BAB 4
Keheningan
pagi mesra diiringi kedinginan yang membalut tubuh sehingga ke tulang. Sekujur
tubuh terhampar di atas nakhoda mimpi yang beralaskan satin emas. Tubuh ramping
itu diselubung dengan selimut tebal untuk mengikis kesejukan yang kian menebal.
Pelayaran
mimpi yang mengasyikkan tiba-tiba terhenti apabila jam loceng putih yang
diletakkan di atas meja lampu berdering nyaring. Getaran dering yang memenuhi ruangan kamar berona
merah jambu itu membawa Erlisa ke alam realiti.
Dengan
kepayahan membuka mata yang masih berat, anak mata yang berwarna coklat hazel
itu dihalakan ke arah jam loceng yang masih kemas dalam capaiannya. Detikan
waktu sudah menjangkaui 6.07 minit pagi. Dia bingkas mengangkat tubuhnya.
Erlisa
megelus lembut rambutnya saat kakinya menapak di atas lantai. Langkahnya yang
lemah dan longlai itu menuju ke bilik air yang terletak di sudut sebelah pintu
biliknya. Meskipun dalam kepayahan melawan matanya yang masih degil untuk
memancarkan mimpi, Erlisa meneruskan niatnya untuk mengambil wuduk.
Usai
mensucikan diri, sejadah di hamparkan menghadap arah Ka’abah yang menjadi lambang
penyatuan umat Islam. Erlisa terbuai menghayati saat-saat pengabdian dirinya
kepada Maha Pencipta. Tinta doa yang hadir dari hati yang tulus diucap dengan
nada syahdu dan merendah diri.
Selepas
melipat telekung, Erlisa menghenyakkan punggungnya di atas katil seraya
mencapai telefon bimbit. Notifikasi pesanan “whassup”
bernyala merah. Menunjukkan ada pesanan yang belum di baca. Dahinya yang mulus
itu berkerut seiring dengan pertanyaan yang menerjah kotak fikirannya. Pesanan
daripada siapa yang diterimanya di awal pagi ini.
Reaksi
spontan Erlisa selepas membaca pesanan tersebut seolah-olah menerima khabar
bencana alam yang bakal menyusul. Dia berlari keluar bilik dengan perasaan yang
tidak percaya. Belum sempat dia menuruni tangga, Erlisa kembali ke dalam
biliknya seraya menyingkap tabir biliknya. Pandangan matanya melilau mencari si
penghantar pesanan itu tadi.
Mencerlung
matanya yang cantik itu tatkala terpandang kereta Persona hitam yang berada
betul-betul di luar rumahnya. Erlisa seperti lemas dalam realiti. Rasa bersalah
menyerbu kalbunya. Dia yang mencabar Elhan semalam untuk datang ke rumahnya.
Perasaan bersalah dan persoalan kenapa dan berapa lama Elhan sudah tersadai di
luar rumahnya silih berganti menyusur kotak fikirannya.
Erlisa
pantas membuka almarinya dan melilau mencari selimut mini. Kemudian Erlisa
berlari menuruni tangga dan mencapai kunci rumah yang diletakkan dalam bekas
hijau di atas rak kasut di hadapan pintu rumahnya.
“Ya, Allah… Han, kenapa sampai macam ni…” Monolognya
sambil membuka pintu. Kedengaran lirih suaranya…
Erlisa
bergegas membuka pintu pagar. Elhan yang kelihatan dari pagar rumahnya tengah
memeluk tubuh. Kesejukan. Semakin sayu buaian lagu hatinya.
Erlisa
mengetuk cermin kereta kesayangan Elhan. Masih tiada respon. Elhan lena diulit
mimpi. Erlisa sudah menyeka air matanya. Terharu melihat kesanggupan Elhan
membuktikan kata-katanya.
“Han, bangunlah…” Rayu Erlisa sambil mengetuk cermin
kereta Elhan bertubi-tubi.
Elhan
akhirnya terjaga…. Kepalanya yang tadi disandarkan ke kerusi kini diangkat
perlahan. Redupan matanya yang separa tertutup digosok. Perhatiannya dicuri
oleh ketukan di cermin keretanya.
Luruh
hatinya melihat Erlisa membongkokkan badannya untuk melihat dirinya. Elhan
tersenyum gembira. Dia menurunkan cermin keretanya.
“Good morning, sayang..” Elhan masih boleh tersenyum
meskipun semalaman tidur di dalam kereta.
“Lisa buat apa kat sini? Intip Han tidur yaa…”
“Han ni… Lisa yang patut tanya Han tau.. Kenapa buat
semua ni Han?” Soal Erlisa sambil menyelimutkan Elhan yang sudah pasti
kedinginan. Elhan tidak menolak.
“Han memang dah bagitahu semalam kan, Han akan
datang…”
“Han tak perlu nak buktikan apa-apa dengan Lisa…
Lisa percaya dengan Han…. Han tak perlu buat benda yang menyusahkan Han…” Sayu
suara Erlisa… Dia sudah tersandar di kereta Elhan…
“Lautan api pun Han sanggup hadapi tau demi Lisa”.
Madah tipikal Elhan.
“Kalau Han kena jilat api, jandalah Lisa ni..”
Erlisa tersenyum.
“Han… Baliklah rehat kat rumah…”
“Tak nak..” Ringkas jawapan Elhan. Menggeleng kepala
seperti anak-anak.
“Tengok tu, degil lagi…” Elisa mencubit pipi
kekasihnya itu.
“Han nak balik sekejap… Nak solat… Nanti Han datang
semula ye… Jom jogging dengan Han…”
“Please sayang……” Elhan merayu.
“Yela…. Han pergi solat dulu…. Lisa tunggu sini
yer…”
Erlisa
masuk ke dalam rumah apabila Persona hitam milik Elhan hilang dari
pandangannya. Dia masih tidak percaya dengan kesanggupan Elhan menunggu di luar
rumahnya semalaman. Hati Erlisa semakin yakin dengan Elhan…
*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***
Gelak
tawa mereka bertukar menjadi insiden kejar mengejar. Gurauan yang mencuit hati
kini bertukar kepada igauan mencubit hati.
Erlisa
mempercepat langkahnya. Sesekali dia berlari apabila melihat Elhan semakin
menghampiri. Hatinya mendongkol geram dengan Elhan yang sengaja meninggalkannya
tadi.
Elhan
yang berlari laju meninggalkan Erlisa semasa berjoging tadi menyentap kesabaran
Erlisa yang terlolong memanggil namanya untuk lari bersama-sama.
Isu
yang membakar pertahanan kesabaran Erlisa tatkala melihat Elhan berlari girang
dengan sekumpulan gadis yang boleh tahan galaknya melayan telatah Elhan. Sukar
untuk Erlisa menepis rasa cemburunya.
“Ohhh… Kita panggil macam mak lampir, dia boleh
pulak tinggalkan kat belakang.. Padanlah tak melayan, sibuk laa katakan dengan
perempuan lain..” Geram Erlisa berbicara sendiri.
“Lisa…. Tunggulah Han…” Elhan berlari-lari anak
mendapatkan Erlisa.
Erlisa
mempercepat langkahnya. Memulangkan paku serpih kepada Elhan yang
mengendahkannya tadi.
“Aduh dia nie…. Gurau sikit pun tak boleh..” Elhan
mengeluh.
“Sayang… Tunggulah…”
Elhan
berhenti mengejar Erlisa. Dia berjalan seperti biasa apabila melihat Erlisa
masuk ke dalam bilik air. Elhan melabuhkan tubuhnya di atas kerusi yang
membelakangkan bilik air.
“Harap-haraplah lelaki tak cukup satu tu dah tak
ada..” Erlisa berharap Elhan tidak menunggunya di luar. Menunggu.
Matanya melilau memerhati sekeliling kawasan taman itu. Tiada kelibat Elhan. Dia merasa lega.
Erlisa membetulkan bajunya.
“Dah puas merajuk?” Elhan muncul dari belakang.
Erlisa terkedu.
Erlisa
memalingkan tubuhnya. Pandangannya dihalakan ke wajah Elhan. Serius. Tidak
pernah dia melihat raut wajah Elhan yang tidak menampakkan lesung pipitnya.
“Dia marah ke?” Bisik Erlisa dalam hati. Dia teragak
agak merenung pandangan tajam Elhan yang sedari tadi memandangnya.
Erlisa
mendongak sedikit untuk memandang Elhan. Pandangan mata mereka bertaut. Erlisa
merasa getaran yang pernah dirasainya sewaktu mula-mula terjumpa Elhan. Entah
mengapa pandangan mata itu memberi nafas baharu kepada kepercayaan Erlisa yang
hilang sedetik tadi.
“Dah… Ikut sini…” Elhan menarik tangan Elhan. Erlisa
menurut sahaja.
Elhan
melangkah laju. Erlisa tertanya-tanya destinasi yang akan dituju. Dia memandang
sekeliling.
“Han….. Nak pergi mana ni?”
“Bagilah Lisa jalan sendiri.”
Elhan mendiamkan diri.
“Han…..” Lembut suara Erlisa memanggil Han.
Elhan
memalingkan tubuhnya. Wajah Erlisa di pandang sekilas. Redup pandangan jejaka
itu. Elhan melepaskan pegangannya.
“Lain kali, jangan buat macam tu lagi.” Erlisa
tercegat. Seolah-olah masa terhenti. Tidak pernah merasakan Elhan serius itu.
Diam sejuta bahasa.
“Kita dah sampai… Mari sini..” Elhan membawa Erlisa
ke sebuah gazebo yang menghadap tasik Putrajaya. Cantik.
Erlisa masih lagi membatu. Dia tidak tahu apa
perasaan yang dirasainya kini.
“Lisa tunggu sini kejap. Han nak ke kereta ambil
bekalan makanan tadi… Lisa jangan tinggal Han tau.” Lembut saranan Elhan.
Entah
mengapa hatinya sayup mendengar ayat terakhir Elhan. Matanya yang sudah mula
bergenang itu melihat Elhan yang semakin hilang dari pandangan. Fikirannya
menerobos masa lalu.
“Assalamualaikum…” Seorang jejaka meletakkan bukunya
di atas meja dan terus duduk tanpa meminta jemput dan apatah lagi meminta untuk
dijemput.
Erlisa
mendongakkan kepalanya. Tersentak seketika melihat wajah jejaka yang duduk di
hadapannya. Bila menyedari dia terlalu lama merenung, dia menundukkan
pandangan. Lamunannya diragut tiba-tiba.
“Dah lama di sini? Jom teman saya makan…” Pelawa
jejaka yang tidak pernah dikenalinya. Entah mengapa degupan jantungnya semakin
laju. Erlisa menggeleng separa tunduk.
“Minum?” Erlisa menggeleng buat kali kedua. Hairannya,
Erlisa tidak pula berganjak dari tempat itu.
Beberapa
minit selepas itu, jejaka itu datang dengan dua gelas minuman. Dia berpatah
semula ke kafe. Mungkin mengambil makanan.
“Mungkin mak awak tak bagi terima minuman dari orang
yang awak tak kenal. So, nama saya
Muhammad Elhan…. “
Elhan
mengeyitkan mata kirinya saat Erlisa menatap wajahnya.
“Awak ni kenapa tiba-tiba serang saya ni?” Erlisa
semakin berani bertentangan mata dengan jejaka yang baru dikenalinya itu.
“Saya tak serang… Tak juga kacau awak.. Saya Cuma
datang nak tumpang duduk….” Elhan menjawab selepas meneguk air Ribenanya.
Erlisa
mengerling ke sekeliling. Semua meja penuh. Padanlah mamat ni tumpang semeja.
Omel Erlisa.
“Awak ada teman lelaki?” Elhan selamba bertanya dan
menyuap nasi lemak yang dibelinya.
“Apa awak tanya tadi?” Erlisa terkedu dengan karakter
Elhan yang terlalu selamba berbicara soal hati. Tidak pernah dibuat orang.
Elhan mengunyah habis makanannya sebelum menjawab.
“Awak dah ada boyfriend
ke belum?” Sambil mengesat bibirnya yang merah delima dengan kertas tisu.
“Awak nie memang macam ni eh? Wowww! So impressive! I never seen before..” Erlisa
membesarkan matanya. Badannya diunjurkan ke hadapan.
“Macamana apa? Saya macam ni laaa… Single, makan pun minta ihsan orang nak
tumpang meja.”
Lakaran senyuman di bibirnya menyerlahkan sepasang lesung pipit
yang menambah manis di wajah tampannya.
Erlisa
terpana dengan senyuman manis Elhan. Bohonglah kalau hatinya tidak bergetar
dengan senyuman itu. Bohonglah kalau hatinya tidak terusik dengan sikap terbuka
dan berani Elhan mendekatinya,
“Minta maaf ye awak… Saya nak ke kelas…
Assalamualaikum.” Langkah Erlisa sedikit kekok.
“Awak…..” Panggilan Elhan. Erlisa tidak
mempedulikannya. Erlisa meneruskan langkahnya.
“Nur Erlisa Muhammad Ammar.” Serasa gugur jantungnya
apabila namanya disebut dengan nada tinggi, Semua mata terarah kepada adegan
mereka berdua. Erlisa memalingkan mukanya. Awkward!
“Buku awak ni, tertinggal… Kalau terpesona dengan
saya sekali pun, tengok-tengoklah barang awak.” Elhan tersenyum.
Belum
habis malunya dipandang orang ramai, kini malunya kian bertambah. Merah padam
mukanya yang putih mulus itu. Dia lekas berjalan menuju ke kelas. Namanya
sekali lagi dipanggil, tanpa nama ayahnya. Dia menoleh malas.
“Wa’alaikumsalam.” Elhan menjawab
salamnya.
Erlisa
menjadi semakin pelik apabila namanya dipanggil buat kali ketiga. Dia mengikut
kata hatinya untuk teruskan berjalan. Namanya dipanggil lagi. Sehingga dia
merasakan badannya digoyang lemah.
“Sayang….. Mengelamun apa ni?” Elhan tertancap di
hadapannya.
Erlisa
yang baru kembali ke realiti selepas jauh mengelamun itu tidak berminat
menjawab soalan Elhan. Dia melihat mee hon yang digorengnya itu tadi sudah
terhidang di hadapan mata. Botolnya yang diisi Ribena itu sudah berada di dalam
genggaman Elhan.
Erlisa
menggeleng. Hantu Ribena betul laa dia ni. Omel hatinya.
“Lisa, jomlah makan… Dah lapar ni…” Elhan merengek
seakan kanak-kanak kecil.
Erlisa
menghidangkan Elhan air tangannya. Selepas ini dia ingin bertanyakan mengenai
perubahan karakter Elhan yang serius itu tadi. Mereka menjamu selera di tepi
tasik putrajaya yang mulai disinari suria pagi. Bismillah.
sambungan please...^^
ReplyDeleteWhy Elhan became serious?