BAB 8
Puan
Anisah menyiram pokok bunga kertasnya di halaman rumah. Selepas ini dia
merancang untuk menggubah pokok bonzainya yang sudah tidak mempunyai bentuk….
Bulat bukan, bujur pun bukan. Dia leka mengerjakan rutin mingguannya sambil
berselawat zikrullah.
Selepas beberapa ketika, sebuah
kereta proton Inspira berwarna kelabu memarkirkan kereta di depan pagar utama.
Puan Anisah memanjangkan pandangannya untuk melihat kelibat pemilik Inspira
itu. Bunyi pintu kereta ditutup lebih dari sekali mengisi ruang.
“Assalamualaikum, aunty…” Kedengaran suara yang dikenalinya memberi salam. Sehingga
tiga salam diajukan kepadanya. Dia menjawab satu persatu sambil menyapa mesra
tiga pemilik tubuh rakan sekelas anaknya.
“Haaa… Kamu ni nak ambil Lisa ke?” Silih berganti
wajah orang muda itu dipandangnya. Sampai sahaja giliran wajah Haikal, dia
tersenyum.
“Asal ada Lisa, mesti ada Haikal… Musykil pulak…”
gurau Puan Anisah yang disambut gelak tawa Irham dan Najjwa.
Selepas
kejadian semalam, Hardie Haikal tidak tahu sama ada dia perlu turut menyusun
tawa atau memujuk hatinya yang lara. Dia juga tidak tahu sama ada gurauan itu
seadanya gurauan atau sindiran yang
sengaja menoreh hatinya. Dia hilang semua rasanya. Dia menelan air liur.
“Aii… Aunty
ni ke situ pulak… Kawan je laa Aunty..”
sopan Haikal mengatur bicara.
“Mula-mula memanglah kawan… Lama-lama?
Eh, mana pula Lisa ni… Wawa, kamu masuk dalam nak, panggil Lisa… Dia kat
bilik tu… Nanti lambat pula kamu.” Najjwa mengangguk tanda setuju.
Najjwa masuk ke dalam rumah meninggalkan Irham dan
Haikal bersembang bersama ibu Erlisa. Najjwa sudah tahu selok belok rumah
Erlisa. Ini bukan kali pertama dia menginjakkan kaki ke kediaman ini.
Langkahnya pegun berdiri di hadapan pintu bilik
Erlisa. Erlisa kaku membuang pandangannya ke tingkap. Apalah yang dia angankan
di pagi buta ini, soal Najjwa di hati kecilnya.
“Amboi, tuan puteri….. Kita tunggu dia kat bawah,
dia boleh pulak mengelamun kat atas…” Najjwa mencuit bahu sahabatnya yang sudah
menoleh itu.
“Mengelamun apa cik Kiah ooii… Manalah tuan puteri
tahu cik Kiah dengan dua bodyguard dah
ada kat bawah,” bangkit lantas menjinjing begnya..
“Kau mengelamun apa tadi eh? Semalam macam mana?”
Najjwa senyum dan melanggar bahu Erlisa dengan bahunya.
“Semalam apanya… Kau ni mengarutlah… Aku kahwinkan
kau dengan Haikal nanti.. Baru tahu senyap sikit kau kan.” Geram pulak dia
dibuatnya. Erlisa tidak sedap hati berbicara mengenai peristiwa semalam.
Lebih-lebih lagi soal perasaan Haikal terhadapnya.
“Aku tak cakap pun Haikal….. Haaaa…. Kenapa
tiba-tiba sebut nama dia pulak… Cepatlahh story
apa jadi semalam.” Najjwa sudah
menggoncang lemah tubuh Erlisa. Parabola
betullah dia ni…
“Eh… Wa, ada terima mesej Ila tak? Dia dah sampai
semalam… Isnin petang dia balik kampus.” Erlisa menukar topik perbualannya.
Najjwa pamer muka tidak puas hati.
“Kau ni bab-bab tukar topik memang hebatkan.. Hebat
kau Erlisa!” geram Najjwa dengan Erlisa. Ditepuk-tepuk bahu sahabatnya itu.
“Bukan je mesej. Aku siap call dia lagi tau.. Dah kau semalam sibuk merenyam..” Dia gelak dan
mendahului Erlisa.
“Banyak laa renyam kau sana… Nanti aku call laa Ila… Tolonglah aku, Wawa.”
Erlisa menjinjing beg pakaiannya keluar dari bilik. Dari jauh kedengaran suara
Najjwa menolak. Bertuah punya kawan!
Sampai
sahaja di bawah, Erlisa pelik melihat Najjwa meninjau jauh dari pintu rumah.
Entah apalah yang diintipnya..
“Eh, Kiah… Apa yang kau intip tu haaa,” menepuk bahu
Najjwa yang tersengguk-sengguk macam kepala kura-kura.
“Kau ni kalau tak bagi aku terkejut memang tak sah
kan?” Najjwa menggosok-gosok dadanya. Terlompat dia terkejut.
“Apa yang kau tengok tu?” Memandang ke arah ibunya
yang rancak bercerita.Ibu aku ke.. Irham ke… Atau… Haaa…. Intip Haikal….”
Erlisa melibas jari telunjuknya berulang kali di hadapan Najjwa. Senyumannya,
usah ditanya. Mengeji!
“Bukanlah… Kau ni boleh tahan joyah juga kan… Muka
je cantik..” Menepuk pipi Erlisa.
“Aku tengok mesra je ibu kau dengan Haikal… Kalau
Haikal meminang, mesti ibu kau terima aje kan…” terangguk-angguk dia
membayangkan.
“Ibu mungkin terima…. Aku? Memang tak laa, Kiahh
ooii… Elhan tu buat apa Wa.. Kau ni merepek je laa… Cepatlah.. Dah lambat ni…”
Erlisa keluar dari rumah. Haikal terus meluru ke arahnya untuk membantu. Semua
mata tertumpu ke arah mereka. Seganlah pula. Tak mengapa Erlisa, control ayu sikit.
Najjwa yang tertinggal di belakang masih berangan.
“Kalau kau pilih Elhan, aku ambil Haikal…
Kalau kau tak nak Elhan, aku…. eh tak nak laa…”
Najjwa menggeliat mendapatkan rakan-rakannya yang melaung namanya.
Selepas bersalaman, Puan Anisah meminta Haikal untuk
memandu dengan selamat dan berhati-hati. Sempat lagi dia membekalkan sandwich
telur sebagai bekalan mereka.
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Suasana
di dalam kereta sepi. Tidak ada seorang pun yang memulakan bicara. Kesannya,
mereka seolah-olah menaiki kereta bersama orang bisu.
Hardie Haikal menfokuskan pemanduannya. Irham sudah terbuai
bermain Candy Crush. Najjwa menjadi
pemerhati sahaja, mengelipkan matanya sambil kalih ke depan dan kirinya. Erlisa
pula membaca novel cinta yang dibeli bersama Elhan minggu lepas.
Telefon bimbit Erlisa berdering lagu
“All of Me” dari John Legend yang
menjadi lagu kegemarannya bersama Elhan. Tanpa berlengah, Erlisa menyambut
panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, Nita…. Dah sampai mana tu?” Anita,
rakan sekelas mereka yang pergi ke ekspedisi bersama Prof. Azhar dan seorang
pelajar master. Entah siapa
gerangannya.
“Tak tahulah kat mana ni Lisa… Korang?” Erlisa
melihat papan tanda di luar.
“Tak pastilah Nita. Karak kot.. Kau okey tak kat sana?” Soal Erlisa yang
memang seorang yang prihatin.
“Bukan setakat okey…..
Terlebih okey tau… Abang master ni handsome,” Anita membisikkan ayat terakhirnya. Tidak mahu didengari
orang lain.
“Haaa.. Kau ni mula lah… Semua kau nampak handsome kan,” Erlisa mengerling ke arah
Najjwa.
“Betul Lisa…. Kali ni yang betul-betul punya…. Swear…” Bersemangat Anita memaklumkan
Erlisa…
“Sapa nama mamat tu Nita? Familiar ke?” Erlisa tiba-tiba pula berminat nak ambil tahu….
“Familiar tak
familiar, biarlah rahsia sayanggg…”
Kedengaran nada mengeluh di seberang talian…
“Haaa… Mana-mana kau je laaa Nitaa…. Eh, nanti kalau
dah sampai bagitahu tau…. Take care..”
“Alright,
babe… You too.. Send my regards to them yaa..” Kedua mereka mematikan
panggilan.
“Anita kirim salam kat korang…” Erlisa menyampaikan
pesan sebelum meletakkan telefonnya ke dalam beg.
Najjwa
melirik pandangan matanya melihat Erlisa. Terkebil-kebil penuh makna. Erlisa menepuk manja pipi
Najjwa.
“Kau kenapa Najjwa, nak buang air ke?” Tersenyum
Erlisa melihat Najjwa.
“Tadi, aku dengar kau cakap dengan Anita pasal handsome, siapa yang handsome? Najjwa mula merapatkan diri.
“Memang sah kau ni Cik Kiah… Mendengar aje…. “
Erlisa menolak Najjwa supaya menjarakkan diri.
“Kiah laa sangat… Dah kau cakap sampai nak pecah cermin,
kenapa kau tak Kiahkan sekali,” memukul peha Erlisa bertubi-tubi. Mereka sudah
ketawa. Haikal dan Irham pula menggeleng kepala. Gaya, macam budak-budak!
“Storylah babe…. Siapa yang handsome? Abang master tu
ke?” jelas kegigihan Najjwa nak mengambil tahu.
“Kau ni tak boleh nak dengar perkataan handsome tu kan… Haaa… Kalau nak sangat,
kau pilihlah yang duduk depan ni… Diorang ni handsome juga ni,” Erlisa menepuk kerusi di hadapannya.
“Diorang handsome
sangat, takut terkurung dalam bilik aje nanti lepas kahwin,” ucapnya yakin.
Suasana senyap seketika sebelum ledakan tawa di dalam kereta. Meskipun berkias,
mereka faham maksud yang ingin disampaikan Najjwa.
Najjwa
tidak menyangka dia akan berkata sebegitu. Dia sudah melekapkan muka di bahu
Erlisa. Menahan malu. Tawa mereka masih bersisa.
“Amboi… Siap kurung tu… Rantai tak
nak?” perli Irham.
“Ishhh… Orang malulah……” tutur Najjwa yang menambah
letusan tawa rakan-rakannya.
“Tu laaaa… Lain kali cakap tak payah tapis, lepas
aje,” memeluk erat Najjwa yang masih menahan malu.
“Tak sengaja laa.. Mana laa Wawa tahu korang faham,”
suaranya tidak jelas kedengaran. Mungkin kerana wajahnya penuh tertampan di
dada Erlisa.
“Tak sengaja apa Wawa? Macam laa aku tak tahu cerita
kau dengan….” Ayatnya terhenti tatkala Najjwa sudah menyerang dari belakang.
“Tahu apa haa!! Suka hati je kau eh buat cerita… Aku
tak pernah cerita apa-apa dengan kau pun…” Nadanya yang tadi malu kini keras.
“Sampai hati kau tak cerita dengan aku kan Wawa.. Ye
la, siapalah aku ni….” Erlisa sengaja merajukkan suaranya untuk memancing
Najjwa.
“Tak ada apa-apa laa.. Kau percayalah cakap Hardie
tu… Geram pula aku…” Najjwa memukul kerusi Haikal sambil menghempaskan badannya
ke belakang.
“Aik, Am…. Kenapa senyap.. Sampai merah-merah muka…
Terasa ke?” Giliran Irham pula diserang dan menjadi mangsa cerita cinta arahan
Haikal.
“Wait… wait…. Haikal,
are you trying to say Irham and…..”
Mata Erlisa memandang Najjwa dengan riak curiga..
“Irham dengan Najjwa?” Erlisa dan Haikal gelak
berirama bersama. Irham dan Najjwa pula menunjukkan muka geram dan tidak puas
hati.
“Korang dua tak payahlah nak merepek sangat ye…
Silap-silap korang yang aku kahwinkan nanti.” Irham mempertahankan diri
diselangi sokongan Najjwa dari belakang.
“Entah diorang dua ni…. Nak tutup misteri hubungan
diorang, sampai kenakan aku pulak… Lapuk laa cara macam tu…” Puas hati Najjwa
berjaya menambah perisa sedulang paku serpih.
“Kami misteri ke… You all yang misteri… Tiada angin, apa lagi rebut.. Tup.. Tup…
Membina mahligai cinta bersama..” Erlisa memainkan wataknya seolah-olah dalam
teater untuk menyakat dua sahabatnya itu.
“Aku bukan apa, aku nie gembira sangat tengok member
aku bahagia. Kalau tak nak mengaku tak apa, tak paksa pun. Aku tetap doakan
jodoh korang dua berkekalan..” Kata-kata Haikal bersama pakej karakter poyo itu
benar-benar meresahkan Najjwa dan Irham yang buntu tidak terkata.
“Amin……” Sengaja Erlisa memanjangkan nada suaranya
sambil mengerling Najjwa yang seperti cacing kepanasan.
Malas hendak memanjangkan cerita liar, Irham dan
Najjwa mengambil keputusan untuk menutup mulut. Kalau dilayan, semakin
menjadi-jadi pakar love matchmaker ini.
***
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Selepas
mengharungi perjalanan selama 4 jam, mereka berkumpul di R&R Kuantan
bersama Prof. Azhar untuk solat dan makan tengahari.
Erlisa meletakkan mangkuknya yang
berisi mee kari di atas meja sebelum menghenyakkan punggung di atas kerusi. Dia
yang baru siap membeli makanan tidak sukar untuk mengikuti perbualan Anita dan
Najjwa mengenai abang master yang
kononnya tampan itu.
“Ehmmm.. Tak Nampak pulak mana boyfriend you yang hensem sangat tu..
Dia mana?” Erlisa memandang sekeliling. Tiada kelibat lelaki lain di meja
Haikal selain Irham dan Prof. Azhar.
“Tadi dia kata pergi toilet… Lama sangat dah ni dia ke toilet. Maybe tengah beli makanan kot,”
Anita menyuakan sudunya ke dalam mulut. Erlisa hanya mengangguk faham.
“Cik puteri, tak beli air ke. Nanti makan tersedak pulak, tuan putera tak ada
kat sini nak gosok belakang?” Soal
Najjwa kepada Erlisa yang perasan
Erlisa tidak membeli air.
“Ya, Allah… Ya laa… Lupa pulak nak
beli air… Aku pergi beli dululah..” Beg duitnya dicapai lalu menyusun langkah
ke kedai menjual minuman. Seiring dengan langkahnya, kepalanya juga ligat
memikirkan pilihan minuman untuk membasahkan tekaknya.
Dia
berdiri lama di depan peti minuman. Dia ternampak minuman kegemaran Elhan di
barisan paling bawah. Tangannya memegang pintu peti ais. Dia berfikir semula.
Kalau minum air soya pun sedap juga. Ribena ke air soya? Erlisa berbisik dalam
hati.
“Ambil je la Ribena… Kaya dengan
vitamin C,” suara lelaki dari arah belakang memberikan cadangan kepadanya.
Erlisa tersentak. Dia sangat
mengenali pelantun suara itu. Dia memalingkan wajahnya. Tiba-tiba degupan
jantungnya berdetak pantas tidak sekata. Mulutnya terketar-ketar kerana tidak
percaya.
Kenapa dia ada di sini?
Adakah
aku bermimpi?
No comments:
Post a Comment