Monday, 4 August 2014

BAB 3: NOVEL KALAU AKU PILIH DIA [KAPD]

BAB 3

Matanya difokuskan ke skrin komputer riba. Tangannya laju menekan pad di papan kekunci. Sesekali tangannya menyentuh tetikus dengan menggunakan tangan kanannya. Rambutnya yang terjuntai di birai dahi dikuak ke belakang. Selepas beberapa ketika, Erlisa menyemak ejaan nama dan maklumat lengkap rakan sekelasnya  yang diterima sebaik sahaja dia membuka tawaran yang dimaklumkan pensyarahnya sebelum kelas bakteriologi 3 bermula.

           Setelah berpuas hati dengan hasil kerjanya, Erlisa menghantar senarai tersebut kepada Prof. Azhar melalui emel. Pandangannya tiba-tiba terarah ke helaian buku yang tercatat nama seorang jejaka. Dia tersenyum. Kelakar sungguh. Boleh pula teringatkan jejaka yang selalu mengekorinya sedari dulu itu. Hardie Haikal.

           Erlisa turun ke dapur untuk mengambil air. Dia menjengah ke taman di belakang rumahnya. Meskipun pekat malam mengisi, lampu taman yang menyala dari sepanjang laluan ke gazebo mempamerkan panorama yang romantik. Kelihatan abangnya, Emir tengah membuat kerja. Erlisa melunaskan hajatnya. Sebelum masuk ke bilik, dia mencari ibunya di bilik bacaan. Langkahnya diatur ke meja bacaan selepas mengetuk pintu. Puan Anisah menoleh.

            “Assalamualaikum, Ibu”
.
“Wa’alaikumsalam, sayang… Tak tidur lagi?” Lembut Puan Anisah menyapa anak perempuannya itu.

“Belum lagilah Ibu… Ada kerja sikit lagi nak buat.. Ibu, Abah balik bila?”

“Abah kamu balik esok petang. Jangan tidur lewat sangat sayang. Esok ada kelas. Kenapa tanya pasal ayah ni Lisa?”

“Rindu dengan Abah.. Ingat nak call Abah petang tadi. Terlupa pula.. Ibu, Lisa nak bagitau ni, weekend ni Lisa sampling kat Gua Musang. Boleh tidak? Ada seorang pensyarah dengan 6 orang student.

“Pergi berapa lama tu Lisa?” Puan Anisah sudah memalingkan badan ke arah Erlisa.

“2 hari je Ibu… Esok Lisa bagi Ibu surat makluman ye.” Erlisa memaut tangan ibunya.

“Kalau Lisa nak pergi,,, kena tolong Ibu dulu. Boleh?”

Erlisa mengerutkan dahinya. Kepalanya diangkat seraya memandang penuh wajah insan yang disayanginya itu.

“Ibu dah pandai nak deal deal sekarang kan.. Mesti Abang Emir yang ajar Ibu kan…”

“Tak ada laaa sayang… Ibu nak minta teman Lisa pergi kenduri doa selamat Jumaat ni je. Rumah Puan Syarifah dekat Bangi tu… Abah tak dapat nak ikut masa tu…”

“Puan Syarifah tu bukan mak Haikal yang kawan sekelas Lisa tu ke?” Erlisa menanyakan soalan yang dia sudah tahu jawapannya. Dia melelan air liurnya.

“Ahhh iyalah…. Ibu kan memang nak jodohkan Lisa dengan Haikal tu..” Puan Anisah menyakat anak daranya itu.

“Ibu ni……. Macam tu pulak…. Tak nak laa teman…”

“Ibu gurau je laa… Ibu kan memang berkawan dengan mak Haikal tu… Alaaa… Kalau ada jodoh tak ke mana kan sayang?”

“Nak tidak teman Ibu ni?” Pertanyaan yang tidak terjawab itu dilontar semula.

“Iyalaa… Nanti Lisa teman Ibu…. Tapi Ibu janji, jangan nak sakat Lisa kat sana tau….”

Puan Anisah tergelak dengan kerisauan anaknya itu bila berbicara mengenai Haikal. Memang dirinya berkenan dengan Haikal. Puan Syarifah juga berminat dengan Erlisa. Tetapi sebagai Ibu, anaknya berhak memilih suri hidupnya sendiri.

“Iyalahh… Teman ibu ye sayang?” Sempat lagi Puan Anisah mencuit pipi anak manjanya itu.

Erlisa memeluk ibunya. Ciumannya mendarat di pipi kanan ibunya. Pelukan ibunya masih lagi hangat, sama seperti kali pertama dia dilahirkan di muka bumi ini.

Erlisa bergegas ke biliknya apabila mendengar telefonnya berdering. Baru sahaja dia ingin mencapai telefon bimbitnya, nada deringan telefon bimbitnya terhenti.

            “Aduh… Tak sempat pulak.” Omel Erlisa.

Senyumannya terukir tatkala telefon bimbitnya berdering sekali lagi. Lebih-lebih lagi panggilan tersebut dari buah hatinya. Ikon berwarna hijau disentuh dan ditarik ke kanan.

Belum sempat Erlisa memberi salam. Sudah kedengaran di hujung talian Elhan menyanyi lagu Rindukanlah. Erlisa tergelak manja.

“Assalamualaikum, Encik Muhammad Elhan…” Erlisa menekan suaranya untuk menarik perhatian kekasihnya itu.

“Daku ini cinta sejatimu.. Daku ini harapan hatimu. Dan janganlah engkau bersedih…..” Elhan masih lagi menyanyi.

Elhan……” panggil Erlisa.

“Eh, sorry.. sorry… permaisuri hati yang selalu merindui raja hatinya…” madah Elhan.

“Euwww.. Pelisss laa Hann… Kenapa call ni? Ada 24 jam, jam terakhir juga nak call... Busy apa laaa 23 jam lagi tuu…. Orang ada bini pun tak macam tu….”

“Sorry laa… Han… Busy buat keja… Jam 8 tadi baru balik dari U.. Weekend ni ada hal, so kene laaa setelkan keja minggu ni….”

“Bukan Lisa je rindu, Han pun rindu juga la.” Pujuk Elhan. Manja sungguh suaranya….

“Ye laa rindu… Han nak pegi mana weekend ni pulak? Lisa pun takde juga weekend ni..”

“Aik? Pegi mana?” Elhan pura-pura terkejut. Walhal dia sudah tahu ke mana destinasi Erlisa hujung minggu ini.

“Tak nak laaa bagitahu…. Han pun bukan nak bagitahu…”

“Han ada projek master nak buatlah… Area KL je.. Sayang tu nak gi mana pulak?”

“Nak tinggalkan Han laa tu..”

“Han ni suka doa bukan-bukan tau… Lisa sampling kat Hutan Bukit Bakar. Kelantan tuu…. Dengan Prof. Azhar.”

Elhan tersenyum mendengar penjelasan Erlisa. Dia terimbau kembali pelawaan Prof. Azhar untuk membantunya sampling di Hutan Bukit Bakar. Lebih menggembirakan hatinya apabila pensyarahnya itu memaklumkan Erlisa juga akan menyertai ekspedisi tersebut.

Elhan menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan Erlisa. Dia ingin melihat reaksi kekasihnya itu apabila melihat dirinya terjojol di hadapan mata semasa ekspedisi.

“Jauhnyaaa… Memang kena pergi ke? Tak payahlaa. Hmmmm.”

“Alaaa…. Kenapa pula tak payah? Bukan selalu dapat sampling jauh-jauh.. Lagipun Lisa dah bagi nama dah.”

“Hurmmm… Han macamana?” Tanya Elhan selamba.

“Kenapa dengan Han?” Erlisa mengerutkan dahinya.

“Sampai hati tinggalkan Han macam ni… Selalunya Han memang dah booking hujung minggu Lisa kan.”

“Han… Lisa kan ada keja…. Bukan sengaja pun.”

“Yela yela…”

“Han okey tidak ni?”

“Kalau tak okey pun, bukan Lisa boleh ubah fikiran pun.”

Erlisa yang terbaring di atas katil tadi sudah duduk di birai katil. Nafasnya dihembus lembut. Dia tahu Elhan memahami keadaannya. Dia juga turut merasai rindu apabila berjauhan dari kekasihnya itu.

            “Han…. Nanti kita jumpa Lisa belanja Han Ribena. Nak?”

            “Tu Han pun boleh beli sendiri laa… Han nak benda lain”..

“Han ni mula laa minta bukan bukan.. Benda lain apa pulak Han nak ni? Erlisa teragak-agak menyoal.

Elhan tergelak mendengar nada suara Erlisa yang bergetar dan berbaur risau itu. Dia meneguk air ribenanya yang dibancuh sebelum menelefon Erlisa. Di hujung talian kedengaran Erlisa mengomel dan tertanya-tanya akan permintaan pelik Elhan itu. Elhan membiarkan kekasihnya itu tertanya-tanya.

            “Erlisa, kalau Han hantar rombongan merisik boleh?”

            “Merisik?” Terloncat Erlisa mendengar permintaan Elhan.

“Han ni melawak aje kan?” Erlisa menduga permintaan Elhan.

“Serius laaa sayang.. Dari kita rindu-rindu macam ni… Baik sahkan je hubungan kita.”

“Eleh Han ni…. Datang rumah Lisa pun ketar-ketar lutut… Inikan pula nak hantar rombongan merisik.”

“Lisa ni tak pecaya Han pula… Sekarang juga Han tunggu depan pagar rumah Lisa.” Bersungguh-sungguh Elhan ingin membuktikan permintaannya tadi.

Erlisa terkedu. Dia merebahkan tubuhnya ke atas katil. Badannya terapung sesaat apabila menyentuh tilamnya yang empuk itu sebelum mendarat semula. Dia tersenyum. Bukan dia tidak mempercayai kata-kata Elhan. Dia tidak pernah meragui ketulusan Elhan terhadap dirinya.

Tetapi, Elhan dan dirinya perlu akur akan realiti yang terpasak di setiap liku kehidupan mereka. Bagaimana penerimaan keluarga mereka?

“Han ni…. Kita masih muda kan… Bagilah Lisa habis belajar dulu.”

“Haaa… Han jangan pula mengada-ngada nak tunggu depan rumah. Abang Emir tak tidur lagi tu.” Amaran Erlisa untuk Elhan.

“Kalau ada abang Lisa makin mudahlah tugas Han nak melamar Lisa. Han nak buktikan Han ni bersungguh-sungguh..” Kedengaran serius pernyataan Elhan tetapi tergelak-gelak dia menghabiskan ayatnya itu.

Erlisa tahu Elhan hanya bergurau datang ke rumahnya malam buta begini. Kalau dia datang sekali pun, mana mungkin dia akan berjumpa dengan Elhan. Tinggal di perumahan yang majoritinya orang Melayu. Banyak hati perlu dijaga. Banyak mata hendak dihijab agar mulut tidak membibitkan cerita yang kurang enak untuk didengari.

“Han jangan nak mengada.. Terima kasih call Lisa… Lisa dah nak tidur ni.. Mengantuk dah..”

“Berenang di tasik berapi pun Han sanggup buat untuk Lisa tau… Terima kasih juga sudi sambut dan layan Han yang nakal ni..”

“Sedar pun dia tu nakal.”

“Nakal nakal pun ada yang sayang tau”

Mereka tergelak bersama-sama. Mana mungkin Erlisa mampu menyangkal kenyataan itu. Memang Elhan sudah penuh di dalam hatinya. Semoga sayang ini kekal sehingga bukti cinta ini dipatri.

            “Assalamualaikum Han..”

            “Wa’alaikumsalam… Mmmuaah.. I love you”

Erlisa tersenyum mendengar kucupan Elhan yang sengaja dibunyikan dengan kuat itu. Begitulah pengakhiran setiap panggilan telefon yang menghubungkan mereka. Seperti biasa, Erlisa tidak pernah membalas ucapan keramat 3 perkataan yang diucapkan Elhan secara terus.

Elhan pula tidak mengambil kisah akan perkara itu kerana dia yakin dirinya sudah tepu di dalam hati Erlisa.

            “I love you, too Han..” Erlisa bermonolog sebelum bingkas bangun ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum beradu.

Usai membersihkan diri, Erlisa baring dan memeriksa telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa berlengah Erlisa membaca pesanan ringkas yang baru sahaja diterimanya.

“Good night, sweetheart.. Don’t let the bed bugs bite you.. ELHAN”

Senyuman mekar terlukis dibibirnya. Semekar bunga di tangkai hatinya.. Erlisa bertambah bahagia melihat nama seseorang yang telah lama berjaya menakluk hatinya di penghujung pesanan tersebut. Semoga mimpi yang indah. Cinta!

*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***

Hatinya berlagu riang. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman manis yang mampu menggetarkan naluri wanita. Dia memiliki segala yang didambakan manusia di muka bumi ini kecuali cinta. Bukan tiada yang menginginkan jejaka tampan ini. Bukan!

Dia boleh sahaja membenarkan dirinya dicintai wanita lain, tetapi untuk dirinya membalas cinta itu, tanda soal yang besar menghempap dirinya. Dia tidak boleh menghalang orang lain menyimpan perasaan terhadap dirinya tetapi malangnya hatinya sudah tidak berongga untuk mengisi cinta wanita lain.

Erlisa. Satu-satunya wanita yang berjaya memenuhi segenap hatinya. Dek kerana kekebalan cintanya terhadap wanita itu, dia masih bertahan untuk menagih cinta. Meskipun sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. Hardie Haikal tidak akan menyerah dengan cinta ini.

Haikal melabuhkan punggungnya di atas sofa dalam biliknya. Dia manyandarkan kepalanya dan memandang siling biliknya. Kepalanya ligat memikirkan berita gembira yang dimaklumkan ibunya. Matanya dipejam. Angin malam yang menyapa mesra menambah elemen ketenangan. Membuakkan keterujaannya.

“Ibu dah jemput Aunty Anisah untuk kenduri esok?” soal Haikal.

“Dah jemput dah.. Ibu dah telefon semalam. Tadi baru je dia maklumkan akan datang… Aik Haikal ni.. Ramai-ramai tetamu, Puan Anisah juga Haikal tanya. Kenapa ni?”

Persoalan ini bernada serius meskipun bertujuan untuk menyakat. Haikal sudah tersenyum kambing di hadapan ibunya. Haikal buntu. Tidak tahu bagaimana menjawab persoalan maut ibunya. Dia mengambil langkah selamat dengan beredar secepat mungkin. Mukanya sudah merah padam menahan malu. Baru beberapa langkah diatur, namanya dipanggil.

            “Haikal.” Ibunya memanggil.

“Ya, Ibu.” Teragak-agak Haikal memalingkan tubuhnya. Suaranya jelas bergetar. Tangan kirinya memegang dadanya. Mencuba mengawal riak mukanya.

“Aunty Anisah, InsyaAllah datang esok… Cuma Uncle Ammar tak dapat datang. Erlisa akan teman Aunty Anisah.” Tersenyum ibu Haikal menghabiskan ayatnya. Nama Erlisa sengaja ditekannya.

“Siapa teman Aunty Anisah, ibu?” Haikal seakan tidak percaya. Nama Erlisa benar-benar menggugupkan dirinya.

“Haikal ni…. Kekasih Haikal tu laaa.. Erlisa..”

Haikal tersenyum lebar. Igauannya terhenti apabila terdengar bunyi mobil yang baru sahaja masuk ke dalam perkarangan rumahnya.

“Abang Raikal laa tu..” Getus hatinya.

Keterujaannya masih terarah kepada Erlisa. Satu-satunya wanita yang berjaya meragut hatinya. Berbekalkan perasaan yang girang, Haikal melompat ke atas katil. Meniarap.

Sempat lagi dia membilang waktu yang berbaki untuk bertemu Erlisa. Bukan dia tidak berkesempatan melihat kelibat Erlisa di kelas. Dia selalu sahaja memerhatikan Erlisa di dalam kelas. Tetapi untuk bertemu secara rapat, jarang sekali.

Erlisa. Nama terakhir disebut Haikal sebelum memejamkan mata.




1 comment:

  1. Fuhhh, tak sabar nak tengok konflik macam mana yg melanda kisah cinta Erlisa....
    Cepat update... tak sabar ni... hihihi..^^

    ReplyDelete