Wednesday, 20 August 2014

BAB 9: KALAU AKU PILIH DIA [KAPD]



BAB 9

Erlisa masih mentafsir perasaannya. Dia mahu gembira, marah atau merajuk? Tiada jawapan padu yang boleh disandarkan. Kejutan yang dialaminya masih berbaki. Fikirannya menerawang jauh. Meninggalkan Najjwa yang berada di sebelah.

            “Assalamualaikum, sayang…” Jejaka itu memberikan salam.

            Erlisa yang termangu dan terkesima di hadapan seolah-olah dipagut mimpi yang tidak pasti.

“Han?” Erlisa mengangkat kening. Elhan tersengih.

“Buat apa sampai ada kat sini,? Soalnya teragak-agak selepas menyambut salam.

“Aloo…. Tanya pula…. Nak beli Ribena laa.. Nampak sayang ada kat sini sekali.. Kira macam pakej laa sayang…” Gurau Elhan yang mengundang ketidakpuasan hati Erlisa.

“Jawablah elok-elok… Suka sangat main-main… Kenapa boleh sampai Kuantan ni? Cakap kerja kat KL?” soalan diajukan bagai peluru berpandu.

“Bukan kat KL…. Han ikut sayang laa… Sengaja nak bagi kejutan… Prof. Azhar minta tolong..” Elhan menerangkan perkara sebenar sambil membelek roti.

“Kenapa tak bagitahu?” Kedengaran rajuk ucapnya. Geram!

“Alaaa… Bukan penting pun.. Yang penting, kita berdua sekarang kan..” Elhan mula membuat mimik muka gatalnya.

“Geramlah… Kenapa Han tak bagitahu awal-awal….” Tangannya mencubit tangan Elhan.  Meracau sakit Elhan dibuatnya.

“Sakitlah…. Tu tangan ke penyepit ketam?” Elhan menggosok-gosok tangannya.

“Haa.. Ni telinga ke tong gas? Kan dah bagitau nak bagi surprise…” Pantas tangan Erlisa menepis Elhan yang ingin memulas telinganya.

Erlisa menarik muka dan memalingkan tubuhnya membelakangi Elhan.

“Alaaa…. Han dah ada depan mata ni… Kalau rindu senang laa…” Melangkah rapat di belakang Erlisa selepas membayar di kaunter.

“Han!!!” Erlisa terjerit kecil. Sampai terpusing badannya menghadap Elhan. Terjatuh roti yang dipegang Elhan. Terperanjat!

“Han, diorang macam mana?” Matanya melirik ke arah rakan ekspedisi mereka. Resah sahaja gayanya.

“Kenapa dengan diorang?” Berkerut dahi Elhan tanda tidak faham.

“Yela… Kalau diorang tahu pasal kita macam mana?” Matanya dibesarkan.

“Laaa… Tu  je? Biarlah diorang tahu… Wawa kan memang dah tahu….” Selamba Elhan menjawab.

“Han ni… Dulu kan dah janji nak keep privacy? Dah lupa?”

“Itu dulu……” Elhan mencari penyedut minuman selepas membuka air botol ribenanya.

“Dulu masa janji, tak ada pun cakap dulu, sekarang, tahun depan.. Alih-alih, sekarang ni main dulu-dulu pulak,” tidak puas hati lagaknya Erlisa dengan pengakuan Elhan.

“Hummm… Yelaa… Kita be professional okay buat kerja nanti… I love you…. Janganlah terkejut lagiKenyitan mata Elhan singgah di pandangan Erlisa.

“Tahu takut..” Melampirkan senyumannya sebelum berlalu pergi.

“Tapi, nak rahsia sampai bila?” Wajah tampan Elhan berubah serius tiba-tiba. Terbenam semula lesung pipitnya.

“Rahsia sampai Elhan sah meminang lah..” Senyum dan terus berlalu pergi. Tidak menoleh lagi.

Termangu Elhan mendengar jawapan Erlisa. Meskipun hatinya bergetar, terbit jua lesung pipitnya sebagai tanda dia tengah tersenyum. Bahagia? Ya, dia bahagia!

Erlisa meraup wajahnya. Senyumannya yang meleret menangkap perhatian Najjwa. Dia tiba-tiba teringat akan cerita Anita. Resah mula melintas di ruang hatinya. Bibirnya diketap tanda risau. Gelodak perasaannya benar-benar tercabar kini.

“Wawa!!!!!” Jeritan Erlisa menyebabkan Wawa terloncat. Berubah air mukanya.

“Kau ni kenapa menjerit ni?” Najjwa berdiri di hadapan Erlisa. Tangannya didekapkan di dada. Dia masih terkejut.

“Kau ingat tak cerita Anita pasal abang handsome?” Erlisa memegang kedua tangan Najjwa.

“Ingat… So?” Najjwa masih belum menangkap maksud sebenar jeritan dan pertanyaan Erlisa.

“Abang master tu kan, Elhan…..” Erlisa berdiri dan memegang bahu Najjwa.

Najjwa kaku seketika. Anak matanya pegun. Mungkin cuba mencari perkaitan yang dimaklumkan Erlisa. Kepalanya ligat berfikir.

Apabila dia memahami maksud yang cuba disampaikan Erlisa, air mukanya berubah. Tangannya memegang kejap lengan sahabat baiknya itu

“Ahhhhhhhhh!!! Aku dah faham… Aku dah faham!” Terlompat-lompat mereka berdua.

“Macam mana ni Wawa?” Jelas kerisauan terlukis di lanskap wajahnya. Runsing!

“Apa kata kau bagitahu je Anita tu…. Biar dia tak kacau Elhan tu…” Anggukan Najjwa diselangi senyuman. Seolah-olah cadangannya itu paling bernas untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Ishh… Mana boleh…. Dah janji dengan Han to keep privacy.. Tak boleh… Idea lain?” Cemas benar Erlisa. Dia mundar mandir di dalam bilik. Najjwa sudah terbaring. Jarinya menekan dahi bertubi-tubi.

“Wawa, kalau aku bagitahu Elhan suruh mengelak?” Erlisa melurut ke lantai memandang Najjwa.

“Haaa.. Betul juga tu… Tapi, janganlah sampai Anita ingat Han tu sombong pulak… Boleh-boleh…” Najjwa meniarap menghadap Erlisa.

Mereka tersenyum puas. Masalah yang tadi menyesakkan jiwa kini beransur surut. Mereka menghembuskan nafas lega.

“Lisa, ada satu lagi masalah kau.” Najjwa bangun dari baringannya.  Serius riaknya. Erlisa terkial-kial cuba meneka dalam hati. Masalah apa pula ni?

“Masalah?” Keningnya dirapatkan.

“Ya, masalah.” Erlisa mengangkat bahu mendengar kata-kata Najjwa.

 “Haikal macamana?” Pandangan matanya menerjah anak mata Erlisa.

“Haikal?” Nama jejaka itu terpacul dari mulut Erlisa. Bahunya melurut. Mukanya disembamkan di atas tilam.

*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***

Pintu biliknya dikuak. Langkahnya tidak seperti hari-hari semalam. Senyuman yang sekian lama menghilang menjelma semula. Terlukis kemas dibibirnya.

Usahanya selama 3 tahun ini berbaloi. Nilai hidupnya yang tergadai selama 3 tahun berbayar. Malah kejayaannya hari ini menjangkaui segala-galanya. Dia mengucap syukur.

            Telefon bimbitnya dilekapkan di telinga. Panggilannya tidak disambut. Riak mukanya tenang. Meski pun hatinya membuak ingin berkongsi rasa. Selang beberapa minit, dia menerima panggilan daripada insan yang disayanginya..

“Assalamualaikum, abah.” Dia menyambut panggilan telefonnya yang berdering.

“Wa’alaikumsalam, Ikhram.” Abahnya menjawab salam.

 Kenapa ni? Selama tiga tahun kamu di sana, ini kali pertama kamu telefon abah. Pelik…” Benar. Ini kali pertama dia menelefon abahnya, Prof. Dr. Muhammad Hizwan.

Guess what, abah?” Dia tersenyum.

“Main teka-teka pulak…” Lama juga Prof. Hizwan berfikir sebelum menjawab.

A marriage, maybe?” Abahnya membuat telahan.

Bukan selalu Ikhram berkongsi perihal dirinya. Ikhram memang seorang yang pendiam, pemendam dan tidak banyak karenah dalam keluarga. Bukan dia sahaja tahu, bahkan, kesemua ahli keluarganya masak dengan perangai eksklusif anak sulungnya itu.

Naaa.. I don’t even think about that, Abah.” Tenang dia menjawab. Teman wanita pun tiada, inikan pula nak berkahwin.

Another guess?” Ikhram masih bermain teka-teki.

“Am, abah tak pandai nak teka-teka ni. Am bagitau abah je laa. Apa yang mustahak sangat Am call Abah ni.. …” Prof. Hizwan sudah tidak keruan dibuatnya.

Kotak fikirannya memaksa untuk mencungkil apa yang ingin disampaikan anak sulungnya itu. Dia betah untuk menunggu. Lama Ikhram menyepi di hujung talian.

“Prof. Dr. Muhammad Hizwan, I bet this is not your first time hearing this kind of certification. I’m very sure.” Jedah seketika.

What about no correction with major discover?” Ikhram memanjangkan senyumannya. Menanti respon abahnya.

Dia menyandarkan tubuh di sebalik pintu kaca kondominium miliknya. Lega memaklumkan abahnya tesis kajiannya diterima tanpa pembetulan major.

“Do you mean viva? Did you defend your thesis?” Soalan Prof. Hizwan bagai balistik yang tidak terpempan oleh Ikhram.

“Alhamdulillah…. I’m proud of you, Ikhram! Abah gembira sangat…. “

You did it very fast! I can imagine how diligent you completed your research. We proud of you, Dr. Ikhram.  Ibu mesti gembira dengan berita ni, Am…” Bangga benar Prof. Hizwan mendengar berita baik anak sulungnya itu.

“Alhamdulillah, Abah…. Hasil didikan abah, kasih sayang abah dengan ibu.. Dari kecil Am nak jadi macam abah.. Nak jadi macam ibu.”

“Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Tak ke gitu abah?” Mesra bicaranya. Sendu pula menerkam abahnya. Jarang sekali Ikhram mesra begini.

Sebelum dihidu Ikhram, Prof. Hizwan menepis rasa terharunya. “So, what is your next plan?” Ada maksud tersirat di sebalik soalan Prof. Hizwan itu.

Plan Am? Hurmmm…. Going back to Malaysia. Devoted myself to UM. Doing more researches.. Teaching… Building career… Too many, Abah..” Ikhram membuang jauh pandangannya membayangkan dirinya 5 tahun akan datang.

Tanpa disedari, jawapan Ikhram itu menyentak sedikit perasaan ayahnya.
Bukan apa, Prof. Hizwan sedikit pelik dengan anak sulungnya ini. Sepanjang pengetahuannya, Ikhram tidak pernah berbicara soal perkahwinan. Apatah lagi memperkenalkan teman wanitanya kepada mereka. Musykil!

How about marriage? Why don’t you start your career by having wife?” Prof. Hizwan mencuba nasib untuk mengorek perihal peribadi Ikhram.

“Err… Abah… Sebenarnya, Am tak fikirkan pun pasal kahwin lagi abah. Not even in my top list. Bagi Am, jodoh tu ketentuan tuhan. Kalau jodoh dah sampai, kahwinlah Am nanti…”

Ikhram memang tidak gemar berbicara soal jodoh, perkahwinan. Tergagap-gagap dia menjawab.

“Am, tak boleh macam tu…. Kamu dah ada kerjaya. Pangkat doktor dah dapat… Muka ada… Sihat pulak tu…”

“Abah dengan ibu ni bukan boleh hidup lama lagi. Sebelum tutup mata, nak jugak merasa timang cucu,” Ikhram sudah panas punggung dibuatnya. Namun wajahnya masih tenang, seperti selalu.

Cop! Sebab inilah malas berbicara soal rumah tangga. Mula-mula tanya pasal calon isteri. Lepas tu perkahwinan. Bila dah kawin, sah-sahlah tanya soal anak. Pening macam ni. Kahwin?

Kalau ada jodoh, kahwinlah. Ikhram bermonolog dalam hati.

“InsyaAllah, abah…. Paling penting sekarang ni Am nak balik dulu… Lepas tu, abah carikanlah jodoh Am…. Am ok je..” Memang benar! Ikhram tidak pernah merancang apatah lagi memikirkan soal cinta. Mungkinkah dia menyembunyikan sesuatu?

“Betullah Am ni tiada teman?” Lemah gelengan Prof. Hizwan.

“Kawan-kawan ramailah abah…. Am tiada masa nak fikir soal perasaan…” Entah kali ke berapa dia menerangkan.

“Ikhram.. Ikhram.. Kalau ibu kamu tahu, tambahlah susah hati dia…”

“Bila nak balik Malaysia?” Soalan ini berlegar memadamkan gemuruh Ikhram. Nasib baik abahnya menukar topik.

“Minta ibu carikanlah abah..” Malu-malu dia menawarkan.

“Am, balik dalam sebulan dua lagi… Nak uruskan graduation dengan posting barang-barang dari sini dulu. Awal siap, awal juga laa Am balik Malaysia.”

“Kalau ibu yang carikan, tak berkenan pula kamu nanti.” Ikhram hanya mampu tergelak menjawab telahan abahnya itu.

“Am bukannya memilih pun Abah… Asal ada cukuplah….” Dia pun tidak tahu ciri wanita macam mana idamannya.

“Am, pilih bini ni bukan macam beli baju… Kenalah betul-betul. Pernikahan tu kan umpama membina masjid…” Nasihat abahnya ini tembus ke hatinya.

Sebelum panggilan berakhir, sempat lagi Ikhram mengirimkan salam untuk keluarganya. Sedikit titipan nasihat ditabur di pundak bahunya. Ikhram mengiyakan dan menamatkan panggilan dengan senyuman.

Kahwin? Permintaan abahnya tadi masih berlagu di telinganya. Bukan dia tidak cuba untuk menepis, tetapi semakin dia cuba semakin menjadi-jadi.

Ikhram mengeluarkan telefon bimbitnya. Ikhram menekan mesej pesanan kepada seseorang. Meskipun kepala dia kusut memikirkan soal kahwin, riak wajahnya masih tenang. Jarang sekali melihat wajahnya keruh. Setelah berpuas hati, pesanan itu dihantar.

            Rai, parents I nak I kahwin. :(











No comments:

Post a Comment