Monday, 11 August 2014

BAB 6: KALAU AKU PILIH DIA [KAPD]

BAB 6

Kesesakan terminal bas di Seremban tidak mematahkan semangatnya mencari kelibat ayah tirinya. Dengan menggalas beg sandang yang berisi komputer riba dan nota kuliah, dia bertolak dari kampus ke terminal ini. Kerisauannya dengan ibunya yang sedang sakit mematikan kepentingan lain dalam hidupnya.

Kamilla mengelap peluhnya yang membasahi dahi. Dia meletakkan beg sandangnya di kerusi tempat menunggu. Sesekali Kamilla menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mengimbas sesiapa yang lalu di hadapannya.

Setelah hampir 15 minit menanti, penantiannya melebur apabila menerima salam daripada seseorang yang cukup dikenalinya.

“Assalamualaikum, Ila…” Suara tua yang disayanginya membelai halwa telinganya.

“Wa’alaikumsalam…” Ila menoleh ke kanan. Dia mengukir senyuman. Ayah tirinya memakai pagoda putih yang lusuh bersama seluar hitam dipandang sayang.

“Eh… Abah….. Dah lama abah sampai? Ila minta maaf menyusahkan abah..” Menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Tak adalah… Bukan susah pun jemput Ila kat sini… Lagipun Abah risau kalau Ila naik teksi balik rumah… Ila tu perempuan.. Bahaya jalan sorang-sorang…” Ayah tirinya
ketawa, menyembunyikan keletihannya seharian mencari rezeki.

Kamilla bersyukur dengan kehadiran ayah tirinya yang sangat penyayang. Meskipun bukan ayah kandungnya, abah tetap menyayangi dia dan keluarganya seperti keluarga sendiri. Abah tidak pernah berkira soal wang ringgit dan payah jerihnya mencari rezeki.

Bergenang air matanya megenangkan pengorbanan ayah tirinya. Bayangkan kegigihan abahnya, siang menjadi buruh di tapak pembinaan, malam pula bekerja sebagai jagar sekolah. Tidak cukup dengan itu, hujung minggu pula berbasikal mencari tin dan barang terpakai untuk dijual. Semuanya untuk memenuhi keperluan keluarga.

Dengan usia yang menjangkaui separuh abad, abah sepatutnya berehat dan beribadat di rumah… Tetapi, tidak… Demi memastikan kelangsungan hidup keluarganya, kepayahan diharunginya jua. Kamilla mengagumi kekentalan jiwa ayah tirinya. Entah berapa kali dia mengucapkan terima kasih. Namun, ia tidak pernah setimpal dengan jasa abahnya…

“Abah…. Terima kasih …” Ila menahan sebak. Dia tidak mahu menangis di hadapan ayah tirinya. Dia tidak mahu menambah bebanan perasaan yang ditanggung lelaki tua itu.

“Kenapa nak terima kasih pulak… Dah memang tanggungjawab Abah kan… Jaga Ila, jaga keluarga kita. Kalau Abah tak buat, abah yang tanggung dosa tau... Sepatutnya Abah yang patut berterima kasih dengan Ila.” Sempat lagi abahnya menepuk lembut bahunya sebelum mereka beriringan ke motor tua abahnya.

“Bukan terima kasih untuk ini aje bah.. Untuk semuanya… Semua pengorbanan abah… Kalau abah tak  ada, Ila tak tahu, macam mana…….” Pecah jua tubir matanya.

Air mata berderaian melewati pipinya. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, tubuh emas ayah tirinya didakap kuat. Dipeluk sayang. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia menyanjungi ayah tirinya ini.

Abahnya membalas pelukan Ila. Dia menyayangi Ila seperti anak kandungnya sendiri. Dia ingin menebus kembali kesilapan perkahwinan pertamanya. Baginya, dia tidak ingin mengulangi masa lampaunya yang kelabu. Dia tidak mahu keluarganya merintih lagi.

Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah dia berusaha membanting tulang.

“Ila,,,, tiada apa yang abah boleh bagi Ila… Abah tiada harta nak bagi Ila…. Abah minta maaf sangat-sangat dengan Ila… Abah minta maaf sebab tak mampu nak berikan kemewahan kepada keluarga kita. Abah sebenarnya malu .. Tapi Ila jangan risau.. Abah janji….

Selagi tulang empat kerat abah masih kuat, selagi itu abah pastikan keluarga kita masih merasa nasi.” Abah Ila menyeka air matanya. Dia juga tidak mampu menahan sebaknya. Lirih sungguh suaranya… Menambah cakaran dihati Kamilla.

“Abah…. Abah tak payah nak rasa malu.. Abah sepatutnya berbangga… Ila tak tahu macamana nak balas budi abah selama ni…

Wang ringgit bukan segala-galanya abah… Kasih sayang abah, pengorbanan abah yang menjadi pengukur kebahagiaan kita. Walaupun kita hidup susah, kita bahagia abah. Bahagia….. Itu yang jauh lebih penting dan bermakna… Bahagia sebab kasih sayang abah yang tidak ternilai…”

Saat Ila dan adik-adik kehilangan kasih seorang ayah, abah hadir untuk tuaikan kasih abah… Semua tu rahmat tidak ternilai abah… Ila tak nak kemewahan, Ila nak abah…”
Rembesan air mata abahnya semakin deras bercucuran. Habis lencun lengan pagoda lusuhnya menyeka air matanya.

Cukuplah ada Abah…. Ila janji akan belajar bersungguh-sungguh..  Untuk abah…  Untuk keluarga kita… Ila nak abah hidup senang dengan titik peluh Ila sendiri… Itu janji Ila.. Terima kasih abah, terima kasih!”

Semakin kuat esakan Kamilla. Seerat pelukannya. Seerat kasihnya juga.. Dua beranak itu dibuai dendangan syahdu esakan dan deraian air mata mereka. Benarlah, kebahagiaan bukan dicipta dengan wang ringgit. Kamilla pulang ke rumah untuk menebus rindu buat keluarganya... Yang pasti sudah menanti…

*** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** *** ***

Rambutnya disanggul separa tinggi. Selendang  glitter berona emas dililit kemas dikepalanya. Sesekali dia mengerengkan badan ke kiri dan kanan untuk melihat penampilannya dari sudut tepi. Setelah berpuas hati dengan pesonanya, dia mengatur langkah ke katiln untuk mengambil tas tangan. Telefonnya yang diletakkan di atas katil berdering. Erlisa sudah tersenyum.

            “Assalamualaikum, Mr. Ribena…” Ceria suara Erlisa menyambut panggilan dari kekasihnya.

            “Wa’alaikumsalam.. Hurmm…” Elhan menjawab acuh tak acuh.

Erlisa yang sudah tahu mengapa Elhan bereaksi begitu tidak mahu memanjangkan hal. Dia layankan saja rentak Elhan…

Moody aje dia ni… Kenapa ni?” Mod memujuk serta merta dilayarkan.

“Ikut tak request Han semalam?” Soalan Erlisa ditampal dengan soalan. Rajuk bunyinya.. Elhan sudah duduk bersila di atas sofa.

“Ikut…… Giler tak ikut,,“ Sengaja dia meleretkan nada suaranya untuk memujuk Elhan yang tidak senang duduk mengetahui dirinya akan menghadiri majlis keramaian.

Elhan memberi syarat kepada Erlisa untuk berpakaian sopan dan longgar untuk hadir ke majlis kenduri keluarga Haikal. Sebab itulah Erlisa tidak memakai baju kurung moden biru yang mula-mula ingin dipakainya.

Good girl… Tambah sayang lahh macam ni…Snap gambar satu…” Berpuas hati dengan pengakuan Erlisa, Elhan sudah mesra seperti dirinya yang lazim.

Okey… No problem… Cuma nanti kat sana Lisa maybe sembang dengan classmate Lisa,  Haikal… Bolehkan?” Menjaga hati kekasihnya itu..

“Lisa kan dah besar.. Han percaya ngan Lisa.. We build our relay by trust. It should not be a problem kan? Tersenyum dan menyandarkan kepalanya di sofa..

“Wah… Sweetnya dia… Sebab tu laa Lisa sayang sangat dengan Han… Memahami…. Nak belanja laa kalau macam ni..”

“Yeahh…  Nak Ribena tiga….” Elhan beriak seperti anak kecil.

“Banyaknya nak tiga… Nak minum semua ker?”

“Alaaa… Nak tiga laa… Lisa punya satu, Han punya dua… Satu mana cukup….  Lisa tu selalu minta Ribena Han kan, kena lah bagi satu jugak..” Kedengaran tawa Erlisa di hujung talian. Elhan pula mengukir senyum bahagia….

“Han tu hari-hari nak Ribena…. Macam budak kecik aje,” menyakat Elhan yang wajib menghirup air ribenanya setiap hari.

“Dah dari kecik Han minum… Apa boleh buat… Orang tu pun asyik minta aje tiap kali Han minum,” giliran Elhan menyakat Erlisa pula.

“Sengaja nak kacau Han minum….” Hakikatnya Erlisa juga mula menggemari minuman yang diperkaya vitamin C itu. Semuanya selepas dia berkenalan dengan Elhan.

Gelak tawa mereka berterusan sehingga Puan Anisah muncul di muka pintu bilik Erlisa.. Elhan mengingatkan Erlisa beberapa perkara sebelum menamatkan panggilannya. Erlisa mengangguk faham.

Semasa dalam perjalanan, fokus Erlisa terganggu beberapa darjah apabila ibunya mula berbicara mengenai Haikal dan tugasannya semasa kenduri nanti.

            “Ye Ibu… Lisa tahulah bawa diri nanti… Bukan pertama kali kan Lisa ikut ibu… Ibu janganlah risau,” sesekali melirik ke arah ibunya yang baru sahaja memberikan tips berada di majlis kenduri.

            “Bukan apa…. Ibu takut kalau Haikal tu datang dekat Lisa….” Jelas suara ibunya dipagut kerisauan.

            “Kenapa pulak takut? Haikal nak buat apa dengan Lisa sampai ibu nak risau sangat ni…. Haikal tu baiklah ibu,” sempat lagi dia memuji Haikal. Memang benar. Jauh di dasar hatinya mengakui Hardie Haikal seorang lelaki yang baik.

            “Ibu tahu Haikal tu baik… Kamu ni, ibu risau.. Tak pernahlah nak layan Haikal tu elok-elok… Asyik mengelak aje ibu tengok.. Haaa tadi petang di rumah tu, boleh pula kamu halau dia,” Erlisa cuma mampu menadah telinga mendengar bebelan ibunya.

            “Hahaha… Ibu ni lawaklah… Bukan sengaja halau laaa ibu.. Lisa cuak dia tiba-tiba ada depan pagar rumah… Haaa… Haikal tu pun boleh pulak nak bergurau masa tu… Cemaslah Lisa ibu..” Tawanya bersambung kembali.

“Kamu ni kalau tak cemas memang tak sah… Haaa.. Apa yang diguraukan Haikal tu, sampai kamu tak keruan tadi?” Soalan maut ini memagar kotak rasional Erlisa. Tahap kesukaran persoalan itu ditambah lagi dengan riak muka nakal ibunya.

“Tak ada apalah ibu….. Gurau-gurau macam tu je” Jelas perubahan nada suara Erlisa… Nada klise.

Macam tu macamana? Cepatlah.. Ibu nak tahu ni..” Cuitan sebagai cenderamata singgah di pehanya. Terkejut Erlisa dibuatnya.

“Sejak bila ibu jadi mamarazi ni? Tak ada apa… Gurau-gurau biasa je….

Haaaa… Selamat dah sampai… Jom ibu…..” Erlisa memarkirkan keretanya.

“Nak mengelak laa tu,” sambung Puan Anisah sebelum membuka tali pinggang keledar. Erlisa hanya tergelak puas.

Kereta Toyota Vios milik ibunya sudah diparkir di luar rumah Haikal. Ruang luar rumah Haikal dihiasi kanopi yang dihiasi kain rentang berwarna violet cair. Erlisa melihat wajahya di balik cermin kereta. Membetulkan tudungnya. Bertambah manis raut wajahnya apabila mengenakan hijab.

Tanpa disedari, kehadirannya diperhati sepasang mata yang sudah lama menantinya.

            “Cantiknya…. Macam bidadari kayangan. Pergghhh.” Haikal sudah memanjangkan dakapannya di bahu Irham…

            “Eh, Die.. Engkau ni dah angau ke apa? Kalau bidadari sekalipun, tutuplah mulut tu… Dah macam gua dah aku tengok…” Tegur Irham yang diajak Haikal untuk menunggu kehadiran Erlisa..
“ Haha… Betullah kata orang… Dari mata jatuh ke hati….” Haikal mendekapkan tangannya di dada. Erlisa sudah masuk ke dalam rumahnya. Hilang dari pandangan matanya buat seketika.

“Tapikan Die… Kenapa dia tak pakai baju biru eh ? Kau cakap dia pakai baju birukan…” Irham menyedari Erlisa memakai baju berwarna emas.

“Aik? Kan dia memang pakai baju biru Ham… Apalah kau ni…” Haikal berkeras menafikan kata-kata Irham.

“Dia pakai baju warna emas laahh.. Gold… Tadi kan pandangan mata kau tak berapa nak waras… Sebab tu tak perasan dia pakai baju warna apa…” Sindir Irham tepat menempel di muka Haikal.

“Kau biar betul Ham….. Aku nampak biru tadi…” Haikal cuba meyakinkan dirinya.
“Memang sah kau ni angau… Kau pergilah usha dia kat bawah.. Tak pecaya sangatkan..” Cadang Irham…

Tanpa berlengah, Haikal meluru keluar biliknya. Irham yang melihat perilaku Haikal hanya menggeleng lemah. Dia tahu, sahabat baiknya itu memang tulus mencintai Erlisa. Dia juga tahu Haikal sudah menyimpan perasaan terhadap Erlisa sejak tahun pertama pengajian mereka. Sudah 3 tahun cinta itu disemat kemas dalam hati, tanpa ada sesiapa yang mampu melawan….

            “Aku doakan kau, Hardie,” bicaranya sendirian sebelum Haikal masuk ke dalam bilik yang bagai disambar petir. Tanpa memandangnya, Haikal terus membuka almari bajunya. Satu persatu warna baju melayunya dilihat.

            “Kau cari apa weh?” Irham yang pelik dengan kelakuan Haikal memecah kebuntuan.

            “Cari baju melayu laa.. Colour emas… Lisa tak pakai biru,” ucapnya cemas sambil meneliti bajunya yang bergantung di almari.

            “Kau ni kecohlah.. Pakai ajelah baju kau sekarang nie.. Apa masalahnya…” Irham semakin tidak faham dengan Haikal.

            “Aku nak sedondon dengan dia… Bila lagi nak pakai sedondon.. Nikah pun belum tentu ada jodoh…” Tangannya masih ligat mencari baju yang sepadan.

            “Aku cakap kau angau tak mengaku.. Tak tahulah aku dengan kau ni, Hardie,” Irham sudah berjalan ke beranda bilik sahabatnya itu..

            “Haaa.. Jumpa pun.. Ham, matching tidak colour ni?” Haikal melapiskan baju melayu berwarna emas itu di tubuhnya.

            Selepas diamati warna baju yang ditunjukkan Haikal. Irham memberikan pendapatnya. “Hmmm… Bolehlaaa… Daripada tak ada… Ish… Sakit pula kepala aku ni melayan kau ni,” jawab Irham malas seraya membuang pandangannya ke luar.

            “ Aduiiii……. Masalah betullah,” suara Haikal tiba-tiba naik satu oktaf.

            “Kenapa lagi dengan kau ni?” Irham memalingkan wajahnya ke arah Haikal yang membelakangkannya.

            “Masa genting macam ni laaa zip seluar ni rosak …. Masalah betullah,” mengeluh sambil mencuba nasib membaiki zip seluar baju melayunya..

            “Hahahaha… Kau ni kalut betullah… Pakai baju ajelah … Seluar pakai slack hitam… Macam aku ni haa… Kau bukan nak bernikah pun,” meluat pulak Irham melayan karenah Haikal.

            “Tak smartlah Ham…. Tak segak,” adu Haikal sambil mengiringkan kepalanya ke kiri…

            “Smart tak smart, sebelum mak kau pelangkung kau guna kuali.. Baik kau cepat… Dah nak masuk waktu maghrib dah ni… Cepat sikit.. Bersiap mengalahkan mak nenek,” Irham yang letih menjadi penasihat personaliti Haikal keluar meninggalkan Haikal keseorangan.

Haikal meneliti baju melayu berwarna emas yang dipadankan dengan seluar hitam berulang kali di hadapan cermin. Selesai membuat putaran 360 darjah,  dia mencapai songkoknya dan turun ke bawah. Tanpa dipinta,  degupan jantungnya berdetak tidak sekata. Tenang, duhai hati!





No comments:

Post a Comment