“Kenapa tiba-tiba ada kat sini? Sibuk je..” Erlisa bangkit dan berjalan ke arah kolam air pancur.

“Memanglah sibuk…. Sibuk nak bayar rindu sayang…” Elhan sudah sampai di tepi kolam. Bersandar di tepi Erlisa. Tidak pula Erlisa menghalang.

“Tak dengar ke atau memang dah pekak? Macam mana boleh ada kat sini? Seluas alam tempat ni, sini juga nak pergi..” Malas Erlisa melayan butir bicara romantis Elhan itu.

“Kenapa ada kat sini? Thanks to Wawa… Dia yang bantu Han, sayang..” Elhan terkejut melihat renungan tajam Erlisa.

“Najjwa? Kenapa nak kaitkan orang lain pula…” Jelas Erlisa tidak berpuas hati.

“Laaa… Betullah. Kalau tiada Najjwa, mana boleh kita dating kat sini…” Lembut Elhan menerangkan.

“Mengarut…. Najjwa sakit perutlah dalam bilik…” Dia berpaling.

 “Orang kalau dah biasa tak jujur, memang sebijik macam Han ni…” Pedas juga sindiran Erlisa. Laju dia pergi meninggalkan Elhan.

“Memanglah  sakit perut, sebab Han yang suruh… Takkan nak dating dengan dia sekali?” Elhan mengenyitkan matanya bila melihat Erlisa sudah berpaling.

Erlisa mencerap dengan baik. “Ohhh…. Jadi tadi Wawa berlakonlah kononnya sakit perut?”

Wow! Good job! Good acting!” Erlisa menepuk tangannya dengan ketawa yang dibuat-buat.

Derapan langkah Elhan menghampiri Erlisa, “Dalam hidup ni, lakonan kena mantap sayang.” Elhan merapatkan mukanya dengan muka Erlisa. Terasa hangat nafas Elhan membelai wajahnya.

“Ishhh…. Rimaslah..” Erlisa menolak muka Elhan. Terbuang Elhan dibuatnya. Namun, tidak lekang senyum gatal dari wajahnya.

“Jadi, nak pendekkan cerita, ibrah kejadian sepanjang hari ni semuanya lakonan Encik Elhan je la? Dah puas bagi sakit hati orang, alih-alih lakonan je?”

 “Mudahlah hidup… Buat silap, lakonan! Layan perempuan lain, lakonan!” Geram Erlisa semakin menebal. Bahu Elhan ditolak kasar. Elhan hanya memandang Erlisa.

“Sayang, kenapa marah sampai macam ni sekali? Sayang juga nak keep privacy kan..” Elhan masih dalam nada memujuk.

“Kalau macam ni lah privacy, baik tak payah. Pandang kita pun dah tak sudi, apa lagi nak senyum… Wasalam je la kalau dia nak senyum kat kita… Kalau kat Nita.. Haaa.. Tak payah paksa-paksa senyum, senyuman tu yang keliling kat muka.” Bergetar suara Erlisa. Tidak sedikit pun wajah Elhan dipandangnya.

Elhan meraup wajahnya. “Sorry sayang…. Manalah Han tahu kena senyum juga kat sayang… Han nak senyum, tapi takut tak cukup privacy pulak…” Elhan memandang Erlisa yang mengendahkannya.

“Pasal kertas tu Han nak explain macam mana?” Tajam pandangan Erlisa. Pantas dia menukar topik.

“Kertas apa pula ni?” Pelik muka Elhan membalas kerlingan Erlisa.

“Buat-buat tak tahu pula…. Ni tengah berlakon juga ke? Baguslah Han ni, in character all the time. Lingkuplah pelakon-pelakon kat Malaysia ni..” Erlisa memanjat tembok kolam air pancur di sebelahnya.

“Kenapa panjat-panjat ni… Nanti jatuhlah…” Elhan mendapatkan Erlisa, namun pantas ditepis.

Nafasnya dihela panjang. Dia masih tidak menangkap insiden ‘kertas’ yang dimaksudkan Erlisa.

“Jatuh kolam tak pe, jangan je jatuh cinta dengan pelakon hantu ribena. Buat geram aje.” Satu lagi peluru berpandu dilepaskan Erlisa.

“Kenapa tak jawab pasal kertas tu?” Bab kertas itu masih belum dijawab Elhan.

“Han tak tahu kertas apa ni… Serius tak faham. Sayang bagitau laa…” Separuh merayu Elhan. Dia betul-betul buntu.

“Kertas pair up tadi pagi. Nama Han sebenarnya dengan Lisa. Tapi nama Lisa kena slash, then kena ganti dengan primadona yang Han sayang tu..” Malas Erlisa menerangkan.

“Suka cakap bukan-bukan kan. Kalau Han ada primadona sekalipun, Lisa dah tahu, siapakan? Always be you, dear love.” Elhan mencubit hidung Erlisa. Mereka berbalas renungan. Akhirnya, pandangan mereka bertaut.

“Pasal kertas tu Han tak tahu, sayang sendiri nampakkan Han masuk lewat. Mana Han tahu…” Bersungguh-sungguh dia meyakinkan.

“Alasan!” Erlisa sudah berdiri di tebing kolam. Mungkin bersedia untuk beredar. Elhan pun ikut memanjat naik.

“Kalau sayang tak percaya, Han terjun kolam ni…” Ugut Elhan.

“Kalau Han terjun pun, mungkin tu babak Han je. Kan pelakon..” Ugutan Elhan dibalas sindiran yang entah yang ke berapa kali.

“Kalau betullah Lisa sayangkan Han, kenapa susah nak percaya apa Han cakap?” Sendu suaranya. Lirih membelah jiwa.Tersentak juga hati Erlisa mendengarnya.

“Buat je la apa-apa sayang nak kat Han, yang penting sayang percaya dengan Han,” Elhan memberikan tawaran kepada Erlisa.Tanpa berlengah, Erlisa menghampiri Elhan yang bertukar serius.

Erlisa memandang tepat ke mata Elhan. Lama mereka begitu. Terbit getaran asmara antara mereka. Erlisa mengatur langkah, semakin rapat menghampiri Elhan.

Erlisa spontan memegang pipi Elhan, diusap lembut dan penuh kasih. Elhan tersenyum bahagia.

Elhan berhasrat keadaan ini tidak berakhir. Dia mahu terus dibelai oleh gadis yang sudah lama mencuri hatinya ini. Paling penting, dia sudah berjaya  melembutkan hati kekasihnya itu.

“I love you, Erlisa,” ucapnya di dalam hati,

            “Lisa tahu Han sayang Lisa..” Syahdu suaranya.

I love you, sayang.” Elhan meluahkan rasa cintanya. Senyuman Erlisa yang lama menghilang kembali terlakar di bibirnya.

“Cuma……” Erlisa sengaja tidak menghabiskan ayatnya.

“Cuma?” Elhan menyoal.

 “Lisa nak tahu, lepas ni Han akan sayang Lisa lagi ke tidak,”

“Kenapa cakap macam tu? Sayang ni suka sangat buat Han risau,” menangkap tangan Erlisa yang sudah dilarikan.

“Nak tahu kenapa?” Erlisa menyoal lagi.

“Mestilah. Han tak nak sayang fikir bukan-bukan. Han kalau boleh nak buat sayang happy je.”

Erlisa mengangkat wajahnya. Tangannya memegang dada bidang Elhan. Elhan terkedu dengan tindakan Erlisa. Tidak pula dia menghalang. Sejurus selepas itu, Erlisa menghadiahkan senyuman paling manis untuk Elhan. Perasaan Elhan pada waktu itu  tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Terlalu indah! Tapi…

Lamunan Elhan terhenti saat Erlisa menggumpal bajunya. Kuat dia menggenggam baju Elhan. Elhan sudah terpinga-pinga tidak mengerti.

Dengan kekuatan yang ada, Erlisa menolak Elhan  jatuh ke dalam kolam. Percikan air melimpah membasahi tebing. Tenggelam Elhan di dalamnya.

“Han kata buat apa-apa je kan? I did this!” Erlisa terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Elhan yang sudah basah.

 “Apa ni sayang?” Elhan masih terkejut. Habis runtuh rambutnya yang terpacak. Dia tidak boleh berbuat apa-apa.

Pandangan matanya sahaja mengiringi kelibat Erlisa yang hilang dari mata. Sukar juga dia menafsir apa yang berlegar di fikiran Erlisa pada masa ini.

“Erlisa,”  Elhan menutup matanya dan tangannya dihayun memukul permukaan air.





















No comments:

Post a Comment